PANDA kini menjadi headlines atau tajuk utama berita
media-media utama Negara kita. Jika sebelum ini kita hanya tahu panda pada
rupanya saja namun sejak ianya menjadi berita utama kita dah tahu sifat-sifat
serta fe’el haiwan ini, diputar-putar segalanya mengenai panda sehingga berapa
lama masa panda subur pon dah kita tahu dan hafal
Serupa sebagaimana kemalangan MH370 yang menyebabkan kita kini
mampu berbicara soal kapal terbang, radar dan pelbagai informasi berkenaan
dunia penerbangan dengan lebih mendalam. Bukan rekaan tapi penuh fakta, cerita
kedai kopi bukan lagi omongan kosong tapi bicara yang berfakta
Menariknya penghnataran panda ke Negara ini dikatakan
sebagai simbolik ikatan hubungan dua hala yang baik terjalin antara Malaysia
dan China. Seandainya itu dimaksudkan maka ianya agak menarik bagi saya sebab
dapat juga rakyat Negara ini melihat panda,apatah lagi sebagai satu simbolik
semestinya pada perkiraan saya ianya umpama hadiah diberikan pada kita. Bila
sebut hadiah maka mestila free kan. FREE. Tugas kita pula sebagai penerima
hadiah yang simbolik ikatan baik dua Negara, kita perlu la menjaga dengan
sebaik-baiknya pemberian tersebut.Tanda penghargaan kita terhadap si pemberi.
Tak kisah la keluar wang ringgit serta keringat sedikit asalkan pemberian terpelihara
baik.
Untunglah rakyat Negara ini tak perlu lagi ke lua Negara
semata nak tengok panda. Ingat saya satu
ketika dulu ke Beijing China. Kami naik turun keretapi,bas, jalan kaki lagi
semata-mata nak tengok panda di zoo Beijing. Sebab kat situ je di Beijing leh
tengok panda kata orang sana. Bila sampai nak bayar tiket masuk zoo ada pula
bayaran asing untuk lihat panda. Dah special kena bayar asing, dalam kepala dah
terbayang-bayang mesti banyak panda dalam taman panda tu, mesti boleh
pegang-pegang atau paling kurang bertentang mata dengan lebih dekat.
Masuk ke dalam memang luas kawasan zoonya dan berpusing-pusing
kami mencari taman panda. Bila dah sampai mak aihhh, berduyun-duyun manusia
beratur nak masuk taman panda. Sabar la lagi beratur pusing sana pusing sini
sampai giliran kami, semata kerana PANDA. Kalau tak dah lama kami ca alif
but..Cabuttt!!!
Hampeh bila taman yang besar tu Cuma seekor dua je panda
yang kami Nampak. Dah la berlemuih (kotor), duduk pula hujung-hujung dunia
panda tu. Dengan berduyun-duyun orang terpaksa panjat apa yang boleh panjat nak
bagi Nampak. Adehh..keluar zoo memang terasa hampa dan tak berbaloi langsung
perjalanan demi panda kami tu
Awal kehadiran panda ni ke Malaysia mungkin begitu la
gamaknya akan terjadi
Berebut-rebut la kan
Kembali kepada panda pemberian Negara China, alangkah
terkejut beruknya apabila dapat tahu yang pemberian itu bukan sekadar pemberian
tetapi pemberian dibalas wang. Maksudnya berbayar.
Maksudnya juga pembelian atau lebih tepatnya penyewaan.
Maksudnya itu juga bukan pemberian tetapi barang dagangan
Berapa? Persoalan yang bermain di kotak pemikiran
Jutaan ringgit untuk satu tempoh tertentu..wowww
Jutaan ringgit untuk penyediaan rumah panda dalam zoo
Negara….woooowww lagi
Ribuan ringgit untuk kos elektrik penghawa dingin…..
wwooowww tudia
Jutaan ringgit untuk kos insurans dua haiwan
tersebut…Masyaaalh
Dan…jutaan ringgit untuk menjaga anak panda jika dilahirkan
pasangan panda tersebut…..woww gila!! (fakta dikeluarkan media tv)
Dan kerajaan Malaysia sanggup mengeluarkan kos tersebut, satu
jumlah yang tak relevan. Amat tak berbaloi dan membazir. Hanya untuk sepasang
haiwan, bukan sekandang haiwan. Haiwan yang akan bergelar billionair seandainya
ia manusia.
Bangga kita dengan kehadiran panda, sehingga kita lupa untuk
marah dengan pembaziran tersebut.
Kedekutnya kerajaan kita untuk membantu
rakyatnya. Subsidi dikatakan pembaziran. Ditambah kenaikan harga barang,
ditambah bebanan GST pula untuk rakyat, semata untuk mendapat kutipan cukai
sebagai pendapatan Negara kononnya untuk disalurkan kembali kepada rakyat.
Namun kos panda saja dah bernilai sebegitu besar, berapa banyak wang telah
disalurkan ke situ.
Alahai nasib rakyat Malaysia,panda dipandang tinggi dari
rakyatnya
Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan ; Panda
di zoo disusukan, rakyat Negara sendiri mati kelaparan
Alahai panda oh panda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan