Terbaik Sepanjang Minggu

Sabtu, 31 Mac 2012

[GR SUKAN] PIALA AXIATA : MALAYSIA LEAPORD IKUT JEJAK TIGER

SEPARUH AKHIR yang tidak mendatangkan sebarang keceriaan buat kem Malaysia. Langkah longlai ditunjukkan kedua-dua pasukan negara. Walaupun hadiah yang ditawarkan amat lumayan namun tiada sebarang inspirasi kepada pemain bagi memenangi separuh akhir pertama.

Selepas skuad abang, Tiger dikalahkan Indonesia Garuda 2-1, pasukan adik menyusuli abang apabila  tewas 3-0 kepada Rajawali.Kemungkinan akhir nanti adalah pertemuan sesama Indonesia, kita hanya mampu melopong memerhatikan sahaja walaupun kita merupakan tuan rumah bersama.

Disebalik berita kekalahan tersebut, Indonesia membuktikan mereka mempunyai barisan pelapis yang mampu dan telah membuktikan keperkasaan mereka dengan mengalahkan Malaysia Tiger (pemain elit negara). Kekalahan yang seharusnya menerbitkan rasa malu dikalangan pemain elit terutama pemain yang digalaskan sebagai harapan emas Olimpik negara.

Sebaliknya skuad muda kita masih terkial-lial mencari rentak. Kita gagal mencabar skuad elit Indonesia bahkan tewas mudah kepada skuad muda Indonesia. Melihat permainan sebenarnya skuad Rajawali lebih bersedia dan bersemangat mencari kemenangan untuk ke perlawanan akhir berbanding Leapord yang longlai tanpa semangat terpapar di wajah mereka.

Kekalahan kepada Garuda mungkin dimaafkan kerana jurang yang jauh (namun kemenangan bukan mustahil seperti ditunjukkan Rajawali ke atas Tiger) namun kekalahan mudah kepada Rajawali menunjukkan kelemahan ketara kepada pemain kita wwalaupun nama pemain pemain ini sering dilaungkan sebagai pelapis terbaik negara. Nampaknya mereka gah pada nama ketika ini namun masih belum bersedia di atas gelanggang realiti. Seharusnya semua kemenangan yang pernah digapai seperti Juara Remaja Dunia sebelum ini harus dilupakan. Pentas kini merupakan pentas yang berbeza yang memerlukan semangat serta kawalan permainan yang lebih tinggi. Jangan terus dibuai kemenangan lalu. Tingkatkan usaha dan pamerkan semangat juang seperti mana Rajawali beraksi kini!!

Megat Terawis

Khamis, 29 Mac 2012

[GR NUKILAN PENA] SESEKALI TANGAN TERASA GATAL


 SESEKALI AKU ke ekspo atau program-program keramaian , aku terpandang di bawah khemah terdapat ramai yang mengerumun. Ada dua tiga orang antaranaya yang duduk di atas kerusi yang disediakan. Duduk di hadapan sedikit dari mereka yang mengerumun bak semut bertemu gula. Ada yang duduk seorang ada yang berdua. Kebiasaannya berdua la yang sering kelihatan. Yang duduk ini juga amat sukar untuk ku lihat bergerak. Hanya diam membatu kecuali mungkin letih, sesekali peluh dikesat atau menggerakkan tubuh mereka tetapi kembali ke posisi asal. Umpama model lagaknya namun tiada jurugambar kelihatan

Di hadapan mereka yang duduk di atas kerusi ini pula dapat aku lihat kebiasaannya lelaki yang sibuk menjalankan aktiviti mereka. Sesekali memandang model dihadapan sesekali melihat papan segi empat dihadapan mereka. Tangan lelaki lelaki ini tidak henti henti bergerak di atas papan di hadapan mereka. Biarpun mata memandang model tangan tetap bergerak.

Rupa-rupanya mereka inilah pelukis jalanan atau adanya tidak yang sedang menggambarkan model dihadapan mereka di dalam lukisan. Bukan melalui kameranya namun ianya dirakamkan melalui seni jari di atas kanvas hadapan mereka. Ada yang 15 minit. 30 minit dan yang sukar mungkin memcecah sejam ke dua jam.

Aku agak berminat untuk turut sama merakamkan diriku di atas kanvas dan mungkin juga kertas lukisan mereka. Terutamnya di dalam bentuk lukisan 'sketch'. Namun melihat mereka yang mengerumun agak ramai, duduk di kerusi dipandang pengunjung, ada yang berbisik-bisik sambil tergelak kecil menyebabkan hasratku terbantut. Muka pun bukan muka model...wat malu je plak,getus hati kecilku.

Minat ku terpaksa dipendam. Namun kini ku ucapkan terima kasih kepada teknologi. Melalui Adobe Photoshop akhirnya aku dapat 'sketch'kan diri aku...hehehehe...Ni pun terjumpa tutorial di forum syok.org (terima kasih la kt orang yang share tutorial) dan cuba belajar. Kira jadi jugak la walau tak sempurna gamabr aku & member aku sorang ni...Alhamdulilah..syukur!!



**Megat Terawis

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ SHAMSURI AHMAD BULAN APRIL 2012


 SATU LAGI...kali ni aku share plak Jadual Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad bulan April 2012

Selamat Beramal...!!

Megat Terawis

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN APRIL 2012


BUAT KEKAWAN... aku letakkan di sini jadual kuliah bulanan Ustaz terfemes abad ini seantero dunia..hehehe Ustaz Azhar Idrus... =)

Kalau ada kuliah berdekatan tu, leh la rerajinkan kaki tuk sama-sama hadir ke kuliah beliau...Terbaikkk la!!

Megat Terawis

Rabu, 28 Mac 2012

[GR MINDA] Perempuan memang tak guna!!! (must read)

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalahpakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.

credit to syok.org & akuhatiberani.blogspot.com



Megat Terawis

[GR NEW FILM] You And I (2011) DVDRip MKV Hard-Sub


"Two teenage girls, Janie who is American and Lana who is Russian, fall in love after meeting at a t.A.T.u concert and are swept into a dangerous world of obsession, drug abuse and murder."

Megat Terawis

[GR NEW FILM] Sleep Tight 2011 DVDRip RMVB Hard-subbed


You wake day after day to the comfort and security of your home. But how safe is it really?"



Megat Terawis

[GR NEW MOVIE] Columbus Circle (2012) DVDRip MKV Hard-Sub

"An heiress who's been shut inside her apartment building for nearly two decades is forced to confront her fears after one of her neighbors is killed and a detective arrives to begin the investigation."



Megat Terawis

[GR NEW] Eksklusif Walimatul Urus: Yusry & Lisa Surihani (2012) SDTVRip Bhg.1 Mkv


Sinopsis: Sebuah dokumentari eksklusif dua episod perkahwinan pasangan selebriti terkenal tanah air, Yusry KRU dan Lisa Surihani.

Megat Terawis

[GR KERJA] Jawatan Kosong (Bukan Akademik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan – jawatan seperti berikut :-




Megat Terawis

[GR KERJAYA] KEKOSONGAN JAWATAN DI UTM IC

Perjawatan Pejabat Pendaftar bagi mengisi kekosongan jawatan di UTM International Campus Kuala Lumpur pada 27. Mar.2012 - 10.April.2012
Kekosongan jawatan adalah seperti berikut :





**Megat Terawis

Selasa, 27 Mac 2012

[GR PERADUAN] JOM SERTAI CONTEST MUDAH !! EXABYTES (MY)


SATU PERADUAN mudah untuk disertai rakan-rakan... 4 langkah sahaja perlu anda ikuti sebelum mungkin anda merupakan orang yang bertuah!! Galaxy Tab & iPhone 4s menanti anda!!!



**Megat Terawis

[GR KREATIF] HELMET TERBAIK BULAN INI!!






**Megat Terawis

[GR LAGU BARU] TAK KERUAN- Zamani feat Sharifah Zarina


 Muat turun MP3

Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu
Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku
Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta
Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti
Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar Putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta
Tiap saat tiada tempat
Bukan bayangan tapi nyata didepan mata
Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai
Di buai cinta


**Megat Terawis

Isnin, 26 Mac 2012

[GR SUKAN] PIALA AXIATA: DUA HARIMAU KE SEPARUH AKHIR

PIALA AXIATA , kejohanan badminton yang menawarkan hadiah termahal di rantau ini membuka gelanggangnya Jumaat yang lalu. Walaupun pasukan negara dibelenggu dengan masalah kecederaan Lee Chong Wei, namun ianya tidak mematahkan semangat apabila kedua-dua pasukan, senior (Malaysia Tiger) dan pelapis (Malaysia Leapord)  mencatatkan kemenangan dalam dua pertemuan dari 3 pertemuan dalam kumpulan. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain muda negara (Malaysia Leapord) yang walaupun beraksi di bumi Indonesia, namun tetap mempamerkan semangat juang tinggi bagi membuktikan kemampuan menggalas tanggungjawab negara selepas ini.

Kita lupakan seketika kemenangan tersebut. Jika kita saksikan perlawanan di kedua-dua venue, Kuala Lumpur dan Indonesia pasti kita dapat saksikan perbezaan. Perbezaan apa yang dimaksudkan? Perbezaan sokongan penonton. Yea, memang jauh berbeza. Apabila skuad Indonesia bertanding tidak kira peringkat awal atau akhir, stadium tersebut akan dibanjiri penyokong-penyokong tegar negara berkenaan memberikan sokongan jitu terhadap pasukan mereka.Malaysia? Sebaliknya berlaku apabila tidak sampai suku stadium dipenuhi penonton walaupun membabitkan perlawanan pasukan kita. Semangat yang tidak sama seperti di bumi seberang. Kita cuma dapat saksikan kepadatan stadium andai kita sudah melangkah ke separuh atau akhir nanti. Tak percaya..kita saksikan nanti k.

Mungkin sudah sampai ketikanya penganjur mengubah venue yang sering menjadikan ibu negara sebagai gelanggang ke negeri-negeri lain yang mempunyai penyokong yang mampu memenuhkan gelanggang memberikan semangat kepada pemain. Ingat..penyokong merupakan antara nadi semangat pemain. Mungkin penduduk ibu kota sering disajikan dengan pertandingan-pertandingan antarabangsa saban waktu menyebabkan keinginan menyaksikan perlawanan tersebut telah luntur. Juga mungkin terdapat banayk rancangan-rancangan lain yang bertembung tarikh dilangsungkan di ibu kota yang turut menarik mereka. Justeru, kita ubah sekali sekala keluar dari Kuala Lumpur ke negeri lain.13 negeri sedia menjadi tuan rumah andai diberi peluang!

Kembali ke gelanggang perlawanan. Hari ketiga kejohanan iaitu hari terakhir sebelum disambung perlawanan separuh akhir minggu berikutnya. Hari ini merupakan hari yang amat malang buat badminton Malaysia. Hari yang amat malang buat peminat badminton Malaysia. Hari yang amat malang dan merugikan buat mereka yang hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara. Kita semestinya sudah menduga akan kekalahan skuad Malaysia Leapord kepada Indonesia Garuda (skuad senior) kecuali berlaku kejutan yang dilakukan pemain kerana perkara itu tidak mustahil. Ramai yang berkira-kira pasukan Malaysia Leapord dan Tiger akan bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir. begitu juga dengan Indonesia Rajawali (skuad pelapis) dan Garuda.

Seperti jangkaan Malaysia Leapord tewas 3-0. Ianya tidak mengejutkan kerana sememangnya telah diduga. Namun amat mengejutkan ialah apabila Malaysia Tiger tewas 2-1 kepada Indonesia Rajawali. Tewas pula di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong sendiri. Situasi yang amat memalukan pasukan kebangsaan terutama dalam misi Emas Olimpik seperti yang sering diwarwarkan. Baik Hafiz Hashim selaku perseorang pertama mahupun beregu emas Tan-Koo keduaduanya mempamerkan pemainan yang memualkan. Bayangkan beregu yang menduduki 10 dunia, beregu yang digalaskan harapan emas Olimpik tewas kepada beregu muda yang baru ingin mencipta nama. Seperti ada yang tidak kena dalam perlawanan malam ini. Sesuatu harus dilakukan andai kejayaan ingin digapai terutama dalam Piala Thomas dan Sukan Olimpik.


**Megat Terawis

Jumaat, 23 Mac 2012

[GR MP3] FULL ALBUM ::Yuna - Terukir Di Bintang (2012) [Album]::




 TRACKLIST:
1. Yuna - Sparkle (3:37)
2. Yuna - Photo Of You (3:37)
3. Yuna - Memo (4:03)
4. Yuna - KL Kita Feat. Qi Razali (3:26)
5. Yuna - Terukir Di Bintang (3:02)
6. Yuna - Coffee (2:51)
7. Yuna - Someone Out Of Town (3:01)
8. Yuna - Fears And Frustrations (4:32)



Megat Terawis

[GR MP3] FULL ALBUM :Najwa Latiff (2O12) [Album + Bonus Track]::




TRACKLIST:

1. Najwa Latif - Cinta Muka Buku
2. Najwa Latif - Carta Hati
3. Najwa Latif - Kosong
4. Najwa Latif - Sahabat Feat. Syam Kamarul & Sleeq
5. Najwa Latif - I Love You
6. Najwa Latif ft Sleeq - Untuk Dia-[Bonus Track]
7. Najwa Latif - Cinta Muka Buku AJL 26-[Bonus Track]
8. Najwa Latif ft Greyson Chance - Cinta Muka Buku, WOTL and Paparazzi (Live at AIM 2011)-[Bonus Track]
9. Najwa Latif - Cinta Muka Buku, Awi Rafael - Pulanglah dan Nashrin - Fobia Cinta-[Bonus Track]



Megat Terawis

Rabu, 21 Mac 2012

[GR SEMINAR] SEMINAR KEFAHAMAN (FIKH) KERAHSIAAN WANITA


SEMINAR KEFAHAMAN (FIKH) KERAHSIAAN WANITA

MODERATOR:
AL FADHIL USTAZ FAUWAZ FADZIL

TEMPAT:
DEWAN SEMINAR
HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS PULAU PINANG

TARIKH:
24 MAC 2012 (SABTU)

MASA:
9.00 PG - 5.00 PTG

PESERTA:
TERBUKA KEPADA LELAKI DAN WANITA

YURAN :
RM 150/PAX
(BERKUMPULAN 3 ORG HANYA RM390)

*Termasuk 2x Tea Time + 1x makan tengah hari

PERCUMA !!
# Buku Fikh Kerahsiaan Wanita
# Majalah Gen Q
# Checklist Solat
Kesemuanya bernilai RM30

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI :
019-4924870     012-5043477


"Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan 'dalaman' yang wajar difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati"

Megat Terawis

[GR INFO] SEMAKAN SPM 2011 MELALUI SMS

HARI INI tanggal 21/3/2012 mereka yang menduduki peperiksaan SPM 2011 pasti berdebar-debar untuk mengetahui keputusan mereka. Kebanyakannya akan bersiap2 untuk ke sekolah. Selain mengambil keputusan masing-masing saat ini digunakan untuk bertemu rakan2 sebelum kembali berpisah membawa hala tuju masing-masing.

Buat yang tidak berkesempatan anda boleh menyemak melalui  MySMS, satu aplikasi Kerajaan untuk kemudahan rakyatnya. Caranya? Lihat di bawah..:

  • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh :  SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Anda boleh membuat semakan bermula 10 pagi 21 Mac 2012 hingga 12 tengahmalam 27 Mac 2012

**Megat Terawis

Selasa, 20 Mac 2012

Selasa, 13 Mac 2012

[GR HEBAHAN] CERAMAH PERDANA MAULIDUR RASUL



PROGRAM CERAMAH PERDANA MAULIDURRASUL
penceramah:
USTAZ DON DANIYAL
tarikh:
18 MAC 2012
masa:
8.00 MALAM
tempat:
SURAU RAUDHOTUL ULUM TMN BUKIT JAMBUL
PULAU PINANG


Semua dijemput beramai-ramai!!



Megat Terawis

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ SHAMSURI AHMAD BULAN MAC 2012



ISNIN 5-3-2012
MASJID SMPG EMPAT, PMTG BULOH, KEPALA BATAS, P.PINANG

SELASA 6-3-2012
MASJID SULATANAH BAHIYAH, ALOR STAR, KEDAH

ISNIN 19-3-2012
MASJID TMN TUN SARDON (TMN BROWN)

SELASA 20-3-2012
MASJID BANDAR DARUL AMAN, JITRA, KEDAH

ISNIN 26-3-2012
MASJID NEGERI PULAU PINANG

SELASA 27-3-2012
MASJID PADANG TEMUSU, SG PETANI, KEDAH

RABU 28-3-2012
SURAU LAKEHOME, KEPALA BATAS, P. PINANG


Megat Terawis

Jumaat, 9 Mac 2012

Khamis, 8 Mac 2012

[GR INFO] HARI TERBUKA PUSAT AGROPELANCONGAN RELAU TAHUN 2012

Megat Terawis

[GR SEMINAR] KURSUS ASAS LEBAH MADU

BAGI mereka yang berminat bolehlah menghubungi talian yang tertera dengan segera !!

**Megat Terawis

[GR NEW FILM] Adnan Sempit 2(2012)PPvrip


 Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?


Megat Terawis

Selasa, 6 Mac 2012

[GR KREATIF] SENI POKOK

Megat Terawis

[GR INFO] Persoalan-persoalan Sebelum Membeli Dinar Iraq


** Kalau penjual dinar Iraq yakin dinar Iraq akan naik melambung-lambung, mengapa mereka terus menjual dan tidak menyimpan sendiri? Mengapa? Kalau mereka simpan bukankah mereka boleh dapat lebih daripada sepatutnya? Iaitu daripada dapat jadi setakat multimillionaire, terus menjadi billionaire. Sialp-silap hari bulan, kedudukan Tan Sri Robert Kuok boleh dicantas dengan mudahnya.

 ** Mereka-mereka ini membuat perbandingan perang Iraq vs US dengan situasi Perang Teluk Iraq VS Kuwait. Tetapi persoalan sekarang ini, Kuwait dahulu lepas perang teluk, adakah di bawah tentera US seperti yang dihadapi negara Iraq sekarang ini? Mengapa mereka tidak menceritakan kepada pembeli dinar Iraq yang duit kertas duit kertas lama telah dihapuskan dan duit kertas baru telah diperkenalkan sebab masa itu banyak duit kertas telah dicuri oleh tentera Iraq dan muncul kat pasaran dunia? Mengapa?

 **  Apa akan jadi jikalau matawang mereka ditukarkan ke matawang baru selepas ini? Akhirnya duit dinar Iraq sekarang ini apa akan jadi? Akhirnya nanti, jadi macam duit daun pisang

**  Katakanlah betul seperti yang diramal, dinar Iraq nanti ID 1=USD 1. Bermaksud nanti bakal muncul jutawan dinar Iraq tidak lama lagi? Alhamdulillah. Moga-moga. Tetapi persoalannya adakah US senang-senang sahaja mahu melingkup ekonomi mereka sendiri yang dah tak tertanggung itu? Kena ingat minyak kat Iraq itu bukan kerajaan Iraq yang kawal tetapi US sendiri

 **  Semua matawang dunia selepas 1971 adalah disandarkan satu sama lain dengan di hujung rantaiannya adalah dollar. Sedangkan US dollar yang  merupakan matawang utama dunia pun tengah tenat akibat kegagalan US untuk bayar hutang Treasury Bill (T-bills) pada bulan Ogos 2011, apatah lagi dinar Iraq ini. Barack Obama lebih pening kepala nak fikirkan matawang USD sendiri yang tidak stabil akibat lambatan dolar Amerika sekarang ini. 

**  Apa kepentingan kerajaan Amerika nakkan nilai matawang dinar Iraq kukuh dan negara Iraq aman maju? Sedangkan negara Arab yang lain pun dia kacau apalagi Iraq. Amerika hanya menjaga kepentingan Israel bukan negara arab. Selagi negara arab bersatu dan maju ia adalah ancaman kepada kepada suvival israel itu sendiri. Begitu juga bab ekonomi dan kemajuan dirantau sana. 

**  Dinar Iraq ini pun sama macam matawang lain, iaitu duit fiat. Kelak, 1 dinar Iraq bersandarkan kepada berapa gram emas? 

**  Akhirnya paling mudah persoalan yang perlu difikirkan, berapa ramai yang sanggup berkongsi kekayaan/kesenangan dengan orang lain melainkan mahu menggunakan kesusahan/kesempitan orang lain demi kesenangan peribadi.

**Megat Terawis : kredit beritasemasa.com

[GR HEBAHAN] JADUAL KULIAH MASJID AL HUDA SG. ARA, PULAU PINANG


BERIKUT merupakan jadual kuliyyah bagi bulan MAC 2012 di masjid Al-Huda, Sg Ara, P.Pinang

**Megat Terawis

[GR HEBAHAN] JADUAL KULIAH MASJID NEGERI PULAU PINANG


BERIKUT merupakan jadual kuliyah maghrib sepanjang bulan MAC 2012 di MASJID NEGERI PULAU PINANG

**Megat Terawis

[GR ROHANI] KULIAH MAGHRIB PERDANA MASJID NEGERI PULAU PINANG


 TARIKH : 17 MAC 2012 (SABTU)
MASA : LEPAS MAGHRIB
TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA MASJID NEGERI
PENCERAMAH : Y.BHG USTAZ AZHAR IDRUS

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADALAH DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI


**Megat Terawis

[GR NEW FILM] Chantek (2012) PPVRip MKV

 "AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.."

MUAT TURUN FAIL DI SINI :
Megat Terawis

[GR NEW FILM] The Descendants (2011) DVDRip MKV Hard-Sub

"With his wife Elizabeth on life support after a boating accident, Hawaiian land baron Matt King takes his daughters on a trip from Oahu to Kauai to confront the young real estate broker, who was having an affair with Elizabeth before her misfortune."
 
Muat turun fail di sini :
Megat Terawis

[GR NEW FILM] AZURA & HANTU DALAM BOTOL KICAP [2012]

 "Azura (2012)=>"Azura" tells the story of the eponymous heroine, teenage girl who lives with her aunt, Yusni, after being orphaned in the tragic Min and Mekah tunnel incident in 1990. She strives to achieve her dream by working hard, and as a result, she managed to enter a prestigious university as a student. However, during her French class, which she takes as a result of her love for France and its art, she meets a fellow student, named Zek, and they fall in love. Facing various obstacles from Zek's parents, the two then elope to London to be married. But what will happen to the couple in the end

Hantu Dalam Botol Kicap (2012)=>A Malaysian horror comedy about a couple, Aminah dan Hussin, who decide to pay a visit to their hometown with their three children, Azri, Epul dan Rina. In actuality, Aminah longs to ask her mother, Nek Temah, to care for her three children. A well-known shaman in the village, Nek Temah tells the three siblings about the dos and don'ts of the house or they will have to face the consequences. First, they cannot go out of the house after evening prayers. Second, they cannot enter the mysterious room in the house that is sealed with a red tape. However, when Nek Temah goes out to see a patient, Epul hears a sound of a bottle falling from the sealed room. He tries to open it, only to be stopped in time by Nek Temah. However, they are not so lucky the second time, when during a meal, Rina suddenly voices her desire to eat her rice with soy sauce. Following that, Epul suggested that the three of them open the door to the mysterious room to look for soy sauce. In the process Rina cut her hand, and without thinking, Epul uses a cloth binding the soy sauce bottle to stop the bleeding, only for a ghost to escape. The ghost tries to strangle Rina, but fortunately, Nek Temah returns home in time to expel it but only temporarily..."

MUAT TURUN FAIL DI SINI :


**Megat Terawis

[GR HIBURAN] BUNOHAN : SATU KELAINAN



BUNOHAN menceritakan mengenai kisah tragis tiga saudara yang terpisah – seorang peninju tomoi, seorang ahli perniagaan dan seorang lagi pembunuh upahan yang kembali ke kampung halaman mereka di Kampung Bunohan, di mana mereka tersepit dalam pelbagai konflik. 

BUNOHAN dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, serta dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Tengku Azura.

FILEM ini juga merupakan salah satu filem yang juga amat dinantikan selepas mendapat pujian serta pengiktirafan penggiat seni serta festival filem luar negara.
Dikatakan filem yang memaparkan konsep cerita yang lari dari kebiasaan filem tempatan semestinya filem ini harus disenaraikan sebagai filem WAJIB tonton bulan ini bersama2 filem Seefood yang ditayangkan serentak di pawagam negara kita

FILEM TEMPATAN WAJAH TEMPATAN MEMUKAU DUNIA !!
Jom kita ushar2 jap portal rasmi 
**Megat Terawis

[GR HIBURAN] SEEFOOD YANG DINANTIKAN !!


PENANGAN ANAK MALAYSIA!! 

Animasi buatan anak Malaysia ini yang telah ditayangkan di 90 lebih negara seluruh dunia merupakan antara filem animasi yang ditunggu2 peminat selepas kejayaan Upin & Ipin sebelum ini.
 Dijadualkan ditayangkan di negara ini pada 8 MAC 2012, jangan lupa temujanji anda untuk sama-sama bagi support filem tempatan...

FILEM TEMPATAN, WAJAH TEMPATAN MEMUKAU DUNIA!!!!

Jom Ushar portal rasmi filem ini.....>> SEEFOOD <<

**Megat Terawis

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...