Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 29 Julai 2011

AHLAN WASAHLAH YA HABIBI...SYAHRUL RAMADHAN!!!


BULAN ALLAH, Rejab sudah berlalu..... Bulan Nabi, Syaaban masih kita lalu....Bulan kita, Ramadhan, kita menunggu2...Selamat datang wahai Ramadhan..kami amat merinduimu...Kami sentiasa memanjatkan doa kepada Nya...sejak kita mula berpisah akhir tahun lalu....Hanya tangisan kerinduan kepadamu kami iringi selalu...Mengharap kpd Rabbi agar dapat dipertemu....Ramadhan Yang dirindui selalu...Walau belum pasti akan dapat  kami temu..andai Izrael sudah menunggu...Memanggil kami menemui pencipta kami & penciptamu....

SALAM RAMADHAN......1432H.....TINGKATKAN AMALAN...BVAYAKKAN IBADAH!! 

UPDATE:PASAR RAMADHAN SEKITAR PULAU PINANG !!


1. PR Tmn Bertam Perdana, Kepala Batas
2. PR Tmn Pauh Indah, Pmtg Pauh
3. PR Kepala Batas (Tapak Pasar Malam) Pekan K.Batas
4. PR Bandar Perda (Masjid Daerah SPT), Pmtg Pauh
5. PR Taman Pauh Jaya (Masjid Jalan Bharu), Pmtg Pauh
6. PR Seberang Jaya (Tapak Pasar Malam)
7. PR Sg Nibong (Tapak Pesta)
8. PR Little India
9. PR Telok Air Tawar (Depan Masjid Daerah SPU)
10. PR Tmn Ciku ( Belakang Wisma Mertajam) Bkt Mertajam
11. PR Alma (Tapak Pasar Malam)
12. PR Balik Pulau (Masjid Daerah BD)
13. PR Sg Pinang, Balik Pulau
14. PR Pekan Kongsi, Balik Pulau
15. PR Pondek Upeh, Balik Pulau
16. PR Kg Jelutong, Pmtg Pasir SPT
17. PR Carrefour Sbrg Jaya
18. PR Nusantara Lebuh Maklom
19. PR Tmn Tun Sardon, Gelugor (Tapak Pasar Malam)
20. PR Bkt Gedong (Tapak Pasar Awam)
21. PR Bagan Luar (Padang Dataran Pemuda Merdeka)
22. PR Pekan Darat
23. PR Sg Dua (Tmn Desa Murni)
24. PR Bertam Indah ( Masjid Bertam Indah)
25. PR USM (Masjid USM)
26. PR Bayan Baru (Masjid Bayan Baru)
27. PR Kg Melayu Ayer Itam
28. PR Kompleks Bukit Jambul
29. PR Masjid Sg Nibong Besar
30. PR Pinang Tunggal (SK P.Tunggal)
KULIM
1. PR Tmn Lagenda, Pdg Serai
2. PR Kulim (Tapak Pasar malam pekan Kulim)
3. PR Kelang Lama (Tapak pasar malam )
ADA lagi ke yg sy x sebut??ada lagi ke yg sy lupa? Kalau ada gtau2 la ek

E-BOOK : RAHSIA 11 RESIPI BISKUT

HEHEHEHE...sebab bulan posa pn da nk datang..so aku kongsikan satu e-book utk korang berkaitan masak-memasak..Mana nak tau leh cuba..leh bg aku sikit rasa..hehehe

New Film:Momok: Jangan Panggil Aku (2011) DVDRip RMVB

Ramlee received a call from his old friend Aziz to come to Kampung Pulau Rusa in Pahang for his "kenduri". He with his two friends, Qaseh a writer who writes supernatural novels and Sudin went to Pahang by a vehicle.

>> DOWNLOAD SECTION<<

New Film:Flat 3A (2011) DVDRip RMVB

"Flat 3A" chronicles the frightening experience that Fikah (Intan Ladyana) and her boyfriend Anas, after Fikah moves to a new home. Parallel to that, Wahyu (Ery Zukhairi) is tracking his missing relative, Fatin, and he is beginning to close in on the mystery that surrounds the haunted flat.

<<DOWNLOAD SECTION>>


Khamis, 28 Julai 2011

PERKAMPUNGAN RAMADHAN

PERKAMPUNGAN RAMADHAN - Program Penghayatan Sepanjang Bulan Ramadhan Untuk Warga Emas
Bertempat di WARISAN KASEH Darul Maghfiroh , Lot 38886 Kg Sungai Kelambu, Banting, Kuala Langat, Selangor
Program ini adalah dibuka khusus untuk para warga emas yang ingin memantapkan ibadah di bulan Ramadhan sambil menjalin silaturahim.Dipenuhi dengan program-program tadarus, qiamullail, ceramah serta pemeriksaan kesihatan dan riadah
PENGINAPAN SERTA MAKAN MINUM DISEDIAKAN DENGAN PERCUMA
Daftarkan diri anda dan ibu bapa anda untuk menyertai program ini.
Sila hubungi Masrukhin 013-3888234 / 017-7731350 atau Zamri 012-3799692
Atau email kepada warisankaseh@simcare.org.m​y

BUAH KEDONDONG KU...HEHEHEHE


XDA KEJE LA NI....heheheheh..buah kedondong @ ambra mmg sedap lau dpt dimakan bercicah dengan sambal belacan...ummmhhh...nyum..nyum!!!

TAKRAW:MASIA KECUNDANG AWAL SEBELUM FINAL

MALANG BUAT MALAYSIA... Walau menjadi tuan rumah pertama Piala Dunia Sepak Takraw 2011 namun kita gagal untuk menjadikan ianya satu yang bersejarah kerana gagal menjulang piala pertama berkenaan . Gagal memenangi kejuaraan bernmakna kita juga gagal menamatkan badi kekalahan kepada skuad Gajah Putih, Thailand.

Dalam perlawanan akhir yang menemukan Malaysia dengan seteru utama, Thailand, serta iringan sorakan penyokong Malaysia memenuhi seluruh pelosok gelanggang, kita gagal sekurang-kurangnya memberi saingan kepada Thailand dalam aksi final tersebut. Kita mudah ditewaskan, gagal menjawab segala rejaman tekong serta killer Thailand sehingga mengecewakan para penyokong yang hadir

Tapi jika kita lihat betul2, kita sebenarnya telah tewas awal dalam permainan tradisi kita ini. Kenapa? Iyelah, walau kita menjadi tuan rumah namun kita tidak dapat hak penajaan untuk peralatan permainan ini. Marathon, syarikat dari Thailand terus menguasai gelanggang penajaan. Baik bola hingga.ke jaring, semuanya Marathon

Itu satu. Yang menghairankan kita ialah apabila baju jersi negara yang digunakan dalam perlawanan termasuk perlawanan akhir ditaja oleh FBT,(kalau xperasan cuba tgk balik) sebuah lagi syarikat Thailand.Betul x?

Kita akhirnya sekali lagi gah sebagai tuan rumah namun gagal meraih takhta kejuaraan di bumi sendiri....!!!!

85 000 HABIS !!!

MACAM xpercaya pon ada...tp 2 la kenyataannya. 85000 tiket Perlawanan Kedua Pra Piala Dunia antara Harimau Malaya dengan Singa habis terjual hanya dalam dua hari sahaja. Tiada lagi tiket tembahan utk peminat yg nak menyaksikan perlawanan malam ini di stadium.....

Walaupun ada ura2 mengatakan ulat mengambil kesempatan membeli tiket banyak utk dijual dengan harga tinggi malam ini, tapi saya xyakin sampai berpuluh ribu tiket dibeli ulat. Mungkin ada tapi tidak banyak. Yang banyaknya adalah peminat Harimau Malaya!!! Peminat yg dahagakn kemenangan mutlak Malaysia malam ini ke atas Singapura

Ayuh!!! Ayuh semua pejuang Harimau Malaya yg akan beraksi di padang malam ini.Lihatlah sokongan padu peminat anda. Walaupun anda tewas 5-3 di kota Singa namun sokongan tetap tidak berbelah bahagi. Tiket tetap habis!!! Ayuh kita catatkan sejarah..Tumbangkan Singa malam ini.Jangan biarkan pasukan yg tidak bagus ini (hanya tahu mengimport pemain sahaja) melangkah ke pusingan ketiga. Peminat telah menunjukkan sokongan padu!! Peminat masih meletakkan harapan yang amat tinggi utk kita menang malam ini. Peminat mengharapkan kita berjaya membolosi Singa..Jika tidak 2..biarlah 3..4...5...atau 6 gol kita ledakkan!!! Tiada yang mustahil.kita telah buktikan pada malam itu di Kota Singa.3 jaringan kita mampu hasilkan..Itu tempat lawan..malam ini kita beraksi di tanah tumpah kita.Pasti jaringannya akan terus berganda.Kami peminat amat pasti ia akan berlaku!!!

Kami peminat hadir bukan sekadar untuk menonton..kami bukan sekadar untuk melepak membuang masa...kami hadir bukan untuk bergelak ketawa..kami hadir bukan untuk berkelah..Kami hadir dengan satu matlamat..Kami hadir utk memberi semangat kepada barisan 11 pemain dipadang. Kami tidak akan sesekali membiarkan pemain Singa senang menguasai bola.Kami akan mengaum sepanjang 90 minit. Kami akan pastikan pemain2 Singa kecut perut..menggelatar ketakutan..hatta import Singa pun kami akan kecutkan!!Biar singa import jadi ketidakteruan!!Ingat wahai Harimau Malaya..malam ini anda bukan sebelas orang shaja yg berjuang..Tapi kita akan berjuang bersama 85011 pemain akan bertarung !!! itu tidak dicampur lagi peminat yang tidak mendapat tiket..peminat yang menyaksikan di rumah...di kedai2 makan...dan di mana sahaja...Kita akan menjadi satu gelombang yg akan menelan Singa di bumi kita..Biar mereka tahu siapa kita!!

Buat barisan pertahanan..jangan mudah anda goyah..Jangan mudah anda melatah...Cuba bermain secara tenang..berfikirlah dahulu sebelum mengambil tindakan...Kami doakan anda tidak akan memberi ruang Singa membolosi kita!!!

AYUH HARIMAU MALAYA!!  KITA AMUK SINGA MALAM INI!!!


Rabu, 27 Julai 2011

Jawatan Kosong: Jurutera Sivil Di Cari



 
Kami sedang mencari Jurutera Sivil:
 
1) Bumiputera (Muslim/Muslimah)
2) Ijazah dalam Civil Engineering
3) Pengalaman min 2 tahun
4) Berkenderaan
 
Sila emelkan resume beserta gambar terbaru dan jangkaan gaji ke mdmecten@gmail.com
 
Terima kasih
 
Zahirudin Salehuddin
0196558840

JAWATAN KOSONG: Juruteknik Aircond, Wireman & ACCOUNT Exec

 
Kami memerlukan 3 orang kakitangan mengisi kekosongan berikut:
 
1. ACCOUNT EXECUTIVE - AKAUN EKSEKUTIF - WITH KNOWLEDGE OF ACCOUNT SOFTWARE (UBS)
 
2. JURUTEKNIK PENGHAWA DINGIN (air condition REPAIR & SERVICE) - PENGALAMAN 1 TAHUN KEATAS
 
3. PENDAWAI (WIREMAN)  -SIJIL DAN PENGALAMAN 1 TAHUN KE ATAS.
 
 
Pengurus Pentadbiran,
TEL: 03-41070104/41085128, FAX: 41085237
ESHA ENGINEERING CONSULTANTS
NO. 22-A JALAN BANDAR 3
TAMAN MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR 

SAMBUTAN AMBANG RAMADHAN

SAMBUTAN AMBANG RAMADHAN 2011
BANDAR MAHKOTA CHERAS
(PERSATUAN PENDUDUK ISLAM & SURAU AS-SYAKIRIN )

TARIKH : 28 JULAI 2011 (KHAMIS MALAM JUMAAT )
TEMPAT: SURAU & ANJUNG AS-SYAKIRIN, SEKSYEN 1.
BANDAR MAHKOTA CHERAS, SELANGOR

RANGKA PROGRAM:-
DIMULAKAN DGN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
SOLAT HAJAT, YASSIN DAN DOA SELAMAT.

DIIKUTI SOLAT ISYAK BERJEMAAH DAN SELESAI SOLAT ISYAK
FORUM PERDANA AMBANG RAMADHAN BERMULA:

PENCERAMAH 1 :
USTAZ FARHAN ABDULLAH AL HAFIZ - PENGETUA MAAHAD TAHFIZ
(BEKAS PADERI DAN ANAK MANTAN KETUA PADERI SABAH)

PENCERAMAH 2 :
USTAZ FITRI ABDULLAH - AHLI MAJLIS PERKIM KEBANGSAAN
(BEKAS PENGANUT AGAMA HINDU)

MODERATOR :
USTAZ WAN JEFFRI - PERUNDING AKADEMI AIDIT

MAKAN MALAM PERDANA DI TAJA OLEH AAZ GLOBAL SDN BHD
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

New Film:Tolong Awek Aku Pontianak (2011) DVDRip RMVB


Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu?

Selasa, 26 Julai 2011

LUBUK RAHSIA ONLINE : 10 panduan PERCUMA

Haii & salam sejahtera semua.....

Dah lama rasanya xmenulis sesuatu di sini..Ideanya ada tapi apakan daya kudratnya tiaada (adakah sekadar alasan?? ;) )

Apapun buat buah permulaan ini saya ingin kongsikan sesuatu untuk anda semua...dalam masa 24 jam sahaja k..ingat!!!! 24JAM SAHAJA...   24JAM=1 HARI

Apa yg ingin saya kongsikan ini sebenarnya telah dikongsikan salah seorang Otai kita, Raja Kamil. Apa dia? Ianya ialah 10 buah Panduan secara PERCUMA...saya ulangi..PERCUMA!!!

So sila la downloadnya sekarang sebelum tawaran ini ditutup ok.. :)




Ahad, 24 Julai 2011

KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA (ASIA TENGGARA SAHAJA)

CHINA 7 : 2 LAOS
THAILAND  1 : 0  PALESTIN
SINGAPURA 5 : 3 MALAYSIA
TURKMENISTAN 1 : 1  INDONESIA       
OMAN 2 : 0 MYANMAR
QATAR 2 : 0 VIETNAM
KUWAIT 3 : 0 FILIPINA       

Jumaat, 22 Julai 2011

MAJALAH SOLUSI

Dewan Solusi merupakan majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Majalah ini merupakan majalah bercorak dakwah dan diterbitkan secara bulanan.Majalah ini diterbitkan oleh syarikat penerbit Telaga Biru Sdn Bhd.

MAJALAH PC JULAI 2011

Majalah PC merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan majalah khusus dalam bidang komputer dan diterbitkan secara bulanan. “Sumber komputer, internet dan multimedia” merupakan motto bagi majalah ini.




Khamis, 21 Julai 2011

JAWATAN KOSONG: Pelukis Buku Cerita Kanak-kanak

Syarikat kami penerbit buku cerita kanak-kanak untuk tadika / taska dan juga sekolah rendah dan menengah
kami memerlukan pelukis cerita kanak-kanak dengan segera. Sesiapa yang berminat
untuk menceburi bidang ini.

Wanita atau lelaki- sambilan atau sepenuh masa
Umur 22 tahun keatas



Berminat sila hubungi saya ditalian
011-5021647 @ 013-2274366 (Mohd)
 019-2088775 (Rashid)

Sejak bila kita jadi tuhan?

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,


Pernahkah anda dengar kisah seorang yang ingin bertaubat setelah membunuh 100 nyawa? Kisahnya begini : Ðahulu ada seorang lelaki Bani Israil yang telah membunuh 99 nyawa. Namun, Allah SWT telah mencampakkan hidayah ke dalam hatinya. Ðia bertanya tentang orang yang paling berilmu di atas permukaan bumi. Lalu ditunjukkanlah seorang rahib (ahli ibadah). Ðia lantas pergi berjumpa pendeta itu, lalu dikemukakan pertanyaan, “Adakah taubatku diterima?” Pendeta itu pantas menjawab, “Tidak!” Akibat terlalu marah dengan jawapan tersebut, sang pendeta dibunuhnya. Maka, genaplah 100 nyawa yang mati ditangannya.

Kemudian dia bertanya lagi tentang orang yang paling berilmu di atas pemukaan bumi. Lalu ditunjukkan seorang yang berilmu (ulama’) seraya menyatakan bahwa dirinya telah membunuh 100 nyawa, apakah masih ada taubat baginya. Tatkala itu, orang yang berilmu itu menyatakan bahawa siapakah yang menghalangi antara dirinya dengan taubat? Katanya lagi, “jika kamu ingin bertaubat, tinggalkanlah desa ini. Pergilah ke desa di mana penduduknya mengamalkan ajaran yang benar dan berakhlak mulia kerana di sana ada sekelompok manusia yang menyembah Allah Ta’ala. Maka sembahlah Allah bersama mereka, dan janganlah engkau kembali kembali ke kampungmu, kerana ia adalah kampung yang jelek.”

Ketika dalam perjalanan taubatnya, Allah telah mencabut nyawanya, menimbulkan perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab sama ada untuk memasukkannya ke syurga atau neraka. Malaikat rahmat berkata, “Ðia (bekas pembunuh) ini telah datang dalam keadaan bertaubat lagi menghadapkan hatinya kepada Allah Ta’ala.” Malaikat adzab berkata, “Orang ini sama sekali belum mengamalkan suatu kebaikan.” Lalu mereka (para malaikat itu) pun didatangi oleh seorang malaikat dalam bentuk seorang manusia. Mereka (para malaikat) pun menjadikannya sebagai hakim.

Allah mewahyukan kepada desa yang ingin ditujunya supaya mendekat dan sebaliknya kepada tempat tinggal lamanya. Malaikat (yang menjadi hakim) berkata, “Ukurlah antara dua tempat itu; ke mana saja lelaki itu lebih dekat, maka bererti dia ke situ.” Mereka mengukur jarak sang pembunuh dengan kedua-dua desa itu. Ternyata lelaki itu lebih dekat ke negeri yang dia inginkan. Akhirnya malaikat rahmat menggenggam (ruh)nya. [mafhum HR Bukhari dalam Kitab Al-Anbiyaa’, bab: Am Hasibta anna Ashhaba Kahfi war Roqim (3283), Muslim dalam Kitab At-Taubah, bab: Qobul Taubah Al-Qotil Wa in Katsuro qotluh (2766), Ibnu Majah dalam Kitab Ad-Diyat, bab: Hal li Qotil Al-Mu’min Taubah (2622)]

Hadis ini adalah hadis yang sahih dari Rasulullah SAW ketika baginda menceritakan sebahagian di antara berita-berita ghaib orang-orang Bani Isra’il. Berita ini baginda terima melalui wahyu dari Allah, bukan dari kitab Taurat atau Injil. Hadis ini banyak mengandung mutiara hikmah yang terpancar dari wahyu Allah Ta’ala. Para ulama telah mengeluarkan hikmah, dan faedah-faedahnya dalam kitab-kitab hadis.

Lihatlah betapa luasnya keampunan Allah terhadap hamba-Nya. Setiap kali hamba-Nya ikhlas memohon ampun, pintu taubat-Nya sentiasa terbuka. Biarpun setiap kali ia tergelincir dari taubatnya, Allah SWT akan tetap menerimanya selagi ia berusaha untuk kembali kepada-Nya.

Ringan bicara, beratnya terasa

Kita tahu Allah itu al-Ghaffar, Maha Pengampun yang amat sangat, tetapi, kita sering terlupa. Lihatlah sikap pendeta yang terbunuh akibat tersilap menghukum, begitulah sikap kebanyakan kita hari ini. Terlalu mudah dan pantas menjatuhkan hukuman berdasarkan emosi sehingga membunuh keinginan manusia kembali ke rahmat Allah SWT. Ringannya lidah mengungkapkan, “Rosak akidah kamu!”, “Kamu bukan lagi muslim!”, “Kamu kafir, sesat!”, “Allah tidak akan mengampunkan kamu!” Sedarkah kita, berat yang ditanggung akibat lidah yang tidak dijaga ini?

Ketahuilah, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa.”(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi dalam hadis yang lain pula yang bermaksud, “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis-hadis ini sebagai peringatan kepada sesiapa yang merendahkan orang lain seakan tidak mendapat rahmat, maka nantilah kebinasaan Allah buatnya.

Sikap prejudis dan buruk sangka seakan sudah menjadi liang-liang roma manusia. Hatta, para sahabat pernah memperkatakan perihal dosa dan keimanan Malik bin Ðukhsum lalu Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada seorang pun yangmengucapkan syahadah, bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku Rasulullah, yang masuk neraka atau dimakan api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Lakukan tugas kita sahaja

Selaku Muslim, kita yang seharusnya mencorak dakwah agama agar masyarakat lebih MESRA dengan Islam. Jadikan ia bukan hanya untuk orang-orang masjid dan surau sahaja, bahkan untuk semua anak-anak jalanan, muda-mudi di pusat hiburan dan di pentas pemerintahan.

Ðakwah itu memanglah sakit, mana ada dakwah yang sedap? Kalau hendak sedap, dalam masjid ada air cond sajalah tempatnya. Tapi itu setakat cakap, yang dicakapkan pula pada golongan yang sudah memang kaki masjid, sudah tentu memang yang baik-baik belaka, berdakwah di kalangan orang yang memang sedia ‘balik’… eh… Jadikanlah kisah “Ustaz pun boleh fed-up?” satu teladan untuk kita.

Ði saat kita berada dalam kemanisan rahmat-Nya, berusahalah menjadi guider kepada manusia yang ingin kembali mencari cinta Allah agar semua Muslim seiring menuju ke syurga. Kita tidak pernah dilantik menajdi wakil Tuhan dalam menentukan syurga neraka bagi manusia lain. Pentas-pentas ilmu bukan untuk dicanang azab neraka dan seksa-Nya semata-mata, lalu melupakan Allah itu Maha Peampun dan Pengasih.

Ðaripada Abu Musa r.a., katanya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang berdosa di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Muslim)

Lalu, adakah wajar kita mengambil-alih tugas-Nya?

Renung-renungkan....

Sumber : Irsyadi Abu Bakar, iLUViSLAM#66

Rabu, 20 Julai 2011

ANTARA BERLIAN TERMAHAL DI DUNIA!!!

Perhiasan cincin, terlebih berlian merupakan salah satu item fesyen yang banyak digemari perempuan.

Namun untuk mendapatkannya, tentu saja diperlukan biaya yang tidak sedikit. Seperti dikutip Luxedb, berikut beberapa cincin berlian termahal di dunia.

Berlian biru



Berlian seberat 6 karat itu berwarna biru dan berbentuk seperti tetesan air mata. Berlian yang ditaruh di atas cincin platinum tersebut dijual oleh Sotheby dengan harga US$ 7,9 juta.


Berlian berbentuk oval




Dengan harga US$ 4,2 juta , cincin yang bertahtakan berlian putih ini dijual oleh Christie dalam acara pelelangan 'Important Jewels Sale in New York'.

Berlian ini memiliki kejelasan (clarity) dan warna (color) E dan potongan (cut) oval yang membuat tampilannya ini semakin terlihat mempesona.

Berlian kuning 'Novo'



Membuat cincin ini berbeda adalah warna berliannya yang special. Cincin 'Novo' ini dihiasi oleh berlian berwarna kuning seberat 25,27 karat dan cincinya terbuat dari platinum.

Cincin berlian kuning 'Novo' dijual oleh merek perhiasan ternama, Tiffany dengan harga US$ 1,35 juta .

Berlian Elizabeth Tailor

Cincin ini dihiasi oleh berlian berbetuk bulat seberat 5,98 karat pada bagian tengah dan berlian 3,96 karat pada pinggirannya. Cincin milik mendiang Elizabeth Tailor ini bernilai US$ 1,3 juta  ini memang memiliki tampilan yang sangat luar biasa.

Berlian merah jambu



Cincin yang berhasil dijual oleh perusahaan pelelangan internasional, Christie di Hongkong dengan harga US$ 10,8 juta dinyatakan sebagai cincin berlian termahal di dunia.

Hal ini dikarenakan desainnya yang istimewa. Cincin tersebut bertahtakan berlian 5 karat berwarna merah muda dan dihiasi oleh berlian putih pada sisi kiri dan kanannya.


 P/S: Kalau di Malaysia lak, cincin Kak Rosmah kita (istri PM) la yg paling mahal kut skunk ni...hehehehe...yela, sbb harga yg diberitahu tu tnpa cukai. Cuba kalau kena cukai tgk..mst lg mahal la harganya...hehehehe

SEMINAR MEMPERKASAKAN AQIDAH UMAT ISLAM

SEMINAR MEMPERKASAKAN AQIDAH UMAT ISLAM
 
Tarikh  : 26 Julai 2011 (Selasa)
Masa : 09.00 pagi - 01.00 tghari
Tempat  : Dewan Seminar, Masjid Al-Ikhlas, Taman Sri Melati, Selayang, Selangor
 
Seminar bertujuan bagi memberikan penerangan dan pemahaman berkenaan dengan masalah ajaran sesat dan juga fahaman-fahaman yang menyeleweng dari ajaran Islam.
 
Pembentangan:
 
Tajuk : Ancaman Ajaran Sesat dan Cara-cara Menanganinya
Oleh   : Prof Madya Dr Faudzinaim Bin Badruddin
  Pengarah Pusat Islam UKM
 
Tajuk : Pandangan Sunni Terhadap Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama
Oleh   : Ustaz Wan Adli Wan Ramli
  Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,
  Universiti Malaya
 
Aturcara Seminar:
08.00 pagi                 : Pendaftaran dan Sarapan
09.00 pagi                 : Bacaan al-Quran
                                   : Bacaan Doa
                                   : Aluan Pengarah Program
                                   : Aluan Perasmi
09.30 pagi                 : Pembentangan Kertas Kerja
12.00 tgh                    : Dialog (Sesi QA)
01.00 tgh                    : Penutup dan Penyampaian Sijil
01.30 tgh                    : Makan Tengahari dan Bersurai
 
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Tiada bayaran dikenakan (PERCUMA)
 
Pendaftaran Masuk:
Sila daftarkan nama anda dengan menghubungi atau SMS:
 
Pn. Noraini               : 019-936 4578
Sdra Wan Burhan    : 013-384 0710
Hj. Ibrahim               : 019-3508958
 
Anjuran:
Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
 
Dengan Kerjasama:
Sekretariat Menangani Ajaran Sesat Dan Fahaman Ekstrim, Pluralisme, Liberalisme Dan Sekularisme, dibawah JAIS

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN


Syarikat kami E-Class Training Centre ingin mewar-warkan Program Semarak Ramadhan - Dimensi Qalbu - untuk dikendalikan di tempat tuan/puan sepanjang Ramadhan ini. Program ini bertujuan untuk :     1.  Mengenali Qalbu dengan lebih dekat. Kerana hatilah manusia bahagia atau sebaliknya.
     2. Memanfaat Qalbu yang suci ke arah kehidupan yang lebih bahagia.
     3. Memperkasa konsep TAHU dan SEDAR sang KHALIFAH dan sang ABID.
     4. Mengetahui rahsia kejayaan diri dan membina kekuatan ke arah itu.
     5. Meningkat prestasi anda sepanjang waktu

Selasa, 19 Julai 2011

JADUAL AMAT PADAT



DAH LAMA AKU xdapat nak post sesuatu walau ada di kepala otak aku ni sesuatu yg nk aku post..last2 mst ilang camtu je..kekekeh....

Tapi nak wat cmne, bulan ni terlalu banyak keje yg perlu disiapkan menyebabkan aku xberupaya mencuri masa (tapi ni kira curi gk la ni) hehehehe

Xpe,jumpa lg nanti k...Byee

Sabtu, 16 Julai 2011

NEW FILM: SEKALI LAGI (2011) DVDRIP MKV

Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya

DOWNLOAD HERE

MKV [337 MB]

Isnin, 11 Julai 2011

NEW FILM:Scream 4 (2011) PPVRip MKV


>>> Ten years have passed, and Sidney Prescott, who has put herself back together thanks in part to her writing, is visited by the Ghostface Killer.

Bagi aku filem ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yg berumur 18 tahun ke atas. Setelah 3 filem pertama Scream ini tidak ditayangkan di pawagam Malaysia (aksi keterlaluan ganas yg tidak dibenarkan) namun Scream 4 lulus pula utk tayangan di negara ini (pelik juga). Pepun bg mereka yg suka citer bunuh & bunuh & bunuh..maka berbunuhlah dengan filem ini..hehehe 

>>SCREAM 4 YG DIKONGSI INI  DISEDUT DARI SUMBER PPVRIP, SO KEADAAN AUDIO VISUAL HANYA SEKITAR 90% MEMUASKAN.. IANYA DI DALAM FORMAT MKV SAHAJA YG DIKONGSI UTK ANDA..

SELAMAT MENYEDUTTTT!!!! :)




UPDATE !! NEW FILM: Nur Kasih the movie 2011 DVDRIP


>> Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil. Setelah Aidil kembali pulih, Adam dan Nur Amina pulang ke bandar untuk menjalani hidup seperti biasa

Aku UPDATE di sini utk Nur Kasih ini dalam bentuk DVDrip...gamabr memang baik punya elok...TERBAIKKK LAAA!!!...Master Copy ooooo....
MEDIAFIRE
XVID [700MB]

Aku sendiri belum tengok lagi filem ini. Tapi hasil dramanya di tv selama ini, ianya pasti tidak mengecewakan..

>>NUR KASIH YG DIKONGSI INI  DISEDUT DARI SUMBER PPVRIP, SO KEADAAN AUDIO VISUAL HANYA SEKITAR 90% MEMUASKAN.. IANYA DI DALAM FORMAT MKV SAHAJA YG DIKONGSI UTK ANDA..


SELAMAT MENYEDUTTTT!!!! :)
KREDIT TO SYOK.ORG

Ahad, 10 Julai 2011

MANGSA PEMEDIH MATA MENINGGAL-HARAKHADAILY

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.
Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.
Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.
Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.
Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.
Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh hARAKAHDAILY

PANGGILAN VIDEO:APLIKASI BARU FACEBOOK



NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.

Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.

Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.

Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.

Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. - Agensi

Sumber : Kosmo Online

>> Waahhh...ini sudah satu kelebihan dan kemajuan FB berbanding pesaing-pesaingnya. Semakin melekatla kaki2 FB alamatnya selepas ini, asalkan tidak disalah guna kira OK la...

Jumaat, 8 Julai 2011

E-book:Majalah PC-Buku Khas Koleksi Teknik Photoshop


>>SESUATU YG AGAK BERGUNA juga yg ingin sy share bersama kaki2 sedut. Tapi kali ini sebuah E-Book utk anda yg telah diupload seorang sahabat kita. Saya sendiri telah memiliki majalah ini yang merupakan terbitan Majalah PC(Karangkraf la tu). Bagi yg baru2 nk berjinak2 dengan dunia Photoshop, majalah ini amat sesuai utk dijadikan rujukan, apatah lagi ianya PERCUMA....hanya perlu seduttttt sahaja...hehehehe :)

Kredit to: en_halil

New Film:Ghosted 2011 DVDRip


>> TIADA APA yg dpt aku ulaskan berkaitan filem ini sebab aku pun xtgk lg la..hehehehe. Tapi nampk mcm menarik saje filem ini dan tamabahan ianay merupakan DVD Copy yg sy jamin 100% clear la broo!!..hahaks.. Sedut ajee...

New Film: Born To Ride 2011 DVDRiP

>>>The stars of Starship Troopers are back in action! Mike (Casper Van Dien) decides to hit the road on his refurbished classic motorcycle along with best buddy Alex (Patrick Muldoon), but their trek takes a surprising turn when they become involved in a plan involving political blackmail, corruption, and dirty money. Carrying evidence that could get them killed at any minute, the boys are chased on the open road but turn their skills to their own advantage. William Forsythe (Raising Arizona) and Theresa Russell (Wild Things) also star in this gun-blazing, rip-roaring adventure from the director of Every Which Way But Loose you’ll never forget!

Genre: Action
Director: James Fargo
Starring: Casper Van Dien, Patrick Muldoon and William Forsythe
Language: English
Subtitles: N/A
Size: 1.27 GB

>> Ini merupakan salah satu filem terbaru tetapi rasanya tidak keluar di pawagam Malaysia (huhuhuhu). So sedut aje lah jawabnya. DVD COPY, jd gambar memang TERBAIKKK!!! Tapi malangnya tiada subtitle & failnya juga agak besar iaitu 1.27 Gb.huhuhuhu

Aku sendiri juga belum lagi memperuntukkan waktu utk mengushar filem ni. Tapi dr maklumbalas member2 aku yg dah tengok & tertengok, ada yg kata best & ada sebaliknya...Lu fikirla sendiri!!

Khamis, 7 Julai 2011

KELAYAKAN OLIMPIK: MALAYSIA DIUNDI BERSAMA GERGASI ASIA JEPUN

HARI INI telah berlangsung undian bagi pusingan ketiga Kelayakan Olimpik Zon Asia yg mempamerkan 12 pasukan terbaik Asia yg akn berentap bg merebut 4 slot ke Sukan Olimpik 2013. Antara pasukan yg tersenarai adalah negara kita Malaysia yg pasti mencetus rasa bangga kita kerana satu2nya negara Asia Tenggara yg layak ke pusingan ketiga.

Hasil undian jam 3 ptg td, Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan C bersama gergasi Asia, Jepun dan Syria serta Bahrain. Lihat jadual :


       KUMPULAN C
         Bahrain
         Jepun
        Syria
       MALAYSIA


JADUAL PERLAWANAN MEMBABITKAN MALAYSIA :

1.  Jepun vs Malaysia        - 21 Sept 2011
2.  Malaysia vs Syria         - 23 Nov 2011
3.  Malaysia vs Bahrain     - 27 Nov 2011
4. Bahrain vs Malaysia      - 05 Feb 2012
5. Malaysia vs Jepun        - 22 Feb 2012
6.  Syria vs Malaysia        - 14 Mac 2012













































































































































Rabu, 6 Julai 2011

E-book: MAJALAH UJANG KELUARAN PERTAMA


>>MAJALAH UJANG merupakan Majalah Lawak no 1 Negara yg mempunyai ramai peminat. Namun tidak ramai yang mengetahui latar belakang majalah ini. Untuk pengetahuan anda semua, majalah oertama Ujang telah dikeluarkan pada 1.1.1994. Jadi jika diambil kira dari awalnya (tidak mengambil kira penerbitannya yg berubah2) ianya dah berusia 17 thn di pasaran.

Aku sendiri juga merupakan peminat tegar majalah (selain LANUN) ini suatu ketika dulu. Waktu sekolah dulu seingat aku, aku sentiasa menyimpan duit utk membeli majalah ini setiap bulan. Tapi bila dah diterbitkan 2x sebulan, aku mula ter"miss". Bkn sbb ape, sbb poket kering la..Harga pun da semakin naik ketika itu..Last2 tukar hobi laa.hehehe 

Share by : Mad Zaid

 DOWNLOAD HERE ..>>> MAJALAH UJANG NO 1

KREDIT 2 TEAMARYZS 

New Film : KL GANGSTER 2011 DVDRIP MKV


>>> Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

>> iNI merupakan filem Melayu abad ini apabila berjaya meraih 12 juta kutipan di pawagam apabila ditayangkan.. Satu sejarah baru bagi filem Melayu. Jalan cerita YANG PENUH DENGAN AKSI BERLAWAN  dan tiada adegan bercinta maut..hehehe. Sebuah garapan aksi yg terbaikk.

Namun bagi aku ianya amat tidak sesuai ditonton oleh kanak2 kerana bahasa yg dgunakan dalam filem ini adalah amat amat kasar. Pasti ianya akan menjadi ikutan kpd kanak-kanak nnti...huhuhu

Sebuah filem yg dicopy dr DVD, so 100% clear. Format MKV je yg dikongsi k. Seduttttt...!!!


Part 1 / Part 2
 
KREDIT 2 TEAMARYZS 

TAK TAHU NAK MUAT TURUN??? 

>> TUTORIAL MUAT TURUN @ DOWNLOAD <<

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...