Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 8 Mei 2014

[GR KESIHATAN] SAKIT TEKAK? BUAT UBAT SENDIRI

MUSIM PANAS.....lepas tu hujan pula berderet. Cuaca kini tak menentu, sukar diramal. Jika dulu kita boleh agak hujung tahun je mesti tengkujuh tapi kini apa-apa je boleh terjadi kan. Kuala Allah

Kekadang tu akibat cuaca ni juga boleh sebabkan penyakit. Boleh membawa demam sebagainya. Anatara simptom yang sering terjadi bersama ialah sakit tekak. Mesti korang pon pernah alami kan,sukarnya nak makan kekadang tu hatta nak menelan air liur pun terasa seksa.

So, dalam duk tengok-tengok sana sini cari penawar, terjumpa entri satu ni tentang nak buat ubta sakit tekak sendiri. Mudah, ringkas dan jimat masa. Bahkan semuanya menggunakan bahan semulajadi yang semestinya selamat. jom kita tengok...!! Jangan tengok je, try la buat ok


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Berikut merupakan petua bagi melegakan sakit tekak yang menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya sudah ada di dapur rumah anda. Pastinya ia menyihatkan dan menjimatkan perbelanjaan anda.

Bahan-bahan :
  • Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
  • Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
  • 1 cawan madu lebah asli
  • Bekas berpenutup (350ml – 400ml)

1. Campurkan hirisan lemon (3 atau 4 hirisan) dan halia ke dalam bekas.

2. Tuangkan madu lebah asli ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu.

3.Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.

4. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.

5. Masukan satu atau dua sudu teh ‘agar-agar’ madu itu ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya dan kacau. Ianya boleh diminum seperti minuman kegemaran anda. Kekerapan minum bergantung pada keperluan (keadaan sakit tekak anda).

6. Ubat ini hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama satu hingga dua bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...