Terbaik Sepanjang Minggu

Cebisan Nukilan Kehidupan

13-14 APRIL 2013 PESTA SONGKRAN @ HATYAI, THAILAND

Ni adalah salah satu plan punya lama baru jadi p. Satu sebab masalah cuti, hari pesta ni jatuh bukan pada hari cuti umum atau hujung minggu bagi kita di Malaysia.

Keduanya, kewangan juga memainkan peranan..hehehe.Yang ketiganya tetiba kena block dari ke luar negara. PTPTN punya pasal la ni. Hampeh betul...Choii !!:)

Apapun akhirnya impian (impian ka :P ) tercapai jua pada tarikh dan tanggal tahun 2013. Dapat juga merasai Pesta Songkran ni di bandar Hatyai.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca ceritanya yang dah MT kongsi di post ni ====> [GR JEJALAN] PESTA SONGKRAN

Are u ready? :P

SKUAD PENANG Kami dah sedia utk berperang



.................................................................................................
27 APRIL 2013 BALIK KE KAMPUNG ANGKAT-CHABELANG, SATUN, THAILAND

Ni la padahnya bila Kerajaan Malaysia menarik balik blacklist aku dari ke luar negara, kira nak jalan ja.hehehe

Ada duit,ada masa, ada kenderaan...zuuppppp...hilang ke mana-mana secepat mungkin. Tambah-tambah aku ni pon jenis nak ke tempat yang member2 aku tak sampai lagi, memang aku cepat ja nak sampai teroka dulu..hahaha. Tapi kalau duit takde, duk berangan kat rumah je la :P

Ok, Satun nie aku pernah pergi dalam satu program kemanusiaan oleh Yayasan Salam Malaysia. Dalam program ni kami diberikan keluarga angkat dalam sebuah perkampungan Islam bernama Chabelang. Yang sempoinya bahasa prcakapan mereka ialah bahasa Melayu. Bukan loghat seumpama orang Pattani yang lanjut2 tu, tapi loghat utara sikit2.

Pak Bara, Langoo, Satun, Thailand



SARAPAN Teh kena campur air lagi..manis sangat.sebab tu dia letak seteko air utk tambah







.............................................................................................
KENANGAN NITP CIAST SHAH ALAM -WELDING,AUTO,PRINTING

NITP CIAST Budak2 kos welding, auto & printing di hari terakhir sblm dihantar intership



.................................................................................................
7 FEBRUARI 2013 - MUZIUM & MUZIK

Tanggal 5 Februari yang lalu, sempat juga aku lari sebentar ke Muzium Negeri Pulau Pinang. Walaupun secara dasarnya, berdasarkan Mykad tertera 07, namun belum pernah lagi kakiku jejak ke dalam Muzium Negeri Pulau Pinang

Pernah juga ingin pergi. Pernah juga dulu sewaktu sekolah rendah cikgu anjurkan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Antara tempat lawatan ialah Muzium Negeri. Namun apakan daya, masa itu la pula Muzium ditutup. Alahai, cikgu ni tak wat kerja rumah dulu ka tengok hari apa tutup. apa nak buat, masa tu kan internet tak ada lagi, dah malas nak telefon tanya. Atau mungkin malas nak pi cari nombor telefon muzium dalam buku telefon yang besar gedabak tu kot, wallahualam. Dulu walaupun lawatan tu dalam negeri ja pon, besar mana sangat la Penang ni, tapi syoknya tu toksah duk cakap la. Namun sekarang ni, kena gelak dek orang la

Apapun dek kerana Muzium tutup tak merasa la perasaan teruja memasuki Muzium tu. Berbalik kepada Muzium, rupa-rupanya Muzium Pulau Pinang kini dah dapat satu tempat baru, bangunan baru yang terletak berhadapan Menara Umno Pulau Pinang ni. Alahai, malunya pi kat Muzium Negeri berhampiran Mahkamah tu, tersenyum sinis penjual tiket tu memberitahu. Ceh, spoil je...

Aku telah ditawarkan 'kontrak' sebagai sukarelawan sempena Pameran Muzik Pulau Pinang Era 40an,50an&60an yang akan berlangsung sehingga April 2013. Oleh itu, sehingga bulan April 2013 aku boleh datang menawarkan khidmat sukarela di Muzium ini mengikut kelapangan. Cuma ketika perasmian program tersebut aku perlu berada di sana iaitu pada 16 Februari 2013.

Memandangkan aku juga bekerja, maka hanya Sabtu Ahad sahaja mampu untuk aku hadir. Hanya sekali saja aku ke sana pada hari biasa selepas waktu pejabat ketika mereka tengah sibuk mencuci bangunan tersebut.Apakan daya....

............................................................................................................
IMBAU~2012 -(CSO JKM) PULAU PANGKOR 








 .....................................................................................................................

JEJALAN: GENTING HIGHLANDS










..........................................................................................................
KENANGAN MBN PENANG: BICARA MINDA BERSAMA TUN MAHATHIR @ PWTC KL (24 FEB 2013)







.......................................................................................................
KENANGAN MBN PULAU PINANG-PELANCARAN INDUSTRI SUKAN MALAYSIA @ JW MARRIOTE KL (24 FEB 2013)











................................................................................................................
KENANGAN 2012- SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA @ PUTRAJAYA (MEI 2012)







...........................................................................................................
KENANGAN MBN PULAU PINANG ~ KONVENSYEN 1 BELIA 1 KOMUNITI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG @ IXORA HOTEL (1 DIS 2011)













......................................................................................................
KENANGAN RAYA 2012




......................................................................................................
JEJALAN ~ KRABI THAILAND































.........................................................................................................................
JEJALAN~PANGKOR (2009)









......................................................................................
JEJALAN PKMD SPU ~ GENTING HIGHLANDS (2009)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...