Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 30 Jun 2011

Kubur Tak Bertanda (2011) [Malay] Malay Hardsub SDTVRip

Sinopsis: Zein yang belajar di Korea bercinta dengan gadis Korea dan hubungan mereka berakhir dengan kematian tragik gadis itu. Roh gadis itu mula menghantui Zein setelah tiga tahun berlalu. Lakonan Shahiezy Sam.

Selasa, 28 Jun 2011

The Ghost Must Be Crazy (2011) Eng/Malay Sub DVDRip RMVB-KURYU



PLOT MOVIE:
"The Ghost Must Be Crazy" has two different stories entitled "The Day Off" and "The Ghost Bride". In "The Day Off", Ah Nan (John Cheng) and Ah Lei (Wang Lei) goes for their annual in-camp training and they meet a very on Platoon Commander. As they're about to play a prank on the Commander as a form of revenge for all the rigorous training they had to put up with, a series of strange things happen. In "Ghost Bride", Ah Hui (Henry Thia) who is unlucky in love meets a stranger, Ah Hai (Mark Lee), who promises him fortune and blessings if he seeks help from 'brothers and sisters' in the netherworld. Ah Hui does so and ends up finding a beautiful jade bangle inside a red packet. Soon after, Ah Hui strikes the lottery, but spends it all lavishly. Just when he is down in the dumps again, Ah Hai offers him another solution and something strange happens.




WWE Capitol Punishment (2011) HDTV

“United States Champion Kofi King Ston Vs Dolph Ziggler / The Miz Vs Alex Riley / Big Show Vs Alberto Del Rio / Inter Continental Champion Wade Barrett Vs Ezekiel / Rey Mysterio Vs CM Punk / World Heavyweight Champion Randy Orton Vs Christian / WWE Champion John Cena Vs R-Truth"

KOLEKSI MAHARAJA LAWAK FULL (1-13) RMVB

Rancangan yang menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga musim kelima. Saksikan siapakah yang bakal berentap sekali lagi untuk dinobatkan sebagai Maharaja Lawak..



MINGGU 1


MINGGU 2



MINGGU 3


MINGGU 4

MINGGU 5

MINGGU 6

MINGGU 7

MINGGU 8

MINGGU 9

MINGGU 10 (PENANG)


MINGGU 11 (PAHANG)


MINGGU 12 (JOHOR)

MINGGU 13 (FINAL)

MYMAKTABATI-LAMAN CERAMAH AGAMA ANDA







BUAT pencinta ilmu dan kerohanian, laman www.mymaktabati.com ini antara yg sesuai untuk anda layari. Terdapat ribuan koleksi ceramah agama yg anda dapat download dan dijadikn koleksi peribadi. Tp harapnya bkn sekadar koleksi sahaja, dengar dan ambillah pengajaran dari setiap ceramah yang disampaikan...

Selamat Beramal..hehehehe


teruskan ke laman >>MYMAKTABATI<<

12 Cinta - Cinta Ilahi Cinta Insani (Album)



Filename: 12 Cinta - Cinta Ilahi Cinta Insani -choq-.rar
Size: 57.57 MB
Genres: Nasyid
Format: mp3





Aidil - Cuba.mp3
Aidil feat. Hafiz Hamidun - Ku Yakin Berlaku.mp3
Aiman - Cinta Terakhir.mp3
Aiman - Menanti Solehah.mp3
Azfar - Akan Ku Jumpa.mp3
Fitri Haris - Suara Azan.mp3
Iris Duo feat. Ikram Mirwana - Mistik Cinta.mp3
Nowseeheart - Kerana Doa.mp3
Nur One - Bersua Denganmu.mp3
Nur One - Ratu Hati.mp3
Soufies - Ayah.mp3
Zaidan - Selalunya.mp3


Bruno Mars - Doo-Wops and Hooligans (2010) (Deluxe Version)



Bruno Mars - Doo-Wops and Hooligans (2010) (Deluxe Version)
MP3 | 256 Kbps | 12 Tracks | 79 MB
Genre :Pop/R&B

Tracklist :
01. Grenade (3:42)
02. Just the Way You Are (3:40)
03. Our First Time (4:02)
04. Runaway Baby (2:27)
05. The Lazy Song (3:15)
06. Marry You (3:50)
07. Talking to the Moon (3:37)
08. Liquor Store Blues (feat. Damian Marley) [3:49]
09. Count On Me (3:17)
10. The Other Side (feat. Cee Lo Green & B.o. [3:47]
11. Just the Way You Are (feat. Lupe Fiasco) [Remix] Bonus Track (3:58)
12. Somewhere In Brooklyn (Bonus Track) [3:01]

Isnin, 27 Jun 2011

Unggun Bersih - A Samad Said


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
http://samadsaid.wordpress.com/

Kindaichi Shonen No Jikenbo Live Action – 2005 [RMVB Mediafire]


Buat peminat komik PENYIASAT REMAJA ,HAJIME KINDAICHI..sini aku kongsikn filem Kindaichi tp dlm bentuk Live Action.. Link Mediafire format RMVB

PERCUMA: BAUCER KFC UNTUK ANDA!!


SAVE AS and print out samada bewarna atau hitam putih dan gunalah ia apabila anda inginkan....hehehehe

TOLONG KAMI BANTU KAMI

Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA 
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor, 
Telefon : 017-9354323 (UMI) 
AKAUN MAYBANK : 164799096868 (Fatmah Husin).

FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/Rumah-Perlindungan-Al-Nasuha/154619704566002

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima kasih


From SIM (Sahabat Interaktif Malaysia)

Jumaat, 24 Jun 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!! KITA KE PERINGKAT KUMPULAN


MALAYSIA  2 - 1  LABENON
(AGREGAT 2-1)

HARIMAU MALAYA mengaum malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan kedua timbal balik Kelayakan Olimpik Peringkat Kedua apabila berjaya menundukkan Labenon 2-1. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama di Labenon Ahad lalu.

Dalam perlawanan yang lebih dikuasai pasukan pelawat, Malaysia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil gerakan menyerang yang cantik dan tersusun. Namun pasukan pelawat menguiasai sepenuhnya babak kedua setelah seorang pemain Malaysia dibuang padang akibat mnenerima kad kuning kedua. Malaysia hanya mampu bertahan dan pasukan pelawat memperoleh gol pertama ketika itu.

Namun kekentalan pertahanan negara serta rentak menyerang secara perlahan yang ditunjukkan pelawat menyebabkan Malaysia mampu bertahan sehingga akhir perlawanan dan berjaya menlangkah ke pusingan ketiga.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!

NEW FILM : KARAK & RIO

 
Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak
Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.
 
MEDIAFIRE LINK :
 
 
 

Plot: When Blu, a domesticated macaw from small-town Minnesota, meets the fiercely independent Jewel, he takes off on an adventure to Rio de Janeiro with this bird of his dreams.
MEDIAFIRE LINK :
 
 
SUBTITLE : http://subscene.com/Rio/subtitles-83463.aspx

SENI MATEMATIK ISLAM KARYA SI GENIUS ADI PUTRA


Adi Putra, seorang genius matematik yang menggemparkan negara ini suatu ketika dulu telah menulis sebuah buku yang diberi nama SENI MATEMATIK ISLAM. Buku berkenaan merupakan himpunan 12 formula dari 235 formula yang telah dicipta sendiri oleh Adi yang dikongsikan. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak 8-10 tahun dan juga semua peringkat usia.

Buku tersebut telah mula berada di pasaran dan secara mudahnya boleh didapati di MPH Bookstore, iaitu pengedar utama bahan bacaan tersebut. Harga sebuah buku tersebut ialah RM40 sebuah. 

Rabu, 22 Jun 2011

DARI BTN KE BINGKAS



MINGGU ini agak memenatkan diri aku..Yeala bermula Jumaat yang lepas aku menjadi pengiring pelatih-pelatih PKM Negeri PP untuk menjalani Kursus BTN di Kem BTN Kaki Bukit, Perlis. 4 hari 3 malam aku berkampung di sana bersama beberapa pegawai pengiring dari negeri lain.

Kem yg terletak agak terpencil (lebih kurang 4 ke 5 km jarak yg kena lalu dari jln utama ke kem. Jalan kecil sunyi tanpa lampu, berbukut-bukit,selekoh yg tajam mnyebabkan aku sndiri xkn lalu sorang diri) memang memberikan kedamaian. Kiri kanan bukit bukau serta hutan belantara mengelilingi kem tersebut. Rumah Tamu yg aku diami bersama 3 lagi sahabat agak jauh dari penginapan pelatih serta fasi&jurulatih. Kiranya kami yg penghujung la...agak menyeramkan. Cukup besar dengan 3 buah bilik. Ada tv tapi tidak berguna kerana tiada sebarang siaran dapat diperoleh..ASTRO pun xde..mnjadikan rumah tersebut amat sunyi

Apapun aku lalui juga 4 hari di rumah tersebut....mujur ada laptop dan Xternal hardisk yg penuhb dgn filem menemani kami sepanjang di situ..hehehe

Hari ini, Selasa pula awal pagi aku bertolak ke Jitra. Tapi agak lewat juga la..letih x hilang lagi..hehehe. Tambahan hujan dipertengahan jalan yg agak lebat menyebabkan aku terkandas lebih sejam juga. Dah la xtahu di mana letaknya SK tersebut.Mujurlah ada teknologi kan,GPS...amat membantu aku. Tiba juga aku ke Program BINGKAS di SK tersebut....

Rabu, 15 Jun 2011

KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011


Anda penentu masa depan keluarga anda.
Luangkan masa untuk menjadi yang terbaik.



KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011
9 JULAI 2011
www.konvensyenkeluarga.net
Tempat adalah terhad, daftar online sekarang!


dengan barisan pembentang kertas kerja yang tersohor dan berpengalaman seperti

Ustaz Abdullah Zaik
Prof. Dr. Sidek Baba
Prof. Dr. Badrulhisham Abdul Aziz
Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin
Dato' Zainul Rijal Abu Bakar
Ustazah Norsaleha Mohd Salleh
bersama moderator forum Ustazah Sabariah Salleh

Akan membincangkan
Masalah semasa di kalangan keluarga Melayu Muslim
Agenda dan hala tuju sebuah keluarga Melayu Muslim
Tip-tip melahirkan keluarga yang berjati diri tinggi: Peranan bapa dan pendidikan anak-anak
Paparan keluarga contoh daripada sirah Rasulullah dan para sahabat
Dan lain-alain lagi

Tarikh: 9 Julai 2011 (8AM-5PM)
Tempat: Dewan Auditorium D8, Parcel D, Presint 1, Putra Jaya

Ayuh....jangan lepaskan peluang ini.
Daftarlah diri anda ke KONVENSYEN ini
Yuran hanya RM10 
Tempat sangat terhad. 
Siapa cepat dia dapat.

Maklumat lanjut hubungi

Pn. Rasyidah Arshad 019-2676704 begin_of_the_skype_highlighting            019-2676704      end_of_the_skype_highlighting

16 JUN 2011 : GERHANA BULAN, JOM SOLAT GERHANA!!



On the 16th of June 2011, we will be able to observe a total lunar eclipse starting from 1:25 a.m. to 7:01 a.m. In conjuction with Total Lunar Eclipse, National Space Agency (ANGKASA) and National Mosque will be organizing a Total Lunar Eclipse Observation Program at the Main Entrance of National Mosque (nearby the expo site) on 16 June 2011 from 1:00 a.m. to 7:00 a.m..
Public are invited to observe the phenomena through a few of telescopes that will be setup during the event.  You also can bring your own telescope in this program.
The first 1000 visitors attending the program will be given a tin of Eclipse Mints, contribution by The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
The tentative program is shown below:
1:00 a.m. � 7:00 a.m.    Total Lunar Eclipse Observation
                                       Jupiter, Mars and Venus Observation
 Eclipse Talk
 Quiz    
3:00 a.m. � 4:00 a.m.    Solat Sunat Gerhana Berjemaah          
7:00 a.m.                        Dismiss

خسفت الشمس في حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم . فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المسجد . فقام وكبر وصف الناس وراءه . فاقترأ رسول الله صلى الله عليه وسلم قراءة طويلة . ثم كبر فركع ركوعا طويلا . ثم رفع رأسه فقال " سمع الله لمن حمده . ربنا ! ولك الحمد " . ثم قام فاقترأ قراءة طويلة . هي أدنى من القراءة الأولى . ثم كبر فركع ركوعا طويلا . هو أدني من الركوع الأول . ثم قال " سمع الله لمن حمده . ربنا ! ولك الحمد " ثم سجد . ثم فعل في الركعة الأخرى مثل ذلك . حتى استكمل أربع ركعات . وأربع سجدات . وانجلت الشمس قبل أن ينصرف . ثم قام فخطب الناس . فأثنى على الله بما هو أهله . ثم قال " إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله . لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته . فإذا رأيتموها فافزعوا للصلاة "  


Daripada `Aisyah Radiallahu `anhu: Telah berlaku gerhana matahari ketika hayat nabi Sallallahu `alaihi wasalam. Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam pun keluar ke masjid, baginda bangun mendirikan solat, mengangkat takbir dan orang ramai mendirikan saf di belakang baginda Sallallahu `alaihi wasallam. Baginda saw membaca surah yang panjang, kemudian bertakbir, lalu ruku' dengan ruku' yang panjang. Kemudian baginda saw mengangkat kepalannya dan menyebut: Samiallahu Liman Hamidah Rabbana Wa Lakal Hamd. Kemudian baginda saw membaca surah yang panjang tetapi pendek sedikit daripada bacaan yang pertama. Kemudian baginda saw bertakbir dan ruku' dengan ruku' yang panjang tetapi ia pendek sedikit daripada ruku' yang pertama. Kemudian baginda saw menyebut `Samiallahu liman hamidah. Rabbana Lakal Hamd. Kemudian baginda saw sujud. Seterusnya baginda saw melakukan hal yang serupa pada rakaat yang akhir. Sehinggalah baginda menyempurnakannya menjadi empat ruku' dan empat sujud. Gerhana tamat sebelum baginda saw selesai solat. Kemudian baginda saw bangun dan berkhutbah kepada jemaah. Baginda saw memuji Allah. Kemudian baginda saw bersabda: Sesungguhnya bulan dan bintang merupakan dua ayat daripada ayat-ayat Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Seandainya kalian melihat ia (gerhana berlaku), dirikanlah solat. [Sahih Muslim: 901]

Dalam Sahih al-Bukhari ( 3202) disebutkan:
 ثم سجد سجودا طويلا 
Kemudian baginda saw sujud dengan sujud yang panjang

Ringkasan Cara Mendirikan Solat Gerhana
1)    Ia dua rakaat
2)    Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3)    Melakukan ruku' yang panjang
4)    Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5)    Melakukan ruku' yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku' sebelumnya
6)    Melakukan sujud yang panjang
7)    Duduk antara dua sujud
8)    Sujud dengan sujud yang panjang
9)    Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10)  Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11)  Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.

NEW MOVIE : MARS NEEDS MOMS 2011 dvdSCRN (MEDIAFIRE LINK) ANIMATION/ACTION


NEW MOVIE : Penunggu Istana 2011 dvdSCRN (MEDIAFIRE LINK) seram

"Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat"

Jumaat, 10 Jun 2011

MINI KARNIVAL KARANGKRAF DI UTARA

Buat kaki-kaki buku di utagha sana nuu, jgn lupa anpa dptkn buku-buku,majalah-majalah,novel-novel terbitan Karangkraf dgn harga potongan yang terbaik....tuuuu diaaa nuuuu!!

TARIKH: 10-12 JUN 2011
MASA; 9.00 PG - 7.00 MLM
TEMPAT: DATARAN JAM BESAR SG PETANI, KEDAH D.A

Khamis, 9 Jun 2011

Robot Ruby berjaya atasi rekod kiub Rubik

Robot yang terpantas di dunia dalam menyelesaikan Kiub Rubik telah berjaya dibangunkan oleh para pelajar di Universiti Teknologi Swinburne.
Robot itu, yang diberi nama Ruby, dapat menyelesaikan masalah percaturan warna itu dalam masa hanya sedikit melebihi 10 saat, termasuk masa yang diambil untuk mengimbas status permulaan kiub itu.

Ia dibina dari peringkat awal oleh enam orang pelajar sebagai projek tahun akhir mereka bagi mendapatkan ijazah berganda di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan (Robotik dan Mekatronik) dan Sarjana Muda Sains (Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian).

"Ruby berfungsi dengan mengimbas setiap permukaan sesebuah kiub menerusi satu kamera web. Ia kemudian menggunakan sebuah perisian algoritma untuk merumuskan suatu penyelesaian yang disalurkan kepada robot yang berkelajuan tinggi itu menerusi satu sistem kawalan tertanam secara tepat masa," kata Professor Chris Pilgrim, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

"Gabungan kepakaran para pelajar itu di dalam bidang robotik dan kejuruteraan perisian telah membolehkan mereka untuk membina sebuah robot yang mempunyai sistem pengesanan penglihatan komputer yang pantas yang berupaya melakukan pergerakan yang sangat bertepatan.”

Pasukan itu terdiri daripada pakar komputer yang kembar seiras David dan Richard Bain, Daniel Purvis, Jarrod Boyes, Miriam Parkinson dan Jonathan Goldwasser.

Mereka telah mengemukakan permohonan agar kemahiran Ruby di dalam menyelesaikan Kiub Rubik itu diiktiraf oleh Guinness World Records. Rekod dunia bagi manusia pada masa ini untuk Kiub Rubik berukuran 3×3×3 dipegang oleh Feliks Zemdegs yang mempunyai catatan masa terbaik 6.24 saat yang dilakukan pada Terbuka Kubaroo pada 2011.

Setakat Oktober 2010, robot yang paling pantas dapat menyelesaikan Kiub Rubik, yang diberi nama Cubinator, berupaya melengkapkan percaturan warna Kiub Rubik itu dalam masa 18.2 saat.

Robot itu akan mempamerkan aksinya pada Hari Terbuka Swinburne pada 21 Ogos ini.

- Bernama

NEW MOVIE : PAUL 2011 dvdSCRN (MEDIAFIRE lINK) FANTASY/COMEDY


Sebuah cerita sains fiksyen komedi yang menarik untuk ditonton. Namun filem ini tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana bahasa yang digunakan agak berunsur lucah dan terdapat adengan yang juga tidak sesuai ditonton bawah 18 tahun. Walaubagaimanapun filem ini telah pun ditayangkan di Pawagam di Negara kita baru-baru ini.

Kisahnya bermula apabila dua sahabat yang berminat dalam dunia sains dalam percutian ke pameran sains. Tiba-tiba diorang bertemu dengan makhluk asing yang bernama Paul..Bermula dari itulah pelbagai aksi dan kejadian telah berlaku dan dapat ditonton....

MEDIAFIRE LINK

DAPATKAN TOPUP RM5 HP ANDA HANYA DENGAN SEGELAS TEH TARIK HARI INI !!!


 

Where’s the best Teh Tarik place? Eh, tell lah! 

Everyone has their opinion on which place serves BEST TEH TARIK, F&N wants to know! So help out your friendly neighborhood Teh Tarik place by taking this survey on the best Teh Tarik in Malaysia and get a RM5 mobile reload voucher for FREE! Hurry, only the first 1,000 people who take this survey will get it!

 

WowWw..!!! Buat rakan2 ...anda boleh dapat RM5 PREPAID untuk sebarang telko hari ini juga...bagaimana?? Apa kena mengena dengan Teh Tarik plak? kacang je...

OK.. sebenarnya F&N telah menganjurkan satu SURVEY di FACEBOOK berkaitan TEH TARIK... Apa yg anda perlu buat cuma like PAGE dan klik JOM TTS SURVEY untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan..Mudah dan cepat...!!

Tapi ianya hanya untuk 1000 orang pertama sahaja..SIAPA CEPAT DIA DAPAT..!! 

Saya dah dapat..so giliran anda pula..Gud Luck!!

sila klik di bawah untuk ke F&N Survey:-

>>F&N TEH TARIK SURVEY<< 

Isnin, 6 Jun 2011

KONTROVERSI KLIP VIDEO BERUNSUR SEKS : Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah



PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah (gambar atas) menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.

"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini," ujarnya yang dihubungi macho.com, di sini..

Gambit diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.


Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air.

Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara.

Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat



"Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat," katanya.

Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu.

"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba," ujarnya.

Bagaimanapun, dia menerima teguran yang dibuat secara positif dan akan cuba yang terbaik untuk masa akan datang.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini," katanya.

Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut. -macho.com 



tonTon video di sini >>> KLIP VIDEO MARILAH<<

UNDILAH JAMBU!! MEMANG TERBAIK DI ROADTOUR MAHARAJA LAWAK PISA PENANG

Jumaat baru ini berlangsung di PISA Pulau Pinang Maharaja Lawak Minggu ke 10 yang dilancarkan secara langsung di Astro Warna. Ianya merupakan lokasi pertama dlm tour ML sebelum ke Pahang dan Johor. 

Setelah asyik menyaksikan Program ini termasuk Raja Lawak selama 5 Musim di kaca tv saja (almaklum la,asyik wat di lembah Klang je) akhirnya ada juga peluang untuk menyaksikan secara live. Aku pon tak melepaskan peluang yang terhidang ni.Bukan selalu kn

Dua hari pas masuk secara percuma diedarkan di pintu masuk PISA. Penangan ML memang ketara di utara ni apabila pas yang diedarkan habis. Ada yang menunggu seawal jam 2 petang (pas diedarkan jam 4 petang) juga tidak dapat tiket. Bayangkan muka-muka yang penuh hampa, marah,kecewa berbaur2.

Yela, ada yang dtg sejauh Perlis dan Perak semata-mata untuk mengambil tiket. Seorang pula hanya dihadkan 2 tiket. Jadi yang punya anak ramai, terpaksa membawa anak isteri namun pulang hampa. Hal ini juga berlaku pada aku ketika aku nak amik pas masuk ni pada hari Khamis selepas pulang kerja. Pukul 6 aku tiba, namun pas dah tiada.Katanya datang esok saje..huhuhuhu.. lain kali pihak Astro perlu juga memaklumkan sehingga jam berapa pas diedarkan dan berapa jumlah pas diagihkan sehari.Ianya dapat meglakkan kekecewaan orang ramai.

Pada malam ML, pintu hanya dibuka jam 8.30 malam. Aku tiba lebih kurang jam berkenaan namun orang ramai sudah bersesak2 di pintu masuk. Tambahan hanya satu pintu sahaja dibuka (sedangkan ada lebih 10 pintu masuk dan ada pintu yang lebih luas). Setelah bersesak, berhimpit2 akhirnya dapat gk aku masuk tapi malangs ekali lagi apabila kerusi bahagian bawah telah pun penuh. Terpaksa la aku duduk di bahagian atas dengan jarak yang agak jauh dari pentas.

Namun semuanya kekecewaan dan ketidakpuasan hati itu hilang apabila program bermula dengan keloteh peserta. Bagi aku malam tersebut persembahan yang paling bagus ialah kumpulan JAmbu dan Sepah. Jozan bolehlah tahan. NAbil?R2? ke laut la jawabnya..hehehehe

Bermula selepas dari persembahan Jambu, stadium menjadi Happening dengan trademark Jambu malam itu "haa?".Kumpulan Jambu mendapat tepukan yang paling gemuruh dari para penonton dan sorakan 'Haa??" menjadi sorakan penonton sehingga tamat program berkenaan.

Jika anda belum menpnton, saksikan Live dari PISA penang. Linknya saya sediakan di bawah ini =)



Jumaat, 3 Jun 2011

VIDEO PERTAMA DI YOUTUBE


INI ialah video pertama yang telah dimuatnaik ke laman YOUTUBE berjudul Me At The Zoo. Ianya dimuatnaik oleh Jawed Karim di San Diego Zoo. Video ini dapat ditonton sehingga hari ini di laman Youtube

 
 

Khamis, 2 Jun 2011

BUKU BARU : Sutera Bidadari


SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan danrawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri,Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya… Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehigga ke hujung nyawa.
MAHKLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu masa dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

MOVIE BARU 2011 : Diary Of A Wimpy Kid 2 Rodrick Rules (2011) BRRip, Red Riding Hood (2011) BRrip-MKV


 MEDIAFIRE LINK



MEDIAFIRE LINK

TEMUI MAHARAJA LAWAK DI PISA PENANG JUMAAT INI..!!


BUAT teman2ku yang fanatik Program Realiti Maharaja Lawak (yg trpksa langgan pakej Mustika semata2 ML ni kira Fanatik la..hehe)yg tinggal di sekitar utara..jgn lupa untuk LIVE temujanji bersama MAHARAJA LAWAK DI UTARA!!!

MAHARAJA LAWAK MINGGU 10
TEMPAT : PENANG INTERNATIONAL SPORT ARENA (PISA) PULAU PINANG
TARIKH : 3 JUN 2011 (JUMAAT)
MASA : 10.00 MALAM


** Dapatkan pas-pas masuk PERCUMA di PISA bermula jam 4.00 ptg pada hari yang sama..Seorang hanya dihadkan 2 tiket sahaja

Rabu, 1 Jun 2011

MOVIE : SINBAD 2011 DVDSCRN MKV


MEDIAFIRE


Lau de pass : MediafireHBO.COM

Doa Untuk Dapat Suami Soleh

Bismillah,

Dulu masa saya bujang, saya takde pakwe. Bukan sbb saya tahan dugaan tapi sbb mmg tak berapa nak laku pun. Ye lah..orang lain putih serlah, muka comel tapi kita ni biasa2 saja. Tapi alhamdulillah jugakla ada mata hidung bagai kan... Kalau tak, maka lebih peninglah mak abah saya.

Pernah sekali tu mak saya kata, "Hang tu bukan tak cantik, cuba kalau boh mekap sikit :P". Walaupun mak bagi semangat tapi masa tu saya tak sampai le tahap terdesak sbb masih muda lagi. Plus, saya percaya jodoh saya akan datang juga satu hari yang sesuai.

Bila masuk matrik, saya jumpa macam-macam jenis laki. Sebelum dari tu saya bersekolah di sekolah perempuan semua dan memang senior dah warning tentang kejutan budaya yang bakal dialami bila keluar dari Taayah. Saya keluar menjadi seorang budak perempuan yang garang. Tak tau pasaipa tapi memang saya garang kecuali kepada dua tiga budak laki.

Asal nampak ada benda yang tak kena tentang budak laki, mesti saya sound direct dan yang paling kecoh adalah saya gaduh sampai hentak meja masa matrik tu. Ketua kelas kami pun telan air liur sebab taktau nak buat macam mana. Tapi nasib baik la jugak budak yang buat hal dengan saya tu jenis beralah. Hampeh je rasa masa tu.

Sampailah satu tahap di UKM, satu hari seorang ustaz bagi kami doa yang akan saya tulis di bawah. Masa tu ada forum anjuran BADAR di Kolej Tun Syed Nasir. Masya ALLAH, mulai saat tu, saya mula berangan2 nak dapat suami soleh.

Ada yang kata menghabiskan makanan terakhir dalam pinggan akan dapat suami soleh. Hahahaha...itu mmg amalan saya. Saya memang akan sambar makanan terakhir yang ada dalam pinggan bukan sbb nakkan suami soleh tapi tanak terlepas makanan tu :P. Bukan apa, orang last makan ni selalu kena basuh pinggan so itu kira latihan lah tu nak dapatkan suami yang baik kan?? Iaitu memperbaiki diri sendiri sebelum mendapat suami yang baik.

Setelah saya hafal doa itu, saya akan bacanya setiap kali lepas solat dan setiap kali saya teringat. Istimewanya doa ini, dihujungnya juga ada ayat Al-Quran yang digunakan oleh Nabi (masya ALLAH saya tak ingat namanya) yang susah nak dapat anak. So, ini menjawab kenapa saya tak berhenti beranak pulak la kan sbb salah satu dari doa tu makbul....Oh, agaknya berapa kali telah ALLAH makbulkan ya??

Alhamdulillah, barangkali berkat doa ini dan saya juga ada kirim kepada mak masa nak pergi haji biar dapat suami ustaz saya dapat suami saya sekarang. Malas lah nak describe lebih2 pasal suami saya kang ada plak yang tawar diri nak jadi bini no 2, sape yang pening :P ? Kalau saya tak pening, laki saya pulak yang pening sbb dia kata dia taknak kawin lain dah.... (kah kah kah)..

OKlah, orang sebenarnya nak baca doa je kan bukan nak baca apa yang saya merepeks tu. Saje je lah nak buat motivasi biar adik2 yang bujang2 tu optimis dengan ALLAH. Bahawasanya kita tak payah nak menggedik2 untuk memikat hati seorang lelaki tapi cukup dengan pertolongan ALLAH maka the Mr Right akan datang insya ALLAH.

Allahumma sakhkhirli zaujan solehan,
Muttaqan haliman a'liman faqihan jamilan
Wa yuhibbuni hubban jadidan wa uhibbuhu hubban jadidan a'miqan fillah,
Wa yakunu sahiban fiddun-ya wa fil jannah,
Allahumma la tazarni fardhan wa anta khairul waritsin


Mohon pertolongan kepada sesiapa yang boleh tuliskan ini dalam jawi tolong bg kat saya, nanti saya update


** Ini adalah petikan dari email Group SIM (Sahabat Interaktif Malaysia)

JAWATAN KOSONG: Pengurus Eksekutif Kanan Jualan & Pemasaran Program

 
 
FN EDUCATION GROUP (Fauzul Na'im Sdn. Bhd.) sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi yang berpusat di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kami menfokuskan bisnes kami mengendalikan dan menguruskan program-program latihan dalam bidang penulisan, protokol dan keusahawanan melalui anak-anak syarikat milik penuh kami. Program kendalian kami dibahagikan kepada dua jenis iaitu program latihan dalaman yang ditawarkan kepada agensi kerajaan dan swasta juga program-program latihan ditawarkan secara umum. Program latihan umum kami diadakan di pusat latihan kami di Wangsa Melawati. Sehingga sekarang sudah lebih daripada 3,000 peserta dan 300 organisasi yang mendapat manfaat daripada program anjuran kami di dalam dan luar negara.

Kami mencari calon bagi mengisi jawatan penting berikut:

PENGURUS/EKSEKUTIF KANAN JUALAN & PEMASARAN PROGRAM LATIHAN

Tanggung jawab dan peranan:

  • Mereview sasaran dan objektif strategi secara berkala, memantau dan meneliti perkembangan setiap perancangan.
  • Mengurus gerak kerja harian segala aspek operasi berkaitan bisnes perundingan dan latihan.
  • Menyelia perkhidmatan rundingan dan latihan, bertanggungjawab untuk peningkatan prestasi organisasi dan ahli pasukan.
  • Merancang, mengurus dan mentadbir urusan projek latihan dan perundingan mengikut masa ditetapkan bagi memastikan:
    • Para jurulatih bersedia sepenuhnya dan peralatan latihan bersedia untuk masa program.
    • Tempat program sudah sedia ditempah dan segala peralatan multimedia juga bersedia untuk hari program.
    • Pendaftaran program sudah dilakukan dengan sempurna.
  • Mengenalpasti kaedah untuk memperkasa dan menaiktaraf perkhidmatan perundingan dan latihan serta mencadangkan perancangan untuk implementasi.
  • Memantau bajet setiap unit dan mengurus dengan:
    • Meneliti setiap laporan kewangan ahli perjam mengikut mingguan.
    • Memastikan ketepatan proses invois dan memantau hutang.
    • Membuat pemantauan terhadap pelanggan bagi mengelak hutang lapuk.
  • Mengatur dan mengkoordinasi mesyuarat profesional dengan para jurulatih dan pakar terbabit bagi membangunkan program latihan baru di samping memperkasa program lama mengikut keperluan. Di samping itu membangunkan kerjasama dengan para pakar antarabangsa sebagai rakan kongsi strategik.
  • Mengemaskini pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah secara laporan bertulis.
  • Melaksanakan perancangan jualan dan pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan di kalangan korporat dan agensi kerajaan.
  • Mengurus hubungan dan jaringan dengan pelanggan sedia ada dan pelanggan menjadi prospek masa hadapan dengan:
    • Membuat rekod semua pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi.
    • Membina dan membangunkan hubungan baik dengan meningkatkan rasa puas hati pelanggan.
Kebolehan dan kemahiran:
  • Mempunyai berfikiran strategik dan berwawasan
  • Berkepemimpinan
  • Orientasi berkembang dan keuntungan
  • Menyelesaikan masalah
  • Berfikiran analitik
  • Bergerak untuk kepuasan pelanggan
  • Pengurusan projek
  • Orientasi bisnes
Perwatakan:
  • Berkomitmen
  • Mempunyai keupayaan untuk memotivasi dan menginspirasikan orang lain
  • Kualiti perkhidmatan berasaskan pelanggan
  • Kreatif dan analitikal

Jawatan ini terbuka kepada semua pemegang diploma dan ijazah dalam apa sahaja bidang yang bersesuaian dengan jawatan ditawarkan. Individu dengan pengalaman kerja dalam bidang latihan dan perundingan mempunyai kelebihan. Para graduan baru amat digalakkan memohon. Sebarang permohonan boleh dibuat kepada

FAUZUL NA'IM SDN. BHD.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4149 2560
Faks: 03 4149 3560

ataupun emel kepada group@fauzulnaim.com

Permohonan perlu sampai kepada kami sebelum ataupun pada 15 Jun 2011. Pihak kami menunggu Tuan/Puan yang berkualiti tinggi untuk menyertai pasukan kami

MOVIE : RANGO 2011 DVDSCR


MEDIAFIRE

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...