Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 24 Disember 2013

[GR SEMASA] LAGI GADIS MELAYU TAYANG LURAH SELEPAS NOORAIDA


 DALAM PRESS CONFERENCE baru-baru ini bersama suaminya, wanita di atas telah mengejutkan seketika dunia maya dengan tayangan 'free show' lumrah dendamnya. Itulah si wanita bernama Nooraida yang dikaitkan dengan skandal SMS bersama kator Adi Putra. Kesudahannya beliau telah diceraikan si suami yang bermati-matian membela beliau. namun menurutnya

Belum reda, seorang lagi wanita pula menayangkan sesusuk asetnya untuk tayangan umum. Masih MELAYU. Ianya bermula apabila si Elfira Roy berkongsi gambar-gambar beliau di sabah dalam sebuah rakaman rancangan tv. Salah sekepingnya bersama pengacara bersama rancangan tersebut yang telah secara sengaja atau tidak tertayangkan asetnya.

Betul ke x, jom pi tengok gambarnya....
 


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Rabu, 18 Disember 2013

[GR SEMASA] LINK PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRIM 3.0) ONLINE

AKHIRNYA pengumuman yang amat dinantikan majoriti rakyat Malaysia, BRIM telah kembali
Bantuan Rakyat 1 Malaysia @ BR1M 3.0 sudah mula dibuka bermula 23 DISEMBER 2013 untuk pendaftaran secara atas talian (online)
Bantuan yang difokuskan kerajaan kepada golongan sasar yang berpendapatan rendah bagi sedikit sebanyak membantu kos hidup rakyat. Mengikut pengumuman yang telah dibuat PM pada bajet sebelum ini, BR1M 3.0 telah dinaikkan dari RM500 ke RM650 bagi berkeluarga dan dari RM250 ke RM300 bagi individu bujang. Selain itu warga emas yang tinggal sebatang kara berusia 60 tahun ke atas juga menerima peningkatan dari RM500 kepada RM650.
Untuk permohonan atas talian, boleh dibuat di laman sesawang Lembava Hasil Dalam Negeri (LHDN) di www.lhdn.gov.my bermula 23 DISEMBER 2013 hingga 31 JANUARI 2014. Selain itu, permohonan manual juga masih diterima dengan memuat boring dari sesawang LHDN juga boleh dapatkan borang secara terus dari pejabat cawangan LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Permohonan adalah PERCUMA.

Bagi pengalaman penulis sendiri, dinasihatkan mereka yang ingin mendapatkan borang secara manual dari selain LHDN, dapatkan lewat sedikit kerana borang untuk agensi berkenaan seringkali lewat diterima agensi tersebut.
Pembayaran kepada yang layak dijangka bermula FEBRUARI 2014. Selain peningkatan jumlah bantuan, penerima BR1M juga beroleh tambahan manfaat apabila dicarum dalam Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1 Malaysia bernilai RM50 kepada semua isi rumah penerima BR1M yang memberi perlindungan maksima RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
Bagi mereka yang pernah menerima BR1M, mereka tidak perlu lagi mendaftar. Hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi yang terkini seperti maklumat akaun, anggota keluarga dan alamat terkini. Maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline 1-800-88-2716 mulai 23 Dis dari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang

UNTUK YG INGIN MENDAFTAR SECARA ONLINE BOLEH KLIK LINK DISEBELAH >> BR1M 3.0 ONLINE

Selasa, 17 Disember 2013

[GR NAK TAU] KORANG TAU TAK KEGUNAAN LAIN MENTEGA KACANG?

Pelincir

Mentega kacang adalah pelincir terbaik. Jika alat pemotong rumput anda tersangkut-sangkut dan tidak lancar kerana berkarat, hanya sapukan sedikit di kawasan yang anda rasa patut dan kemudian saksikan sendiri perubahannya.

Pengganti Mentega
Banyak daripada resipi kek, biskut dan kuih menggunakan mentega. Sebenarnya anda juga boleh mencuba mentega kacang daripada anda menggunakan mentega biasa. Banyak resepi yang sesuai terutamanya brownies. Zaman sekarang anda hanya perlu mengGoogle kerana resipi sentiasa berada dalam carian internet. Ia akan memberi kelainan dalam setiap kek anda.

Ubat Untuk Binatang
Pada yang memelihara binatang seperti kucing atau anjing, pasti anda ketahui betapa sukarnya memberi ubat kepada mereka. Jangan khuatir dengan masalah itu kerana kebanyakan kucing dan anjing sangat menyukai mentega kacang. Untuk itu campurkan sedikit ubat di dalam mentega kacang dan kemudian berikan kepada mereka. Cara ini lebih efektif.
Umpan Tikus
Zaman sekarang pelbagai umpan yang digunakan untuk mengumpan tikus, ada yang menggunakan tulang ayam, mungkin buah-buahan dan sebagainya. Namun ramai yang tak tahu sebenarnya tikus lebih tertarik dengan mentega kacang. Bagaimana fakta ini diperolehi, ia masih misteri sehingga ke hari ini. Malah mentega kacang lebih murah berbanding keju chedar yang digunakan oleh sesetengah orang. Jadi, masa hadapan gunalah mentega kacang sebagai umpan.
Menghilangkan Kesan Tanda Harga
Selalunya pasti sahaja apabila kita menanggalkan label harga pada barangan akan meninggalkan kesan gam. Dengan mentega kacang anda cuma perlu meletakkan sedikit sahaja di bahagian gam kemudian gosok dengan kain. Kesannya pasti diluar jangkaan anda.

Nyah Bau Ikan Di Rumah

Selepas menggoreng ikan pastinya suasana rumah anda akan dipengaruhi dengan bau ikan yang kurang menyenangkan. Mudah sahaja, cuma ambil satu sudu mentega kacang kemudian masukkan ke dalam kuali yang anda gunakan tadi dan goreng selama satu atau dua minit. Pasti rumah anda akan berbau lebih menyenangkan daripada bau ikan dan minyak yang memeningkan.

Penanggal Gula-Gula Getah

Pasti ramai yang tertekan apabila barangan seperti kasut, karpet dan mungkin rambut anda terkena gula-gula getah. Jadi untuk memudahkan kerja anda cuma perlu meletakkan mentega kacang ke atas gula-gula getah tadi dan gosokkan dengan kain buruk. Hanya sekali gosok pasti gula-gula getah itu tertanggal

Krim Pencukur

Percaya atau tidak mentega kacang sememangnya adalah krim pencukur terbaik. Hanya gunakan seperti krim pencukur yang lain pasti anda akan mendapat cukuran yang sempurna. Tambahan pula minyak pada mentega kacang baik untuk kulit jadi tidak perlulah menggunakan pelembab kulit yang lain. Anda juga boleh mencari aksi mencukur dengan mentega kacang di YouTube untuk keterangan lanjut.
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SOAL JAWAB] BENARKAH PELAT DISEBABKAN LIDAH PENDEK?

Soalan:Lidah saya boleh dikatakan tebal dan pendek.  Oleh kerana itu saya tidak dapat menggetarkan lidah yang mana ia sekali gus membuatkan saya menjadi pelat. Apakah ada penyelesaian untuk keadaan ini? Setiap hari saya berlatih untuk membuatkan lidah saya bergetar namun tiada sebarang kemajuan.
Terima kasih.

Riana, 16 tahun.

Jawapan:

Hai Riana,
Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan bahawa pelat adalah disebabkan oleh lidah yang pendek. Sebenarnya, tiada istilah lidah tebal dan pendek. Ini kerana panjang lidah untuk setiap orang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkah anda diperiksa oleh doktor berkaitan hal ini?

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian untuk hal ini ialah dengan menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan syarat, memang tiada kelainanatau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang anda hadapi ini.

Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. Justeru, saya sarankan anda supaya mendapatkan nasihat pakar terapi pertuturan berhampiran anda.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

Dr. Alan Goni
www.MeetDoctor.com

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 9 Disember 2013

[GR SUKAN] BRAZUCA BOLA RASMI PIALA DUNIA BRAZIL




Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SUKAN] UNDIAN PIALA DUNIA 2014 BRAZIL






Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 3 Disember 2013

[GR PICS] GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN PAUL WALKER @ BRIAN O'CONNER & SEWAKTU DENGANNYA

KEADAAN KENDERAAN SELEPAS KEMALANGAN
KEMATIAN beliau meninggalkn kesan yang mendalam terutama buat peminat tegar Francais Fast & Furious yang kini memasuki filem yang ke 7. Melakonkan watak detektif Brian O'Connor beliau merupakan antara hero dalam filem tersebut.

BELIAU DIKATAKAN MASIH HIDUP DAN MENJALANI PEMBEDAHAN

PAUL WALKER BERSAMA RAKANNYA YANG TURUT TERKORBAN, ROGER RODAS

LAGI KEADAAN KENDERAAN PORCHE GT

TIDAK TERSELAMAT...DAPAT DILIHAT POKOK BETUL-BETUL BERADA DI BAHAGIAN PENUMPANG YANG PASTI MEGORBANKAN BELIAU

SAAT-SAAT TERAKHIR BELIAU MEMASUKI KERETA SEBELUM KEMALANGAN
 Siasatan berkaitan kemalangan ngeri tersebut masih berjalan dan ketika ini dalam beberapa aspek siasatan masih lagi menemui jalan buntu. Walaaupun ada ura terdapat sebuah kenderaan lain yang berlumba dengan kenderaan dinaiki Walker, namun tiada sebarang pengesahan dan penemuan berkenaan kenderaan kedua itu.



KELUARGA DAN PEMINAT MELETAKKAN JAMBANGAN BUNGA DI KAWASAN KEMALANGAN TANDA INGATAN TERHADAPNYA
BRIAN BERSAMA ANAK PEREMPUANNYA

CEBISAN TAYAR...SAHABAT & PELAKON FAST & FURIOUS,TYRESE GIBSON MENYIMPAN CEBISAN TAYAR SEBAGAI INGATAN SEMANGAT WALKER SENTIASA BERSAMANYA
MARAK...KERETA TERUS TERBAKAR SEBAIK REMPUHAN

CUBAAN UNTUK MEMADAM KEBAKARAN OLEH SAKSI TIDAK BERJAYA KERANA API CEPAT MARAK
PERTUBUHAN KEBAJIKAN YG DIKETUAI WALKER SEDANG MENGUMPULKAN DANA MEMBANTU MANGSA TAUFAN HAIYAN SEBELUM KEMALANGAN

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SEMASA] TERKINI...!!! HERO KERETA BRIAN O'CONNOR TEWAS DI JALANRAYA?

BENAR KATA ORANG...kehidupan dalam layar panggung tidak sama dengan kehidupan realiti. Jika di layar panggung boleh terhindar berkali-kali dari kematian dengan aksi lagak ngerinya, namun tidak semestinya di dunia realiti dapat lakukan begitu

Inilah yang terjadi kepada pemacu watak wajib dalam frainchais filem popular FAST & FURIOUS, detektif Brian O'Conner. Paul Walker, nama aktor berusia 40 tahun ini telah meninggal dunia dalam satu tragedi kemalangan tragis hujung November 2013.

Keadaan kenderaan Porche selepas kemalagan

 Kemalangan tersebut berlaku apabila Porche GT dinaiki mendinag bersama rakannya, Roger Rodas hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok. kenderaan tersebut terus terbakar sebaik rempuhan. Dikatakan beliau dalam perjalanan untuk melakukan aktiviti kebajikan mengutip sumbangan bagi membantu mangsa ribut Haiyan

Paul bersama rakan yang turut terkorban

Beliau juga dikatakan aktif dalam aktiviti kebajikan apabila mengetuai Reach Out Worldwide yang bergerak aktif membantu menghulurkan sukarelsawan serta dana bantuan kepada negara ditimpa bencana. Beliau telah meninggalkan seorang anak berusia 16 tahun

Selain itu beliau juga turut meninggalkan Fast & Furious 7 yang masih dalam pembikinan. Penggambaran dihentikan seketika dalam mencari pengganti kepada beliau.

Terbaru dikatakan berita kematian beliau diragui. Hal ini kerana beliau dikatakan masih bernafas dan menjalani pembedahan. Namun sehingga kini pihak Paul Walker sendiri mengesahkan kematian beliau dan tiada penjelasan berkenaan beliau masih hidup dari pihak keluarganya.

Dikatakan  beliau menjalani pembedahan dan masih hidup

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...