Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 20 Ogos 2014

[GR SEMASA] 20 OGOS 2014-HARI INI DALAM SEJARAH: ADUN PENGKALAN KUBOR MENINGGAL DUNIA

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.
    
Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia.
    
Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapatkan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.
    
Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.
    
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.
    
Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.
    
Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.

Noor Zahidi memenangi kerusi itu pada 2008 dan mengekalkannya dalam pilihan raya umum 2013, dengan majoriti lebih 1,700 undi.

Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi manakala calon PKR, Saharun Ibrahim mendapat 8,438 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 65 undi.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.

Berikutan itu, pilihan raya kecil bagi DUN tersebut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ia merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noor Zahidi.

"Takziah kepada keluarga Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. al-Fatihah," Najib berkata menerusi twit terbaru di laman Twitter hari ini.

- Bernama

Jumaat, 15 Ogos 2014

[GR SEMASA] GEORGETOWN FESTIVAL 2014


SEKARANG ni tengah berlangsung Georgetown Festival di Pulau Pinang. Terdapat banyak aktiviti yang merangkumi pelbagai elemen persembahan sepanjang festival

Untuk maklumatr lanjut berkenaan aktiviti tersebut sila layari portal rasmi >> GEORGETOWN FESTIVAL 2014

Khamis, 7 Ogos 2014

[GR HIBURAN] DRAMA-DRAMA DAN TELEFILEM RAYA 2014

SEMESTINYA bila tiba hari raya pasti rangkaian televisyen akan menyiarkan rancangan-rancangan menarik untuk tontonan ramai. Jadi bagi mereka yang terlepas rancangan kegemaran sempena raya tahun ni, admin kongsikan untuk korang sedutttt...

* Admin tak memuatnaik tetapi sumber dari carian google. Sebarang kerosakan atau apa saja yang berlaku atas muatturun anda tidak berada dalam tanggungjawab kami.hehehe

1. MUJIBUR RAYA


Genre: Komedi Bahasa Melayu
Siaran : Maya HD
Pelakon: Ajak Shiro, Shahrol, Ilya Buang, Shahrol Shiro

Muat turun:



2. HANTU NAN SEMPIT


Genre: Seram Komedi Bahasa Melayu
Siaran: TV3 (Filem)
Pelakon: Hazama AF, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek

Muat turun:



3. MLM HAJI PILUS TAK NAK BERAYA


Genre: Komedi Bahasa Melayu
Siaran: Astro MAya HD
Pelakon: Shiro, Jambu, Sepahtu, Bocey, SYJ

Muatturun:

Ahad, 3 Ogos 2014

[GR SUKAN] KECANTIKAN PEMAIN BOLA TAMPAR KAZAKHTAN JADI DAYA TARIKAN

Sabina Altynbekova


Sabina Altynbekova (Reprodução: Facebook)



Sabina Altynbekova (Reprodução: Facebook)



Sabina Altynbekova (Reprodução: Facebook)



Sabina Altynbekova (Reprodução: Facebook)


Sabina Altynbekova (Reprodução: Facebook)



KECANTIKAN beliau bukan saja menjadi fenomena tarikan penonton memenuhi perlawanan menyaksikan pasukan beliau beraksi namun juga mengundang kriktikan ke atas diri beliau.

Sabina Altynbekova, pemain bawah 19 bola tampar skuad Kazakhtan adalah nama beliau. Hasil satu perlawanan dalam kejohanan bola tampar di Taipei minggu lalu telah mengundang 200 000 pengikut Instagram beliau.

Beliau yang mengaku seorang Muslim berkata pada mulanya beliau tidak kisah dengan tarikan dirinya namun kini tidak gemar dengan tumpuan yang diberikan pada dirinya, bukan aksinya di dalam skuad bola tampar yang diwakilinya.

Ada suara sumbang dari pemain sendiri yang menyatakan beliau tidak sesuai menjadi atlet dengan wajahnya yang rupawan itu sehingga mereka tidak dapat memberikan komitmen apabila beraksi








[GR IT] MICROSOFT OFFICE ONLINE

MESTI pernah terjadi saat2 kita amat memerlukan, urgent untuk diedit dan digunakan dokumen dalam apa saja format Microsoft Office, baik Word, Excel mahupun Powerpoint pada ketika kita tidak membawa lappy dan terpaksa menggunakan apa yang ada samada pc, laptop, netbook atau ke cyber cafe.

Malangnya tiada perisian Microsoft Office dimuatnaik. Adoyai masalah. ...
Sebenarnya jika anda mempunyai sambungan internet ianya tiada masalah. Tidak perlu membuang masa memuat turun Microsoft Office tapi siapkan saja tugasan anda secara atas talian (online). gunakan saja Microsfoft Office Online

Klik di sini untuk ke laman OFFICE ONLINE >> KLIK SINI <<

Pilih saja samada Word, Excell atau powerpoint yang anda inginkan dan ikut arahan yang disediakan.

Oh ya, anda perlu register dahulu dengan mengisi maklumat yang cukup ringkas seperti dikehendaki.
Anda boleh simpan file anda secara maya atau terus ke dalam PC. cukup mudah dan dapat menyelamatkan anda..ehehe


Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...