Halaman

Ahad, 25 Mei 2014

[GR SUKAN] KEANGKUHAN TEMBOK BESAR CHINA DIRUNTUHKAN JEPUN : PIALA THOMAS 2014

Minggu ni boleh dikatakan minggu demama Piala Thomas. Kejohanan pada awalnya suram tetiba menjadi panas pada peringkat separuh akhir apabila Jepun membuat kejutan. Tambahan pula skuad Malaysia juga melangkah ke akhir

JEPUN membuktikan dengan semangat kamikaze, tidak berputus asa dan yakin menjadi senjata utama untuk menjinakkan kuasa utama badminton dunia, China d peringkat separuh akhir Piala Thomas semalam. Walaupun China melangkah mudah ke separuh akhir apabila memenangi kesemua perlawanan tanpa sebarang kekalahan namun keyakinan dan ego itu dimusnakhan Jepun yang menundukkan China 3-0.

Semangat melawan menjadi senjata utama Jepun yang langsung tiada rasa tertekan atau rendah diri ketika bertemu China. Mental yang kuat dapat disaksikan pada kesemua pemain yang turun iaitu dua perseorangan dan satu beregu. Pemain utama China iaitu Lin Dan sebagai perseorangan akhir dan beregu fu hai Feng sebagai beregu kedua tidak sempat merasai perlawanan tersebut.

Psikologi seperti itu harus diterapkan dalam setiap pemain Negara terutamanya dan ianya seharusnya dijadikan contoh terbaik. Apatah lagi kita bertemu pasukan tersebut di pentas akhir; satu peluang bagi Malaysia menamatkan kemarau mendakap Piala Thomas yang kali terakhir pada tahun 1992


PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
MALAYSIA VS JEPUN
5:30PTG LIVE ASTRO AREMA 801

Tiada ulasan:

Catat Ulasan