Terbaik Sepanjang Minggu

Ahad, 23 Februari 2014

[GR SEMASA] SEMAKAN BR1M 3.0 2014


 SEMAKAN BR1M 3.0 2014

1. Talian Hotline BR1M 2014
Untuk membuat semakan BR1M 2014 pemohon boleh hubungi talian Hotline BR1M 2014 di talian 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

2. Emel BR1M 2014
Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hinga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan ke emel tersebut.

3. Melalui Pejabat Pos
Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.




Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 13 Februari 2014

[GR SEMASA] MYHOME: SUBSIDI KERAJAAN UNTUKPEMBELIAN RUMAH

Program MyHome akan dilancarkan April ini bagi membolehkan pembeli rumah yang layak diberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 untuk mereka membeli rumah terpilih pada harga kos rendah.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau hari ini.
    
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.
    
Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.

"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
    
Najib berkata ini bermakna pembeli hanya perlu membayar rumah itu mengikut harga rumah kos rendah di negeri berkenaan, iaitu RM40,000, manakala baki RM30,00 akan dibayar oleh kerajaan.

Majlis Perumahan Negara diumumkan penubuhannya pada pembentangan Bajet 2014 bagi tujuan memantau, menyelaras dan merumus pelbagai inisiatif untuk memastikan hasrat kerajaan membina satu juta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun tercapai.
    
Perdana Menteri berkata antara syarat yang ditetapkan peserta program ini ialah pembeli perlu memperoleh berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan mereka tidak boleh menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun.
    
Katanya pemaju boleh memohon untuk dipertimbangkan ke program ini oleh sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan nanti, dan apabila diluluskan barulah mereka boleh iklankan unit-unit yang layak diberi subsidi berkenaan, manakala dari segi pembayaran, kerajaan akan membayar terus kepada pemaju.
    
"Ini supaya pembeli dapat manfaat daripada skim ini, dan ia memudahkan lagi bagi mereka mendapat pinjaman bank, sebab mereka sudah layak untuk dipertimbangkan," katanya.

Sementara itu, Najib berkata mesyuarat juga memutuskan untuk membangunkan pangkalan data secara menyeluruh berhubung sektor perumahan, yang dinamakan 'MyHome Exchange'.
    
Beliau berkata pangkalan data itu amat berguna kepada kerajaan, bagi membolehkan Majlis Perumahan Negara mendapat maklumat tepat dalam menentukan halatuju dan perkembangan industri perumahan, di samping maklumat lebih lengkap berkaitan aspek permintaan dan penawaran unit rumah.
    
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika ditemui berkata 'MyHome Exchange' akan dilancarkan dalam masa tiga atau empat bulan.
    
Menurutnya MyHome Exchange merupakan pusat sehenti dalam mendapatkan maklumat tentang sesebuah projek perumahan.
    
"Ia berbeza jika dibandingkan dengan laman web yang ada sekarang seperti iproperty.com, kerana MyHome Exchange ini akan mempunyai sebuah pangkalan data yang lengkap termasuk status terkini sebuah projek perumahan baharu...contohnya projek perumahan berkenaan telah siap mungkin 30 peratus atau 50 peratus," katanya.
    
Beliau berkata MyHome Exchange akan mempunyai pangkalan data dan butiran lengkap tentang pemaju perumahan swasta dan projek perumahan kerajaan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad, 1Malaysia Development Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.
  
- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...