Halaman

Selasa, 30 April 2013

[GR JEJALAN] TARUTAO NATIONAL PARK, THAILAND



Destinasi berikutnya ialah ke Pak Bara Pier yang terletak lebih kurang 30km dari Satun. Dari Satun korang cuma perlu ikut signboard ke Langoo. Pak Bara dari Langoo sekitar 10 5 ke 7 km. Pak Bara merupakan kawasan tepi laut. Terdapat pantai yang menjadi kunjungan. Namun malangnya keadaan pantai yang berselut meyebabkan tidak boleh mandi. Di Pak bara terdapat jeti untuk ke pulau-pulau berhampiran dalam kawasan Tarutao National Park. Antara pulau yang popular ialah Pulau Lipe (Koh Lipe)

Oh ya.. Pantai Pak Bara ni mengadap ke Lautan Andaman.Korang boleh lihat banyak pulau-pulau dari tepi pantainya. Pak Bara yang masih termasuk dalam lingkungan Satun kekal dengan majoriti beragama Islam. Usah risau memandu di sini kerana kawasan Satun tidak berlaku rusuhan mahupun serangan seperti di bahagian Narathiwat. Di sini masih tiada lagi kejadian seperti berikut sehingga saat ini.

Nak ke Pak Bara?
Jika korang mai dari Pekan Satun, cuma ambil jalan kembali ke Hatyai / Border Thai-Malaysia(Wang Kelian) . Korang akan sampai ke satu simpang tiga. Di situ terdapat signboard besar ke La-ngu.Ambil kiri atau jam 9. Jika korang terus korang akan ke Hatyai / border Thai-Malaysia

Jeti Pak Bara
Permandangan sekitar jeti Pak bara..Lengang
Jika korang mai dari Wang Kelian pula korang cuma terus dari border (memandu lebih kurang 20minit) sehingga tiba di satu simpang tiga. Jika kanan korang akan ke Hatyai manakala kiri ke Satun. Ambil kiri ke Satun dan pandu lebih kurang 10 minit koranga akan tiba di satu simpang 3 lagi. Di simpang ni ambil kanan (ada tulis signboard La-ngu). Jangan risau kerana kesemua simpang tersebut meruapakan simpang utama yang tertera tulisan roman(so leh faham la,lau siam,penulis pon xsampai) :)

Dari simpang tersebut korang perlu memandu lebih kurang 30minit lagi melalui jalan tersebut, lurus je, jalan luas, elok dan pastinya takde tol..hehehehe..sehingga korang sampai di pekan La-ngu. Dalam pekan tersebut perhatikan signboard Pak Bara Pier atau ambil kiri di simpang dalam pekan La-ngu.
Sekitar jeti Pak bara

Sekitar jeti Pak bara
Pandu plak lebih kurang 10minit sehingga anda memasuki kawasan peranginan Pak Bara (korang akan pandu di tepi pantai, pantai di kiri korang) sehinggalah ke jalan mati. Di situlah terletaknya Jeti untuk ke Taman Negara Tarutoa.

Menariknya memandu dari Satun mahupun dari pintu masuk Wang Kelian ialah pemandangan sekitar jalan tersebut. Pastinya jalan tidak sibuk. Malahan masjid-masjid menghiasi perjalanan kita sehinggalah ke Pak Bara. Malahan korang pasti akan lihat wanita-wanita yang majoritinya bertudung, pakcik-pakcik berkepiah di sana-sini.

Ketika penulis ke sana difahamkan musim cuti persekolahan 2 bulan. Namun tidak seperti Malaysia kawasan pantai mahupun pulau-pulau menjadi tumpuan dan serbuan, namun sebaliknya di sana apabila lengang saja kawasan jeti. Hanya beberapa buah kereta saja. Mungkin ramai yang ke pulau-pulau berkenaan menaiki feri dari Jeti lain seperti Lankawi dan Satun. Jeti Pak bara merupakan salah satu pintu masuk utama ke Kawasan Pulau-pulau dalam Tarutao National park.Antara pulau-pulau tersebut ialah Koh Rawi, Koh Andung, Koh Tarutao dan koh Lipe.

Tapi memang dimaklumkan Koh Lipe (Pulau Lipe;Koh bermaksud Pulau) merupakan kawasan tumpuan pelancong. Walaupun pulau tersebut paling kecil namun kelebihannya berbanding pulau lain ialah hanya di pulau tersebut kita boleh mandi manda. Pulau lain tidak boleh, kata penduduk dan agen situ la.

Tourist Port
Harga tiket ke Pulau Lipe?

Koh Lipe terletak lebih kurang 1 jam 30 minit dari jeti ini dengan menaiki speed boat. Jika korang menaiki bot dari Langkawi pula hanya sekitar 45 minit. Seandainya korang inign menaiki bot ke pulau ini pastikan korang bersedia untuk menginap di pulau tersebut yea. Kenapa? Kerana waktu paling awal feri bergerak dari sini ke Koh Lipe ialah jam 11.30 pagi manakal feri terakhir dari Pulau Lipe ke sini pula ialah jam 1.30 ptg. Bayangkan anda hanya ada masa sekitar setengah jam sahaja (tu pon belum kira keadaan laut yang mungkin akan menyebabkan jam perjalanan bertambah) untuk menikmati keindahan pulau sebelum anda terpaksa balik. Tak berbaloi langsung kan

Harga standard  pergi balik ke Koh Lipe ialah THB1200 atau bersamaan RM120. Namun jika betul korang nak ke sana pastikan jangan gelojoh. Cari sedikit masa untuk survey dulu harga tiket feri dan penginapan di agen tiket yang banyak di jeti tu. Satu lagi pastikan korang turut membuat tempahan penginapan di pulau di agen sebelah sini. Jangan terus ke sana baru membuat tempahan kerana harga di sana lagi mahal dari sini.

Jadual Perjalanan Feri
Tinjauan penulis, terdapat agen tiket yang menjual tiket hanya THB800 (RM80) sahaja untuk pergi balik !! Jadi rajin-rajinlah survey yea:)

Makanan
Jika anda mengunjungi Pak Bara usah risau soal makan. Seperti yang telah penulis sebutkan bahawa di sana majoriti muslim, kedai makan mahupun restoran halal juga mudah untuk ditemui.


Nak cari kedai muslim...ada tanda bulan bintang tu salah satu caranya

Deretan kedai makan tepi pantai Pak Bara..majoriti muslim

Salah satu kedai..kebayakan dekorasi tempat makan adalah berbentuk pondok


Kedai makan yang dikunjungi penulis

Kawasan Pak bara juga pernah dilanda Tsunami

Ini kedai makan dikunjungi penulis..sedap!!

Warung tepi jalan...kalau nak jimat makan di sini


Malam di Pak Bara
Malam di Pak Bara ketika penulis di sana (cuti sekolah Thailand) tidak semeriah malam ketika penulis mengunjungi Krabi mahupun Hatyai. Namun mengenai
Bersambung.....






Pulau dalam Taman Negara Tarutoa

Jelaskan lagi tuk korang :)





Ini pejabat Taman Negara Tarutoa :)

OOO...kena yuran gak ke...mahalnya untuk pelancong luar cam kita ni ye..huhuhu


PINTU masuk jeti dan pejabat Taman Negara Tarutoa

Sekitar hadapan jeti..lengang..tiada kereta walau time ni cuti sekolah di Thailand


Jarak Pulau-pulau dari jeti.Tak tau la samada kolometer ke batu nautika :P



Jeti Pak Bara
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

2 ulasan:

  1. megatterawis g sana berapa org...jom wat trip ke pulau perhentian..snokeling best la kat sana...ambo baru lps balik g sana...

    BalasPadam
  2. AKU P UMAH FAMILY ANGKAT AKU JA....RM BAPE BAJET KE SANA

    BalasPadam