Laporan 2011 Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini
menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai
Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi
perolehan pendapatan.
Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat
pujian Ketua Audit Negara berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal
kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri
masing-masing.
Pulau Pinang
yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri,
mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan
RM410.70 juta yang dibuat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di
Malaysia, meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang
sama. >>Bacaan lanjut >>>
Catatan :- Megat Terawis =P
"Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan