SEPARUH AKHIR KEDUA pagi tadi yang menemukan seteru utama Liga Sepanyol iaitu Real dan Barca telah menyaksikan Barca membalas dendam kekalahan skuad berkenaan dalam Piala Raja dengan menumbangkan Real 2-0
Kemenangan ini membolehkan Barca selangkah untuk ke perlawanan akhir dan dijangka tidak mempunyai masalah untuk menumbangkan Real atau sekurang-kurangnya seri di halam sendiri pada perlawanan timbal balik di Nou Camp.
Perlawanan pagi tadi menyaksikan Lionel Messi menjadi wira skuad Catalan tersebut apabila menjaringkan kedua-dua gol kemenangan.
Sementara Real pula menyaksikan mereka beraksi 10 pemain setelah pertahanan Pepe dibuang padang
Perlawanan akhir dijangka akan menemukan Barca dengan skuad dari England, Man Utd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan