Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 21 Ogos 2012

[GR INFO] PANDUAN BERHARI RAYA


Cara Yang Tepat Menyambut Hari Raya
Dalil Hari Raya
عَن�' أَنَسٍ ، قَالَ : قَدِمَ رَسُولُ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ ال�'مَدِينَةَ وَلَهُم�' يَو�'مَانِ يَل�'عَبُونَ فِيهِمَا ، فَقَالَ : " مَا هَذَانِ ال�'يَو�'مَانِ ؟ " قَالُوا : كُنَ�`ا نَل�'عَبُ فِيهِمَا فِي ال�'جَاهِلِيَ�`ةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ : " إِنَ�` اللَ�`هَ قَد�' أَب�'دَلَكُم�' بِهِمَا خَي�'رًا مِن�'هُمَا : يَو�'مَ ال�'أَض�'حَى ، وَيَو�'مَ ال�'فِط�'رِ "
Anas bin Malik radiallahu `anhu berkata: Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam  bertanya: "Apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah." Maka Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Aidul Adha dan Aidil Fitri." [Sunan Abu Daud : 961]
Perkara-Perkara Sunnah

1) Solat raya
عَن�' أُمِ�` عَطِيَ�`ةَ ، قَالَت�' : " أَمَرَنَا رَسُولُ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ أَن�' نُخ�'رِجَهُنَ�` فِي ال�'فِط�'رِ وَال�'أَض�'حَى : ال�'عَوَاتِقَ وَال�'حُيَ�`ضَ وَذَوَاتِ ال�'خُدُورِ ، فَأَمَ�`ا ال�'حُيَ�`ضُ فَيَع�'تَزِل�'نَ الصَ�`لَاةَ وَيَش�'هَد�'نَ ال�'خَي�'رَ وَدَع�'وَةَ ال�'مُس�'لِمِينَ " ، قُل�'تُ : يَا رَسُولَ اللَ�`هِ إِح�'دَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِل�'بَابٌ ، قَالَ : " لِتُل�'بِس�'هَا أُخ�'تُهَا مِن�' جِل�'بَابِهَا "
Ummu `Athiyyah radiallahu `anhu berkata: Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.
Aku berkata: "Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?"
Nabi sallallahu `alaihi wassalam menjawab: "Hendaklah saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya". [Sahih Muslim : 1481]
Solat Raya merupakan solat yang sangat penting, ulama berbeza pendapat sama ada ia hanya sunat atau pun wajib.
Hadis di atas menunjukkan satu kesilapan besar masyarakat Melayu yang mana ramai kaum perempuan sibuk di rumah menyediakan hidangan pagi raya dan mengemas rumah.
Untuk mengetahui tatacara solat hari raya boleh baca di sini
2) Mandi Hari Raya
عَن�' مَالِك ، عَن�' نَافِعٍ ، أَنَ�` عَب�'دَ اللَ�`هِ ب�'نَ عُمَرَ " كَانَ يَغ�'تَسِلُ يَو�'مَ ال�'فِط�'رِ قَب�'لَ أَن�' يَغ�'دُوَ إِلَى ال�'مُصَلَ�`ى "
Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi', bahawa `Abdullah Ibn `Umar radiallahu `anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta' : 426]
3) Makan Sebelum Pergi Solat Raya
عَن�' أَنَسٍ ، قَالَ : " كَانَ رَسُولُ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ لَا يَغ�'دُو يَو�'مَ ال�'فِط�'رِ حَتَ�`ى يَأ�'كُلَ تَمَرَاتٍ "
`Anas bin Malik radiallahu `anhu berkata: Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan selepas baginda sallallahu `alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih al-Bukhari : 906]

4) Berjalan Kaki Ke Masjid
عَن�' عَلِيِ�` ب�'نِ أَبِي طَالِبٍ ، قَالَ : " مِنَ السُ�`نَ�`ةِ أَن�' تَخ�'رُجَ إِلَى ال�'عِيدِ مَاشِيًا وَأَن�' تَأ�'كُلَ شَي�'ئًا قَب�'لَ أَن�' تَخ�'رُجَ "
`Ali bin Abu Talib radiallahu `anhu berkata: Adalah sunnah untuk keluar pada hari raya dengan berjalan kaki dan makan sesuatu sebelum keluar (menunaikan solat raya) [Sunan at-Tirmizi : 487, hadis hasan]

5) Pergi dan Pulang Dari Masjid Dengan Jalan Yang Berbeza
عَن�' جَابِرِ ، قَالَ : " كَانَ النَ�`بِيُ�` صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ إِذَا كَانَ يَو�'مُ عِيدٍ خَالَفَ الطَ�`رِيقَ "
Jabir radiallahu `anhu berkata: Nabi sallallahu `alaihi wassalam akan memilih jalan yang berbeza pada hari raya [Sahih al-Bukhari : 939]

6) Mandi Sebelum Solat Raya
عَن�' مَالِكِ ب�'نِ أَنَسٍ ، عَن�' نَافِعٍ ، أَنَ�` اب�'نَ عُمَرَ : " كَانَ يَغ�'تَسِلُ يَو�'مَ ال�'فِط�'رِ قَب�'لَ أَن�' يَغ�'دُوَ "
Imam Malik  meriwayatkan daripada Nafi' bahawa Ibn `Umar radiallahu `anhu akan mandi pada pagi hari raya sebelum bertolak keluar (ke tempat solat hari raya). [Imam al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain : 13]
7) Memakai Wangi-Wangian (Lelaki sahaja)
ثنا إِس�'حَاقُ ب�'نُ مُوسَى ، ثنا أَنَسُ ب�'نُ عِيَاضٍ ، حَدَ�`ثَنِي مُوسَى وَهُوَ اب�'نُ عُق�'بَةَ ، عَن�' نَافِعٍ ، أَنَ�` اب�'نَ عُمَرَ : " كَانَ يَغ�'تَسِلُ وَيَتَطَيَ�`بُ يَو�'مَ ال�'فِط�'رِ "
Nafi' meriwayatkan bahawa Ibn Umar radiallahu `anhu akan mandi dan memakai wangian pada hari raya [Imam al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain : 16]
Wanita diharamkan memakai wangi-wangian apabila baunya dapat dibau oleh lelaki bukan mahram. Penjelasan terperinci baca di sinihttp://soaljawab.wordpress.com/2007/06/15/huraian-hukum-wanita-pakai-perfume/
8) Memakai pakaian yang cantik
أَنَ�` عَب�'دَ اللَ�`هِ ب�'نَ عُمَرَ قَالَ : أَخَذَ عُمَرُ جُبَ�`ةً مِن�' إِس�'تَب�'رَقٍ تُبَاعُ فِي السُ�`وقِ فَأَخَذَهَا ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَ�`هِ اب�'تَع�' هَذِهِ تَجَمَ�`ل�' بِهَا لِل�'عِيدِ وَال�'وُفُودِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ : " إِنَ�`مَا هَذِهِ لِبَاسُ مَن�' لَا خَلَاقَ لَهُ فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَ�`هُ أَن�' يَل�'بَثَ ، ثُمَ�` أَر�'سَلَ إِلَي�'هِ رَسُولُ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ بِجُبَ�`ةِ دِيبَاجٍ ، فَأَق�'بَلَ بِهَا عُمَرُ ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَ�`هِ إِنَ�`كَ قُل�'تَ إِنَ�`مَا هَذِهِ لِبَاسُ مَن�' لَا خَلَاقَ لَهُ وَأَر�'سَل�'تَ إِلَيَ�` بِهَذِهِ ال�'جُبَ�`ةِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ : تَبِيعُهَا أَو�' تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ " .
`Abdullah bin Umar radiallahu `anhu menyatakan bahawa Umar radiallahu `anhu mengambil sebuah jubah  sutera yang dijual di pasar. Beliau  membawa pakaian itu kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wa sallam, lalu Umar radiallahu `anhu berkata: "Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan." Rasulullah Saallallahu `alaihi wa sallam pun bersabda: "Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapat sebarang bahagian (di akhirat). Selepas sekian lama, Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam menghantar sehelai jubah sutera kepada `Umar. Beliau terus membawa jubah itu kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam dan berkata: Ya Rasulullah ! Sesungguhnya engkau pernah menyatakan bahawa ini merupakan pakaian buat manusia yang tidak mendapat sedikit bahagian pun di akhirat, tetapi kenapa engkau hantar jubah ini kepada aku?
Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam menjawab: Engkau boleh menjualnya, atau memenuhu keperluan engkau dengannya. [Sahih al-Bukhari : 902]

9) Bertakbir
حَدَ�`ثَنَا يَزِيدُ ب�'نُ هَارُونَ ، عَنِ اب�'نِ أَبِي ذِئ�'بٍ ، عَنِ الزُ�`ه�'رِيِ�` : " أَن�` رَسُولَ اللَ�`هِ صَلَ�`ى اللَ�`هُ عَلَي�'هِ وَسَلَ�`مَ كَانَ يَخ�'رُجُ يَو�'مَ ال�'فِط�'رِ ، فَيُكَبِ�`رُ حَتَ�`ى يَأ�'تِيَ ال�'مُصَلَ�`ى ، وَحَتَ�`ى يَق�'ضِيَ الصَ�`لَاةَ ، فَإِذَا قَضَى الصَ�`لَاةَ قَطَعَ التَ�`ك�'بِيرَ "
Zuhri meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam keluar pada hari raya aidilfitri, baginda sallallahu `alaihi wassalam akan bertakbir hinggalah tiba di musolla (tanah lapang tempat mendirikan solat raya), dan sehinggalah baginda sallallahu `alaihi wassalam mendirikan solat raya. Selesai sahaja solat raya, baginda sallallahu `alaihi wassalam tidak lagi bertakbir. [Musannah Ibn Abi Syaibah : 5479]
Takbir hari raya aidilfitri sunat dibaca daripada malam raya sehinggalah sebelum solat raya.
Untuk penjelasan lanjut, boleh baca di sini:
10) Apa-apa sahaja perbuatan yang menggembirakan adalah digalakkan selagi mana tidak bertentangan dengan syara' J

Kesilapan-kesilapan hari raya yang sering berlaku:
1) Pergaulan bebas dengan bukan mahram contohnya bersalam-salaman dengan sepupu dan sebagainya.
2) Pakaian yang tidak menutup aurat
3) Menjadikan hari raya sebagai hari kesedihan contohnya dengan menjadikan menziarahi kubur sebagai satu amalam kebiasaan di hari raya
4) Mengabaikan solat jemaah bagi lelaki.
5) Bermain mercun sehingga mengganggu orang lain atau membahayakan diri sendiri.
6) Perempuan tidak pergi solat raya kerana sibuk menyediakan hidangan dan mengemas rumah.


Sumber bahan: Forum SIM




Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...