Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 31 Mei 2011

JAWATAN KOSONG: Pelbagai Jawatan Di Penang Osram


Sila war2kan iklan ini; Vacancy in OSRAM Penang . Jawatan kosong diperlukan segera, kerana setup plan baru utk produk-produk baru. Sila hantar resume tuan/puan kepada Razali.Mdyusoff@osram-os.com, bagi mengisi kekosongan jawatan2 spt dibawah:

- Production Operators, ( Kelayakan SPM, keutamaan bagi wanita )
- Production Supervisors, ( Kelayakan Diploma* )
- Assistant Engineers, ( Kelayakan Diploma* )
- Manufacturing Specialists, ( Kelayakan  Sijil / Diploma* )
- Senior Technicians, ( Kelayakan Sijil /Diploma* )
- Technicians, ( Kelayakan Sijil/Diploma* )
- Engineers, ( Kelayakan Ijazah/Master* )
 
* Nota: Kelayakan  Ijazah, Diploma atau Sijil dalam salah satu bidang Electronics, Mechanics, Megatronics, atau yang setaraf dengannya. Mereka yang baru menamatkan pengajian digalakkan juga utk memohon.

JAWATAN KOSONG: PENGURUS PEMASARAN PRM Global Vision Sdn Bhd.

PRM Global Vision Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjual produk berasaskan madu dan habbatus sawda.Bertapak di Jitra Kedah dan sudah beroperasi selama lebih dari 6 tahun.Sekarang PRM sudah mempunyai bangunan sendiri yang diberi nama WISMA MENJARO beralamat di No.115, Pusat Bandar Barat Bandar Darulaman Jitra Kedah.Produk yang dihasilkan diproses sendiri oleh kilang PRM dan terjamin kualitinya.Jadi kami menjemput orang ramai di luar sana yang berkelayakan utk memohon jawatan PENGURUS PEMASARAN PRM Global Vision Sdn Bhd.

Syarat Kelayakan :

-Minimun Diploma dalam bidang berkaitan
-Petah berbicara / bijak berkomunikasi
-Sanggup travel
-Boleh bekerja di bawah tekanan
-Sanggup bekerja di Jitra

Tangga gaji :RM5000 boleh dirunding
*** Bagi yang berminat hantarkan resume anda ke admin@prmglobalvision.com sekarang!!!

JAWATAN KOSONG: Pegawai Akaun

 
 
Syarikat Agensi Pelancongan Bumiputra yang sedang meningkat maju; Lintas Travel Services Sdn. Bhd, memerlukan 2 orang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Akaun.  Keterangan adalah seperti berikut:
 
 
Jawatan                :         PEGAWAI AKAUN
Kekosongan          :         Dua (2) orang
Kelulusan              :         Sijil / Diploma @ Ijazah
Kelayakan             :         Boleh menguruskan "Full Set" akaun,  Boleh menggunakan perisian Windows, Word, Excell dll.
                                     (Merupakan satu kelebihan jika tahu menggunakan sistem Athena & ICS  
                                     Yang tiada kelulusan dalam akaun tetapi berpengalaman dalam perakaunan juga boleh            
                                     memohon.
 
Untuk maklumat dan keterangan yang lebih lanjut anda boleh hubungi :       
 
LINTAS TRAVEL SERVICES SDN. BHD.
No. 2-2, Jalan 1/76D, Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur.
 
No. telefon    :    03-9207 4888 (7 talian)
Fax               :    03-9287 2323
 
email            :     inquiries@lintastravel.com

Anda juga boleh hubungi pegawai berkenaan TUAN HAJI HANAFFI BIN HJ. MD. DAUD;  012 300 7933 email:  hanaffi_y@lintastravel.com
 

PROMOSI DARI PIZZA HUT HARI INI (31/5/2011) SAHAJA!!

Bolognaise or Carbonara?

Simply print and present this coupon. Delivery & take-away only. ONE redemption per customer per transaction. Valid on 31 May 2011 only.

To print the coupon, pls click on this link: >> PASTA 4 U <<
 

Khamis, 26 Mei 2011

BUAT MEMBER2...FILEM TERBARU KAT AKU


TU DIA DUA CITER YG TERBARU DAH DPT AKU SEDUTTTTTTT.....FILEM KONGSI DAN SERU.GAMBAR OK...

APA TUNGGU LAGI...DAPATKAN SEBELUM KEHABISAN!!
HEHEHE..HAHAHAHA

NI AKU TAMBAH LINK DIA KT CNI TUK KORANG SEMUA..TERUTAMA SI YUSRIE...

KONGSI :


Kongsi (Mediafire) Part 1: RMVB

DAH TAMBAH SETAHUN USIA AKU!!


SEDAR x sedar rupa2nya 26 mei ni usiaku dah 26 tahun...semuanya angka 26..26hb dan 26 tahun..26..26...2626...uihhhhsss..jgn dijadikan no ekor dah la..heheheh..

Walaupun usiaku bertamabah tapi aku x rasa diriku ini seusia dengan angka tersebut..ku merasakan macam budak2 je lg..hahaks..Tapi apaun kenyataan perlu diterima,berpijak nyata di bumi. Ya, mmg usiaku bertamabh,orang kata dah semakin tua...

Tap sebenarnya kita juga perlu ingat bahawa kita juga sebenarnya semakin muda...yeke??iyeeee...kita mmg semakin muda..kita semakin muda dengan ketetapan terhadap diri kita iaitu ajal kmatian..huhuhu

p/s: sape yg setarikh lahir dgn aku??angkat tgn mcm saya...hehehe

Rabu, 25 Mei 2011

[GR BIZ] BUAT DUIT DENGAN BISNES PRINTING...BAGAIMANA??





Bakal Usahawan Printing sekalian,

Tahukah anda apa itu Bisnes Printing?
Tahukah anda potensi besar yang ada untuk anda buat duit dengan bisnes printing?
Sedarkah anda, syarikat printing diluar sana untung berjuta ringgit setiap tahun?
Sedarkah anda, sebenarnya anda boleh mulakan bisnes printing dengan tangan kosong?

Baiklah…ini adalah berita baik yang ingin saya sampaikan kepada anda.
 
Bisnes Printing membawa maksud perniagaan yang menjalankan khidmat percetakan untuk produk atau item tertentu seperti business card, flyer, brochure, leaflet, bunting, banner dan banyak lagi.
Saya pasti anda pernah lihat produk atau item-item ini diluar sana. Jumpa kawan anda, mereka berikan business card. Pergi shopping complex, bersepah gadis-gadis cantik dan comel memberikan anda flyers (kertas saiz A4 @ separuh A4 dengan gambar produk beserta rekaan @ design yang cantik). Kemudian anda terlihat pula bunting (banting)  yang digantung pada tiang-tiang lampu jalan.

Sebenarnya PELUANG BESAR buat duit lalu sahaja didepan anda!
Tahukah anda business card, flyer dan bunting itu mampu jadi sumber pendapatan anda.
Jika bukan pendapatan utama, mungkin boleh jadi pendapatan kedua, ketiga atau seterusnya. Jadi bayangkan potensi besar yang anda ada untuk memulakan bisnes printing…
Sekarang mari kita lihat keuntungan yang mampu anda perolehi dalam bisnes printing. Ini adalah berdasarkan kiraan yang betul. Dengan pembongkaran ini, ramai tokey kecil mahupun tokey besar printing marah dengan saya. Itu adalah PASTI.

Contohnya Business card / name card / kad perniagaan anda.
Biasanya dijual pada kadar harga RM30 hingga RM80 sekotak bergantung pada kualiti. Di dalam kotak tersebut biasanya terdapat 100 keping kad. Tahukah anda harga kos yang perlu anda keluarkan?

Hanya RM14 hingga RM40 sahaja.
Kira berapa untung anda sekarang?
Jika kualiti untuk RM14 dijual pada harga RM30, anda untung RM16. Lebih 100% keuntungan!
Jika kualiti untuk RM40 dijual pada harga RM80, anda untung RM40. Untung 1 kali ganda!
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENGETAHUI RAHSIANYA..APA TUNGGU LAGI!!

JAWATAN KOSONG: Pengurus Pemasaran

http://www.bondamama.com/bondamama_logo.jpg
www.bondamama.com


BondaMama Kids Centre adalah rangkaian taska dan tadika bumiputera di seluruh negara yang kini mempunyai lebih 40 cawangan dan terus berkembang dengan pesatnya.

Kami menawarkan jawatan kosong untuk diisi seperti berikut :

NAMA JAWATAN   : Pengurus Pemasaran
GAJI                           : Boleh dirunding



Sila emailkan RESUME / CV anda ke alamat email perjawatan@bondamama.com

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 3 JUN 2011

Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga

Gunners janji turun skuad terkuat lawan Malaysia

DEMI peminat setia Arsenal di negara ini, kelab Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan menurunkan barisan terkuat apabila menentang skuad kebangsaan pada perlawanan Jelajah Asia Arsenal 2011 pada 13 Julai depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ini kali kedua, Arsenal yang dikendalikan pengurus Arsene Wenger bertandang ke Kuala Lumpur selepas kali terakhir mereka menghiburkan lebih 80,000 penyokong pada 1999.

Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox berkata, siri jelajah ke Malaysia ini bukan saja tanda kelab itu mendekati dan juga menghargai peminat di negara ini malah ia juga antara persediaan menghadapi musim baru selepas menamatkan kempen liga musim ini di tangga keempat.
“Semua pemain, pengurus dan staf teruja untuk datang ke Malaysia, ini peluang terbaik untuk kelab ini menghargai sokongan peminat di sini. Sudah pasti kami akan membawa pasukan terbaik dan akan menurunkan kesebelasan utama kepada penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu nanti,” katanya pada sidang media pengumuman Jelajah Pra Musim Arsenal ke Malaysia semalam.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events Group, Julian Kam yang bertindak selaku penganjur.

Selain itu kedudukan kapten Cesc Fabregas dalam skuad Arsenal menentang Harimau Malaya turut menjadi tumpuan media kerana pemain antarabangsa Sepanyol itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain termasuk Barcelona pada musim panas ini.

“Seperti yang diperkatakan pengurus sebelum ini, kami akan mengekalkan semua pemain dan dia (Fabregas) turut akan berada dalam jelajah skuad ini,” katanya.

Kehadiran Arsenal membolehkan jurulatih kebangsaan, Rajagobal mendapat tiga perlawanan terbaik dengan kelab EPL termasuk Liverpool dan Chelsea pada Julai ini buat menguji pemainnya.
Tiket menyaksikan perlawanan Arsenal menentang Malaysia berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 bermula 27 Mei ini di semua kedai Nike seluruh negara.

sumber Harian Metro

Isnin, 16 Mei 2011

SEKITAR SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 PADA HARI AHAD, 15 Mei 2011 telah berlangsung Sambutan HAri Belia Peringkat Negeri pulau pinang di Perkarangan Dewan PERDA Sg Acheh, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Dianggarkan sekitar 6000 belia di negeri ini telah hadir ke sambutan berkenaan. Acara bermula jam 8.00 pagi dan berkahir sekitar jam 2.00 paetang.
 Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang sambutan. Antaranya pertandingan Futsal, Kompang, Nasyid, Karoake, Gusti Lengan, Sukan Tradisional dan pelbagai lagi aktiviti lain. Pameran dari agensi kerajaan serta lain-lain agensi juga turut diadakan bersama.
 Booth RTM sendiri telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya Karoake dan Membaca berita. Namun kehadiran Mila, serta pelakon Azad telah menarik ramai pengunjung ke Booth berkenaan dengan persembahan jenaka dari mereka.

Isnin, 9 Mei 2011

CHEGUBARD KELUAR PKR????

BADRULHISYAM SHAHRIN atau lebih dikenali sebagai Chegubard, seorang bekas Pimpinan Pusat PKR ura-uranya akan keluar dari parti tersebut. Beliau dikatakan akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat ini. Beliau juga dikatakan membuat keputusan berkaitan akibat tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan parti antaranya tiada sebarang tindakan proaktif dari parti hasil laporan beliau berkaiatan pemilihan parti tahun lepas.

Namun begitu difahamkan Chegubard tidak akan meninggalkAn pakatan pembangkang namun akan memilih samada untuk menyertai PAS atau DAP

PIALA EPL SEMAIKN HAMPIR DALAM GENGGAMAN MU

DENGAN BERBAKI 2 perlawanan, MANCHESTER UNITED hampir mengesahkan kejuaraan Liga miliknya apabila memenangi perlawanan malam tadi manakala dua pencabar terdekat pasukan tersebut tumpas. MU berjaya menewaskan pasukan di tangga kedua, CHELSEA 2-1 di Old Trafford.

Gol pertama hadir seawal 36 saat sepak mula hasil hantaran Park Ji Sung yang berjaya disudahkan Hernandes. MU menambah derita Chelsea apabila Michael Carrick menanduk masuk hantaran Ryan Giggs menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat babak pertama.

Separuh masa kedua Chelsea berjaya juga merapatkan jurang namun tidak berjaya menghalang MU pulang dengan 3 mata. Sementara itu dalam perlawanan lain, Stoke City berjaya menumbangkan gergasi London, Arsenal 3-1 yang menranapkan harapan Arsenal untuk memburu kejuaraan Liga.

Khamis, 5 Mei 2011

MU SAH KE FINAL!!

PERLAWANAN AKHIR LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2011 kali ini akan menyaksikan pertemuan antara pasukan dari Sepanyol dan England iaitu Barcelona bertemu Manchester United. Ianya disahkan selepas kedua-duanya menewaskan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir. 


Barcelona menewaskan musuh tradisi Real Madrid dengan agregat 3-1 manakala Man Utd mudah menjinakkan pasukan dari Jerman Schalke 04 dengan agregat 6-1. Perlawanan akhir akan dilangsungkan di Stadium Wambley pada penghujung Mei ini.

Perlawanan akhir ini merupakan ulangan perlawanan akhir 2009 di mana Barca telah menewaskan MU 2-0 dan ini peluang bagi sjuad Alex Ferguson untuk membalas dendam dan menjulang piala tersebut

Rabu, 4 Mei 2011

Pameran Ulang Tahun Ke-58 Persatuan Kesenian Negeri Pulau Pinang

Pameran Ulang Tahun Ke-58 Persatuan Kesenian Negeri Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh   : 22 April - 12 Mei 2011
Masa    : 9.00 am - 5.00 pm
Tempat : Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Paras bawah Dewan Sri Pinang, Lebuh Light
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang di talian 04-2613144 atau melalui emel muzium@po.jaring.my

sumber : http://www.penang.gov.my/

BARCA MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR


BARCELONA DAN REAL MADRID seri 1-1 dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-juara Eropah tetapi keputusan tersebut sudah memadai untuk Barca melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 3-1.

Keputusan tersebut juga memusnahkan harapan jurulatih Real, Maourinho untuk membawa pasukan ketiga menjulang piala tersebut selepas Porto dan Inter Milan. Perlawanan yang berlangsung di Nou Camp, Barcelona itu menyaksikan Barcelona mendahului hasil jaringan Pedro sebelum Marcelo menyamakan kedudukan. Kedua-dua jaringan dilakukan pada separuh masa kedua

Pagi ini perlawanan separuh akhir antara Man Utd dan Schalke akan berlangsung pula bagi menetukan pasukan yang akan melangkah ke perlawanan akhir bertemu Barcelona

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...