Halaman

Sabtu, 18 Mei 2013

[GR SEMASA] GST MENJADI REALITI: AKUJANJI DITEPATI-SYABAS!

MINGGU ini selepas perlantikan barisan kabinet baru diumumkan, akujanji pertama yang hangat dan semakin menjadi nyata ialah pelaksanaan GST. Selepas ianya dibekukan dari dilaksana & dihebohkan ketika PRU 13 hampir dulu, kini ianya merupakan seolah-olah perkara penting dan utama perlu dilaksanakan kerajaan

Namun bersediakah kita rakyat Malaysia untuk menerima pelaksanaan ini?


Menurut Idris Jala Pelaksanaan GST amat penting sebagai menambah pendapatan Negara sehingga RM27 Bilion. Ianya seolah-olah kerajaan terdesak untuk menjana pendapatan segera bagi menampung janji-janji indah bulan dan bintang yang telah dinyatakan dalam Akujanji (bukan manifesto kerana Najib kata manifesto tak ditepati) BN dalam PRU yang lalu

Ianya terbukti melalui kenyataan Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam forum 'GE13-What it means for business' semalam,"GST juga akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat seperti yang dijanjikan dlam manifesto BN sebelum PRU 13"

Ya memang benar ianya bakal meningkatkan pendapatan negara tapi hakikatnya ianya juga menurunkan pendapatan rakyat yang sementelahnya cukup terbeban ketika ini terutama golongan rendah dan sederhana di bandar-bandar besar.

Bandingan beliau dengan negara jiran Singapura yang mengenakan GST sebanyak 7% adalah tidak adil kerana negara jiran terlebih dahulu telah meningkatkan pendapatan perkapita rakyatnya sehingga USD60500

Apa itu GST dan berapa kadarnya?

GST ialah cukai barangan dan perkhidmatan. Cukai penggunaan ini dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan termasuk import kecuali yang mendapat pengecualian kerajaan

Cadangan awal ialah 4% dan belum dimuktamadkan lagi. Pada peringkat awal juga dinyatakan bahawa semua perkhidmatan asas rakyat tidak dikenakan cukai ini iaitu seperti tol, pengangkutan awam, kesihatan dan pendidikan 

Malahan turut dinyatakan bahawa pelaksanaan GST tidak akan meningkatkan harga barangan tetapi akan lebih menjimatkan.(sumber KPKK) Maklumat lanjut >KLIK SINI<

Apapun sama-sama kita nantikan kebenaran dan kewajaran GST. Kekadang ianya nampak segalanya baik pada dasarnya di atas kertas namun sebaliknya setelah dilaksanakan. Janji ditepati perlu menjadi ingatan kerajaan. Walau sebenarnya kerajaan mempunyai medium hebahan seperti media utama baik elektronik mahupun bercetak namun masih gagal memberikan penjelasan berkenaan GST ini sehingga ianya terpaksa ditangguhkan menjelang PRU kerana takut berlaku undi protes. Media kerajaan lebih banyak menjadikan berita perkauman, hentaman ke atas pembangkang dan menabur fitnah sebagai bahan hiasan dan wadah masyarakat dari memberikan penerangan ilmiah.

Secara umumnya pelaksanaan GST memang tidak adil kepada golongan pendapatan rendah kerana mereka perlu dan terpaksa membayar nilai cukai yang sama dengan golongan berpendapatan tinggi. Semakin tinggi perbelanjaan semakin tinggi cukai. Untuk menutup kelemahan ini maka dikatakan ianya sebagai cara terbaik untuk mengajar rakyat bersikap hemah ketika berbelanja

GST Pengganti SST?

GST juga dinyatakan sebagai pengganti SST sedia ada iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan. Kedua-dua cukai ini bernilai 6% dan 10% ketika ini yang perlu dibayar kita. Boleh lihat bil ASTRO anda..hehehe

Jadi dengan pelaksanaan GST ianya akan menjadi pengganti kepada SST yang kadarnya lebih rendah dan tetap iaitu sebanyak 4% sahaja.

Namun malangnya ianya bukan hanya perlu dibayar pengguna akhir malahan GST akan dibayar setiap peringkat rntaian barangan. Contohnya barang A dikeluarkan kilang A. Gudang B sebagai Pemborong. Gudang B akan mengedarkan ke Stor C sebelum diedar ke kedai-kedai D. Kedai D akan menjual kepada pengguna E

Setiap peringkat edaran akan dikenakan cukai 4%. Gudang B membeli barang dari kilang A dengan GST 4%. Stor C juga membeli barangan tersebut dari Gudang B dengan cukai 4% sehnggalah ke pengguna E juga GST 4% dikenakan

Seandainya peringkat seterusnya ingin mendapat keuntungan lebih maka GST yang perlu dibayar mereka akan diserapkan kepada pengguna berikutnya yang turut dikenakan GST. Ianya secara tidak langsung memungkinkan berlaku kenaikan harga yang perlu ditanggung pengguna akhir jika tidak dipantau dengan sewajarnya.

1 Malaysia~Rakyat Didahulukan: Nak kena ada duit la dulu :P

~merupakan pandangan peribadi penulis sahaja
............................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan