Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 25 Ogos 2010

CARREFOUR MENINGGALKAN MALAYSIA


Gergasi peruncitan Perancis, Carrefour bercadang menjual kepentingan perniagaannya di Malaysia.
Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan timbalan menteri perdagangan antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir, firma itu juga dijangka menjual kepentingan mereka di Singapura dan Thailand dan keluar daripada pasaran Asia Tenggara.
"Kami difahamkan Carrefour bercadang melepaskan kepentingan mereka. Tindakan itu bertujuan bagi merasionalisasikan perniagaan mereka di luar negara,” kata Mukhriz kepada AFP pada lewat petang semalam.
"Mereka mahu jual perniagaan mereka (di Malaysia)," katanya sambil menambah "hypermarket lain telah menampakkan minat untuk mengambil-alih' 23 stor Carrefour di seluruh negara.
"Banyak yang sesuai," katanya.
Pengarah, pemasaran dan komunikasi Carrefour, Low Ngai Yuen, enggan mengulas apabila diminta komennya.
Yeah Kim Leng, ketua ekonomi bagi firma penyelidikan kewangan RAM Holdings berkata tindakan Carrefour meninggalkan Asia Tenggara telah dijangkakan.
"Berita itu telah ditimbul sejak sekian lama. Tidak lagi menjadi rahsia bahawa Carrefour bercadang meninggalkan Malaysia, Thailand dan Singapura,” katanya.
Menurut Yeah, Carrefour ingin memperkemaskan operasinya dan memindahkan sumbernya ke pasaran India yang semakin berkembang.

Isnin, 23 Ogos 2010

PROGRAM GERAKAN SUBUH


Program Gerakan Subuh di Masjid As-Syakirin KLCC pada 31hb Ogos 2010 seperti butiran yang dinyatakan dalam poster yang dilampirkan.
Program Gerakan Subuh adalah satu program dalam program "Indahnya Ramadhan" bersama Masjid As-Syakirin KLCC, JAWI, Astro Oasis, DBKL, PDRM, NGO Islam dan lain-lain.
Pihak Astro akan membuat rakaman sepenuhnya program bermula petang 30 Ogos hingga 31 Ogos 2010. Acara penuh program adalah seperti berikut:
6.30 ptg
Tazkirah Ramadan
7.26 ptg
Buka Puasa / Solat Maghrib
8.30 mlm
Solat Isya/Solat Terawih diimamkan oleh Imam jemputan khas daripada Mesir (sponsored by PNB)
9.30 mlm
Ceramah Khas oleh Imam Muda (sama ada Ashraf, Hizbur atau lain-lain)
10.30 mlm
Jamuan moreh
11.00 mlm
Program Outreach Dakwah Mendekati Remaja malam Merdeka (kerjasama JAWI, Perkid, LANDAS/UNGGAS PUMWP dan lain-lain NGO yang berminat)
2.00 pagi
TAMAT
3.30 pagi
Qiyamullaill bersama Us Zulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
5.00 pagi
Sahur
5.30 pagi
Zikir MunajaT
5.52 pagi
Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi
Kuliah Khas Subuh bersama Cikgu Azmi (Presiden TERAS)
7.30 pagi
Bacaan Iqrar (dipimpin oleh Dewan Pemuda Masjid)
7.45 pagI
Solat Sunat Dhuha
8.00 pagi
Bersurai
Bentuk kerjasama yang diperlukan di sini adalah:
Mohon jasa baik semua ahli sekretariat Gerakan Subuh untuk hebahan dan jemputan program melalui email/facebook/surat @ lain-lain kepada ahli persatuan/pertubuhan dll. Mohon jasa baik sekiranya dapat dikomfemkan jumlah kehadiran untuk memudahkan anggaran untuk jamuan sahur bagi mengelakkan pembaziran atau tidak cukup.
Sekretariat
013-6714932

KUIZ HARI RAYA POKCIK TETAP SELAMAT DITERUSKAN

PERHATIAN kpd semua kekawan pokcik yg bersemangat nk join kuiz pokcik utk dptkn mug Hari Raya...walaupun trdpt masalah pd blog pokcik, pokcik totap akn teruskan kuiz ini demi kekawan pokcik. Cuma kemungkinan pokcik lmbat la ckit utk memberikan soalan tersebut beserta hadiahnya nanti. Pokcik mohon ribuan kemaafan terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun utk kali ni pokcik bukakn kpd semua org utk join kuiz yg pokcik akan paparkan soalannya dalam facebook pokcik dan sewaktu dengan laman sosial lain selain di blog pokcik...So,alert kan la diri anda dgn soalan yg akan dipaparkn nnti...

HANYA UNTUK 5 PEMENANG SAHAJA>>>!!!

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERTEMU SEMULA

ALHAMDULILLAH kita masih dalam mud Ramadhan...Penghujung-penghujung Ramadhan ni diharapkan kita menambah amalan kita dan semoga kita diketemukan dengan Malam Al-Qadar, malam seribu rahmat yang kita nanti-nantikan, Insyaallah

Kekesalan sikit terasa di hati kerana blog aisymobiz sebelum ini telah di block.Aduhhh....kesian kt pokcik. Tapi pokcik sedia terima kesilapan pokcik atas satu gambar lucu yang telah ditakrifkan sebagai gambar porno..aduhhh....xfaham apa yg pornonya..tp xpe la, terima je dan lepas ni kenalah lebih berhati-hati hendaknya... :(

Kepada followers blog ni dulu harap dapat support pokcik balik hendaknya...Pokcik hargai kekawan semua..

Jumpa lagi...

P.Fansurie

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...