Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 19 November 2012

[GR SUKAN] KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA SUZUKI 2012?






SEPARUH AKHIR KEDUA
13 DISEMBER 2012 (RABU)
BANGKOK

THAILAND vs MALAYSIA
?-?
(1 - 1)

LIVE
RTM 1 & ASTRO 813
...........................................................................


SEPARUH AKHIR PERTAMA
9 DISEMBER 2012 (AHAD)
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
8:00 MLM  TIKET RM 40.00

MALAYSIA vs THAILAND
1 - 1

LIVE
RTM 1 & ASTRO 813

PERJUANGAN Harimau Malaya diteruskan lagi hari ini menentang pilihan utama kejohanan, Thailand. Beraksi di laman seniri pada separuh akhir pertama, pasukan negara harus mempamerkan aksi sebaiknya membawa bekalan gol selesa ke Thailand pada separuh akhir kedua di sana.

Dengan beberapa pemain yang menyinar di kejohanan ini dihimpit kecederaan, Rajogobal perlu mencari pengganti yang ampuh bukan sekadar pelancong di dalam skuad untuk membantu Harimau Malaya meloloskan diri ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut

Apapun yang pastinya pemain ke 12 akan memenuhi setiap penjuru stadium membantu memberikan sokongan padu kepada para pemain. Itu adalah suatu yang pasti yang tidak dapat dinafikan lagi walaupun harga tiket melambung ke RM40 seorang.

TERUSKAN PERJUANGANMU HARIMAU MALAYA!!
.......................................................................................................................

KEPUTUSAN KUMPULAN B (Malaysia sahaja)

1 DISEMBER 2012
MALAYSIA vs INDONESIA
2 - 0
28 NOVEMBER 2012
MALAYSIA vs LAOS
4 - 1
25 NOVEMBER 2012
MALAYSIA vs SINGAPURA
0 - 3
8:45 MLM

KEJOHANAN PIALA AFF SUZUKI 2012 kembali lagi dengan Malaysia, juara bertahan dan Thailand menajdi tuan rumah bersama kejohanan kali ini. Mari kita riuhkan kembali stadium dengan memberikan sorakan padu kepada Pasukan Harimau Malaya. Kita harapkan sokongan tersebut dapat menaikkan kembali semangat skuad negara setelah melalui perlawanan persahabatan yang tidak meyakinkan.

HARGA TIKET

Untuk yang berminat menyaksikan perlawanan secara LIVE di stadium selain dapat kita saksikan di saluran Astro, perlawanan bagi semua pasukan negara akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil

Untuk perlawanan peringkat kumpulan harga tiket yang dikenakan ialah RM30 seorang. Bagi perlawanan hari pertama dan kedua kejohanan, kita dapat saksikan dua perlawanan sekali bagi setiap pemeganag tiket iaitu perlawanan pada jam 6 petang dan 8.45 malam

Untuk separuh akhir, harga tiket dinaikkan kepada RM40 seorang dan tiket perlawanan akhir ialah RM50.

Untuk membuat tempahan dan belian tiket secara online boleh dapatkan dengan klik link di bawah ini

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 12 November 2012

[GR PETUA] NAK MUKA KELIHATAN BERSERI-SERI?

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.
Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
Selawat 3 X
Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.
Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..
Mulut
Hidung
Mata
Dahi
Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..
Mulut
Hidung
Mata
Dagu



Petua Tradisional Untuk Menambahkan Seri Wajah

• Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar.
• Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.
• Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.
• Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.
• Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan satu sudu besar madu dan dua sudu besar jus buah prun. Minum dua kali sehari.
• Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.
• Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.
• Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.
• Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. InsyaAllah, kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.
• Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya.
• Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk.
• Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama dua minggu berturut-turut.

** P/S : Kalau selalu berwuduk pun wajah akan sentiasa berseri-seri kan...tak perlu belanja mahal :P

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR MP3] USTAZ AZHAR IDRUS-KELEBIHAN BELAJAR AGAMA


USTAZ AZHAR IDRUS merupakan salah seorang pendakwah yang tersohor pada waktu ini. Celotehnya sewaktu berceramah telah memikat ramai termasuk generasi muda untuk mendampingi kuliah2 agama.

MUAT TURUN MP3 KLIK LINK INI >> KELEBIHAN BELAJAR AGAMA<<

..................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Rabu, 7 November 2012

[GR HOT] BETUL KE USTAZ AZHAR IDRUS KEMBALI KE ASTRO?


Jika dulu pernah kita mendengar berita sebegini namun akhirnya hampa apabila rancangan ini ditangguhkan. Tiada alasan dikemukakan atas penangguhan tersebut.

Namun baru-baru ini melalui iklan di Astro juga, rancangan kuliah Ustaz Azhar kembali disiarkan seperti tarikh yang tertera. Namun kita cuma nantikan sehingga tarikh tersebut samada pihak Astro mampu untuk menayangkan atau sebaliknya.Nantikan aja la!!
 SUMBER~sohoque.com


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SUKAN] ADA LIVE TAK MALAYSIA VS THAILAND: PERSAHABATAN ANTARABANGSA??



Selepas kekalahan kepada Vietnam, cabaran Malaysia diteruskan bertemu Thailand malam ini. Jika sebelum ini tiada siaran langsung mahupun tertunda, kali ini Astro Arena membawakan secara langsung perlawanan persahabatan ini buat peminat negara

Harapan....Malaysia berjaya mengatasi Thailand!!


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 5 November 2012

[GR NEW FILM] MELAYU~ NGORAT [2012] MKV DVDRIP



::INFO::
Source: Ngorat (2012) DVDRip MKV/RMVB-KURYU
Encoder: Kuryu
Source: Mae@TeamHaNNa
Genre: Comedy
Runtime: 90 min
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None

PLOT MOVIE
On the verge of another failed attempt at finding a girlfriend, a dejected and hopeless Ijoe (Iedil Putra) stumbles across a love guru (Aaron Aziz), who guarantees his tips can help Ijoe find his dream girl in 30 days. But when the love guru’s tips does not seem to work and he is about to lose his best friend Kira, he must learn to find the strength and wisdom to decide whether he should continue listening to the love guru or lose his true love forever.


MUAT TURUN FAIL DI SINI >> NGORAT [2012] << 


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR HOT] MASJID ABDULLAH FAHIM - MERCU TANDA BERTAM





 MASJID ABDULLAH FAHIM yang terletak di Bertam Perdana, Kepala Batas merupakan sebuah masjid baru yang siap dibuka pada tahun 2012. Kini ia merupakan mercu tanda baru bagi Bertam dan merupakan masjid terbesar dalam kawasan Kepala Batas

Untuk melihat aktiviti di masjid tersebut boleh layari blog :


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ KAZIM ELIAS BULAN NOVEMBER 2012



Ustaz Kazim Elias merupakan nama yang tidak asing bagi kita. Mudir di Madrasah Al Barokah ini sering dijemput menyampaikan kuliah-kuliah di seluruh Malaysia. Pernah tercatat dalam 10 carian utama Malaysia bagi tahun 2011, kuliah beliau terus diminati sehingga kini.
Untuk maklumat kuliah beliau bagi bulan NOVEMBER 2012, sila klik link di bawah


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR TIPS] NAK TAHU TEKNIK MENJAGA CERMIN MATA?



  • Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik.
  • Bingkai, lensa, pad hidung dan benang nilon mungkin akan nampak sedikit buruk kerana sering digunakan. Dapatkan pemeriksaan pakar optikal sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa kaca mata anda bagi menentukan bahagian mana yang perlu diganti.
  • Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai.
  • Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
  • Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
  • Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.
  • Pegang kaca mata dengan cermat semasa membersihkan lensa dengan memegang bingkainya. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.
  • Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.
  • Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.
  • Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.
  • Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.

SUMBER:ikhwanmencarinurillah


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Ahad, 4 November 2012

[GR SUKAN] NAK TAHU KEPUTUSAN PERSAHABATAN MALAYSIA BERTEMU VIETNAM?



VIETNAM 1-0 MALAYSIA

BADI skuad negara ketika bertemu Vietnam berterusan apabila skuad Harimau Malaya yang berkunjung ke Vietnam dengan hasrat membalas dendam kekalahan di Shah alam 2-0 sebelum ini menemui kegagalan apabila tumpas 1-0 di sana

Jaringan lewat permainan memadai bagi memastikan skuad negara gagal mencapai kemenangan ke atas Vetnam sejak tahun 2010. Kali terakhir Malaysia menang ke atas skuad tersebut ialah pada suku akhir Piala AFF 2010 yang berkesudahan 2-0

Walaupun Rajagobal menurunkan skad terbaik malam itu namun perlawanan masih dikuasai Vietnam dan gerakan permainan seperti yang pernah kita saksikan sketika menjuarai Piala AFF edisi 2010 masih gagal direalisasikan.

Skuad kendalian Rajagobal masih mempunyai 2 perlawanan persahabatan selepas ini sebelum memulakan kempen Piala AFF 2012

Bangkitlah Harimau Malaya!!


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 1 November 2012

[GR INFO] UPDATE:NAK DAPATKAN BORANG BRIM 2.0? KLIK JE



 Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui pautan dibawah


ATAU ISI ONLINE DI WEB LHDN


ps ~ Dengar kata BRIM untuk orang bujang dibayar Januari 2013. Iya ke? :)
Sumber: LHDN
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...