Sinopsis:
5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang
lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam percintaannya. Di awal
zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan
dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan
tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka
menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak
bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain,
’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri
pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu
bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan
patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat
isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali
dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang
perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz
merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka
berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi,
selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin
lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya,
hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat
di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan
suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda.
Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah
perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh – berlainan sekali dengan
imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi
apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami
dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan
terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu
kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin
terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang
peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang
mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang
pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen
controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model
sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat
kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke
atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun,
Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia
mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz
itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz
bersama-sama bekas isterinya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan