Terbaik Sepanjang Minggu

Memaparkan catatan dengan label GR SUKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GR SUKAN. Papar semua catatan

Khamis, 31 Januari 2013

[GR SPORT] WWE ROYAL RUMBLE 2013 HDTV


::INFO::
Source: WWE Royal Rumble (2013) HDTV MKV-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Action | Sport
Country: USA
Language: English
Subtitle: None

PLOT MOVIE
The Royal Rumble is here as WrestleMania season kicks into high gear. John Cena enters the Royal Rumble as the odds-on favorite, with names like Randy Orton, Sheamus, Ryback and even Dolph Ziggler figuring to upset the apple cart.
NAK MUAT TURUN FAIL? KLIK>> DI SINI <<
...........................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 14 Januari 2013

[GR INFO SUKAN] New I-mobile Stadium : Stadium bolasepak berciri Inggeris di Asia Tenggara

New I-mobile Stadium (Thunder Castle Stadium) merupakan sebuah stadium bolasepak yang terletak di Buriram, Thailand. Ianya merupakan gelanggang tuan rumah kepada kelab Liga Perdana Thai, Buriram United.


Dibina pada tahun 2010, stadium ini dilihat unik kerana ianya mengambil ciri-ciri stadium Inggeris dalam rekabentuknya. Sangat jarang kelihatan lebih-lebih lagi di rantau Asia Tenggara. Stadium ini mempunyai 24,000 tempat duduk dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setanding dengan stadium di Eropah.


Hasil daripada pelaburan pembinaan stadium ini, Buriram United telah berjaya memenangi Liga Perdana Thai pada tahun 2011 seterusnya beraksi di pentas tertinggi Asia, AFC Champions League. Populariti Buriram United juga semakin meningkat naik dengan pertambahan jumlah penonton dari semasa ke semasa.

THUNDER CASTLE kebanggan rakyat Thailand

MEWAH kerusi pemain juga eksklusif

PEMINAT cenderahati untuk peminat sedia menanti

OLD TRAFFORD ASIA umpama berada di England menyaksikan EPL

MEDIA ruangan kas disediakan

SELESA ruangan istirehat yang selesa buat pemain

 KEHADIRAN stadium seumpama ini menunjukkan keseriusan negara Gajah Putih itu dalam meningkatkan mutu bolasepak negara itu. Bagaimana pula negara kita Malaysia?

.............................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 21 Ogos 2012

[GR SUKAN] KEPUTUSAN EPL 2012/13:PERLAWANAN KE-2


PASUKAN kegemaran MT akhirnya berjaya merakamkan kemenagan pertama 3-2 ke atas Fulham setelah berhempas pulas di laman sendiri, Old Trafford. Fulham yang masih segar dengan kemenagan pertama membelasah Norwich 5-0 terlebih dahulu membuka jaringan melalui Damien Duff seawal permainan

Namun Bintang baru United, Van Persie dan Kagawa mencuri tumpuan apabila masing-masing menjaringkan gol. Jaringan volley Persie yang amat menarik menyamakan kedudukan sebelum Kagawa menyambar bola muntah di depan gol untuk mendahului 2-1

Rombakan Ferguson terhadap skuad menunjukkan peningkatan dengan United lebih agresif berbanding pertemuan dengan Everton. Rooney, Nani, Welbeck dan Scholes direhatkan dengan Persie, Young, Rafael, Andersson membarisi skuad utama.

Rafael melengkapkan separuh masa pertama dengan jaringan ketiga melalui tandukan menjadikan kedudukan 3-1 tamat separuh masa. Kedudukan tersebut dianggap selesa menyebabkan MU mula mengendurkan tekanan yang menyaksikan Fulham mengusai perlawanan dan kerap menyerang. Padahnya, hasil hantaran lintang yang tidak merbahaya namun kesilapan kapten pasukan, Vidic dan De Gea, Fulham berjaya merapatkan jurang  hasil jaringan sendiri Vidic.

MU membawa masuk Rooney, Welbeck & Giggs namun gagal mendatangkan impak dan mengubah momentum serangan.


PERLAWANAN KEDUA

CHELSEA 2:0 NEWCASTLE
MAN UNITED 3:2 FULHAM
A. VILLA 1:3 EVERTON
NORWICH 1:1 QPR
SOUTHAMPTHON 0:2 WIGAN
TOTTENHAM 1:1 WEST BROM
SWANSEA 3:0 WEST HAM

PERLAWANAN RABU

CHELSEA 4:2 READING

PERLAWANAN PERTAMA

EVERTON 1:0 MAN UTD
MAN CITY 3:2 SOUTHAMPTHON
WIGAN 0:2 CHELSEA
NEWCASTLE 2:1 TOTTENHAM
ARSENAL 0:0 SUNDERLAND
FULHAM 5:0 NORWICH
QPR 0:5 SWANSEA
READING 1:1 STOKE
WEST BROM 3:1 LIVERPOOL
WEST HAM 1:0 ASTON VILLA



AKHIRNYA sia-sia penantian MT untuk melihat permulaan cemerlang team MT, MAN UTD  sebagaimana musim lalu apabila kecundang 1-0 kpd Everton. Jika dilihat dari permainan masih  banyak yg perlu dilakukan Ferguson andai ingin menjulang kembali EPL musim ini

Namun langkah sumbang itu juga turut dirasai pasukan gergasi EPL seperti Liverpool, Spurs yang turut kecundang manakala Arsenal hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Sunderland

Manakala pasukan juara musim lalu, City turut melalui 90 minit perlawanan sukar bertemu pendatang baru Southampton apabila sekadar menang tipis 3-2

Yang paling mengecewakan ialah pasukan yang amat dekat dgn Malaysia, QPR apabila tewas besar 5-0 di tangan Swansea di halaman sendiri. Pembelian beberapa pemain bintang baru gagal menampilkan impak yang diharapkan seperti kapten pasukan, Park Ji Sung yang tenggelam aksinya dalam perlawanan tersebut


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 2 Julai 2012

[GR SUKAN] TAHNIAH SEPANYOL!!



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
KEPUTUSAN PENUH

SEPANYOL vs ITALI
         4     -     0
.....................................................................
TAHNIAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH buat pasukan Sepanyol yang terus mempamerkan keunggulan dengan mempertahankan kejuarann EURO yang dimenangi edisi sebelum ini. Walaupun MT mengharapkan kemenangan Itali namun akhirnya dibelasah dalam perlawanan akhir ini yang merupakan juga rekod baru jaringan tertinggi dalam perlawanan akhir.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 9 JUN 2012

Kump A

Poland 1-1 Greece
Rusia 4-1 Rep Czech

10 JUN 2012

Kump B

Belanda 0-1 Denmark
Jerman 1-0 Portugal

11 JUN 2012

Kump C

Sepanyol 1-1 Itali
Ireland 1-3 Croatia

12 JUN 2012

Kump D

Perancis 1-1 England
Ukraine 1-2 Sweden

13 JUN 2012

Kump A

Greece 1-2 Rep Czech
Poland 1-1 Rusia

14 JUN 2012

Kump B

Denmark 2-3 Portugal
Belanda 1-2 Jerman

15 JUN 2012

Kump C

Itali 1-1 Croatia
Sepanyol 4-0 Ireland

16 JUN 2012

Kump D

Ukraine 0-2 Perancis
Sweden 2-3 England

17 JUN 2012

Kump A

Greece 1-0 Rusia
Rep Czech 1-0 Poland

**Rep Czech & Greece layak ke suku akhir

18 JUN 2012

Kump B

Portugal 2-1 Belanda
Denmark 1-2 Jerman

**Jerman & Portugal layak ke suku akhir
19 JUN 2012

Kump C

Croatia 0-1 Sepanyol
Itali 2-0 Ireland

**Sepanyol & Itali layak ke suku akhir
20 JUN 2012

Kump D

Sweden 2-0 Perancis
England 1-0 Ukraine


**England & Perancis layak ke suku akhir
...................................

SUKU AKHIR

Suku Akhir 1

Czech Republic 0-1 Portugal

Suku Akhir 2

Germany 4-2 Greece

Suku Akhir 3

Sepanyol 2-0 Perancis


Suku Akhir 4

Itali vs England
................................

SEPARUH AKHIR

Separuh Akhir 1

Sepanyol 0-0 Portugal

** Sepanyol layak ke akhir menerusi penalti 4-2

Separuh Akhir 2

Jerman 1-2 Itali

.............................................
AKHIR

Sepanyol vs Itali
4 - 0
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SUKAN] EURO 2012:PASUKAN MANA PILIHAN ANDA??

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SEPANYOL VS ITALI
2:45PG

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
PASUKAN manakah pada fikiran anda mampu menjadi Juara EORO 2012 kali ini? Sepanyol selaku juara bertahan mara ke akhir dengan menyingkirkan Portugal bagi mempertahankan kejuaraan manakala Itali menyingkirkan pasukan pilihan ramai Jerman walaupun hadir dengan hambatan rasuah.

Namun kedua-duanya mempunyai 90minit permainan sebenar bagi menenttukan kejuaraan.

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 7 Jun 2012

[GR SUKAN] EURO DATANG LAGI EPISOD 2012 !!!




Kumpulan A
Jumaat, 8 Jun 2012Poland vs Greece di Warsaw (11:55 malam) Russia vs Czech Republic di Wroclaw (02:45 pagi)
Selasa, 12 Jun 2012Poland vs Russia di Warsaw (02:45 pagi) Greece vs Czech Republic di Wroclaw (11:55 malam)
Sabtu, 16 Jun 2012Greece vs Russia di Warsaw (02:45 pagi) Czech Republic vs Poland di Wroclaw (02:45 pagi)

Kumpulan B
Sabtu, 9 Jun 2012Netherlands v Denmark di Kharkiv (11:55 malam) Germany v Portugal di Lviv (02:45 pagi)
Rabu, 13 Jun 2012Denmark vs Portugal di Lviv (11:55 malam) Netherlands vs Germany di Kharkiv (02:45 pagi)
Ahad, 17 Jun 2012Denmark vs Germany di Lviv (02:45 pagi) Portugal vs Netherlands di Kharkiv (02:45 pagi)

Kumpulan C
Ahad, 10 Jun 2012Spain vs Italy di Gdansk (11:55 malam) Ireland vs Croatia di Poznan (02:45 pagi)
Thamis, 14 Jun 2012Spain v Ireland di Gdansk (02:45 pagi) Italy v Croatia di Poznan (11:55 malam)
Isnin, 18 Jun 2012Croatia vs Spain di Gdansk (02:45 pagi) Italy vs Ireland di Poznan (02:45 pagi)

Kumpulan D
Isnin, 11 Jun 2012Ukraine vs Sweden di Kiev (02:45 pagi) France vs England di Donetsk (11:55 malam)
Jumaat, 15 Jun 2012Ukraine vs France di Donetsk (02:45 pagi) Sweden vs England di Kiev (11:55 malam)
Selasa, 19 Jun 2012Sweden vs France di Kiev (02:45 pagi) England vs Ukraine di Donetsk (02:45 pagi)

Jadual Suku Akhir EURO 2012 | Quarter-finals EURO 2012
Khamis, 21 Jun 20121 – Winner Group A vs Runner-up Group B di Warsaw (02:45 pagi)
Jumaat, 22 Jun 20122 – Winner Group B vs Runner-up Group A di Gdansk (02:45 pagi)
Sabtu, 23 Jun 20123 – Winner Group C vs Runner-up Group D di Donetsk (02:45 pagi)
Ahad, 24 Jun 20124 – Winner Group D vs Runner-up Group C di Kiev (02:45 pagi)
Jadual Separuh AKhir EURO 2012 | Semi-finals EURO 2012
Rabu, 27 Jun 2012Winner quarter-final 1 vs Winner quarter-final 3 di Donetsk (02:45 pagi)
Khamis, 28 Jun 2012Winner quarter-final 2 vs Winner quarter-final 4 di Warsaw (02:45 pagi)
Jadual Akhir EURO 2012 | Final EURO 2012
Ahad, 1 Julai 2012 (02:45 pagi)

AH HA.....AKHIRNYA sekali lagi kaum lelaki terutamanya akan dilanda virus DEMAM....DEMAM BOLA buat kesekian kalinya. Jumaat ini akan bermula sepak mula yang pertama antara tuan rumah bersama, Poland bertemu Greece.

Baik EURO mahupun PIALA DUNIA pasukan England kerap kali menjadi pasukan tumpuan. Ini termasuklah di negara kita sendiri yang turut menghimpunkan sejumlah besar penyokong fanatik negara itu (walhal warganegara Malaysia)..hehehe.. Begitu juga Euro kali ini, England terus menjadi subjek utama media. Perlantikan jurulatih baru, isu perkauman, isu Rio Ferdinand, kecederaan pemain-pemain tonggak menjadikan England terus relevan di pena media hingga ke saat ini. Persoalannya, mampukah kejuaraan diraih kali ini?

Namun bagi aku, England bukanlah pasukan pilihan aku kali ini. Terdapat banyak pasukan yang begitu meningkat dan konsisten. Apapun Belanda menjadi pilihan aku kali ini selain Sepanyol. 

Apa pilihan anda????

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Sabtu, 31 Mac 2012

[GR SUKAN] PIALA AXIATA : MALAYSIA LEAPORD IKUT JEJAK TIGER

SEPARUH AKHIR yang tidak mendatangkan sebarang keceriaan buat kem Malaysia. Langkah longlai ditunjukkan kedua-dua pasukan negara. Walaupun hadiah yang ditawarkan amat lumayan namun tiada sebarang inspirasi kepada pemain bagi memenangi separuh akhir pertama.

Selepas skuad abang, Tiger dikalahkan Indonesia Garuda 2-1, pasukan adik menyusuli abang apabila  tewas 3-0 kepada Rajawali.Kemungkinan akhir nanti adalah pertemuan sesama Indonesia, kita hanya mampu melopong memerhatikan sahaja walaupun kita merupakan tuan rumah bersama.

Disebalik berita kekalahan tersebut, Indonesia membuktikan mereka mempunyai barisan pelapis yang mampu dan telah membuktikan keperkasaan mereka dengan mengalahkan Malaysia Tiger (pemain elit negara). Kekalahan yang seharusnya menerbitkan rasa malu dikalangan pemain elit terutama pemain yang digalaskan sebagai harapan emas Olimpik negara.

Sebaliknya skuad muda kita masih terkial-lial mencari rentak. Kita gagal mencabar skuad elit Indonesia bahkan tewas mudah kepada skuad muda Indonesia. Melihat permainan sebenarnya skuad Rajawali lebih bersedia dan bersemangat mencari kemenangan untuk ke perlawanan akhir berbanding Leapord yang longlai tanpa semangat terpapar di wajah mereka.

Kekalahan kepada Garuda mungkin dimaafkan kerana jurang yang jauh (namun kemenangan bukan mustahil seperti ditunjukkan Rajawali ke atas Tiger) namun kekalahan mudah kepada Rajawali menunjukkan kelemahan ketara kepada pemain kita wwalaupun nama pemain pemain ini sering dilaungkan sebagai pelapis terbaik negara. Nampaknya mereka gah pada nama ketika ini namun masih belum bersedia di atas gelanggang realiti. Seharusnya semua kemenangan yang pernah digapai seperti Juara Remaja Dunia sebelum ini harus dilupakan. Pentas kini merupakan pentas yang berbeza yang memerlukan semangat serta kawalan permainan yang lebih tinggi. Jangan terus dibuai kemenangan lalu. Tingkatkan usaha dan pamerkan semangat juang seperti mana Rajawali beraksi kini!!

Megat Terawis

Isnin, 26 Mac 2012

[GR SUKAN] PIALA AXIATA: DUA HARIMAU KE SEPARUH AKHIR

PIALA AXIATA , kejohanan badminton yang menawarkan hadiah termahal di rantau ini membuka gelanggangnya Jumaat yang lalu. Walaupun pasukan negara dibelenggu dengan masalah kecederaan Lee Chong Wei, namun ianya tidak mematahkan semangat apabila kedua-dua pasukan, senior (Malaysia Tiger) dan pelapis (Malaysia Leapord)  mencatatkan kemenangan dalam dua pertemuan dari 3 pertemuan dalam kumpulan. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain muda negara (Malaysia Leapord) yang walaupun beraksi di bumi Indonesia, namun tetap mempamerkan semangat juang tinggi bagi membuktikan kemampuan menggalas tanggungjawab negara selepas ini.

Kita lupakan seketika kemenangan tersebut. Jika kita saksikan perlawanan di kedua-dua venue, Kuala Lumpur dan Indonesia pasti kita dapat saksikan perbezaan. Perbezaan apa yang dimaksudkan? Perbezaan sokongan penonton. Yea, memang jauh berbeza. Apabila skuad Indonesia bertanding tidak kira peringkat awal atau akhir, stadium tersebut akan dibanjiri penyokong-penyokong tegar negara berkenaan memberikan sokongan jitu terhadap pasukan mereka.Malaysia? Sebaliknya berlaku apabila tidak sampai suku stadium dipenuhi penonton walaupun membabitkan perlawanan pasukan kita. Semangat yang tidak sama seperti di bumi seberang. Kita cuma dapat saksikan kepadatan stadium andai kita sudah melangkah ke separuh atau akhir nanti. Tak percaya..kita saksikan nanti k.

Mungkin sudah sampai ketikanya penganjur mengubah venue yang sering menjadikan ibu negara sebagai gelanggang ke negeri-negeri lain yang mempunyai penyokong yang mampu memenuhkan gelanggang memberikan semangat kepada pemain. Ingat..penyokong merupakan antara nadi semangat pemain. Mungkin penduduk ibu kota sering disajikan dengan pertandingan-pertandingan antarabangsa saban waktu menyebabkan keinginan menyaksikan perlawanan tersebut telah luntur. Juga mungkin terdapat banayk rancangan-rancangan lain yang bertembung tarikh dilangsungkan di ibu kota yang turut menarik mereka. Justeru, kita ubah sekali sekala keluar dari Kuala Lumpur ke negeri lain.13 negeri sedia menjadi tuan rumah andai diberi peluang!

Kembali ke gelanggang perlawanan. Hari ketiga kejohanan iaitu hari terakhir sebelum disambung perlawanan separuh akhir minggu berikutnya. Hari ini merupakan hari yang amat malang buat badminton Malaysia. Hari yang amat malang buat peminat badminton Malaysia. Hari yang amat malang dan merugikan buat mereka yang hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara. Kita semestinya sudah menduga akan kekalahan skuad Malaysia Leapord kepada Indonesia Garuda (skuad senior) kecuali berlaku kejutan yang dilakukan pemain kerana perkara itu tidak mustahil. Ramai yang berkira-kira pasukan Malaysia Leapord dan Tiger akan bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir. begitu juga dengan Indonesia Rajawali (skuad pelapis) dan Garuda.

Seperti jangkaan Malaysia Leapord tewas 3-0. Ianya tidak mengejutkan kerana sememangnya telah diduga. Namun amat mengejutkan ialah apabila Malaysia Tiger tewas 2-1 kepada Indonesia Rajawali. Tewas pula di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong sendiri. Situasi yang amat memalukan pasukan kebangsaan terutama dalam misi Emas Olimpik seperti yang sering diwarwarkan. Baik Hafiz Hashim selaku perseorang pertama mahupun beregu emas Tan-Koo keduaduanya mempamerkan pemainan yang memualkan. Bayangkan beregu yang menduduki 10 dunia, beregu yang digalaskan harapan emas Olimpik tewas kepada beregu muda yang baru ingin mencipta nama. Seperti ada yang tidak kena dalam perlawanan malam ini. Sesuatu harus dilakukan andai kejayaan ingin digapai terutama dalam Piala Thomas dan Sukan Olimpik.


**Megat Terawis

Sabtu, 3 Mac 2012

[GR SUKAN] KEPUTUSAN PENUH HARIMAU MUDA vs TANJONG PAGAR UNITED FC

KEPUTUSAN MUKTAMAD PERLAWANAN
LIGA SINGAPURA (S LEAGUE)
HARIMAU MUDA 3 : 0 TANJONG PAGAR
                              Syahrul azwari (15')
                              Gary Robert (45')
                              Thamil Arasu (90') Pen.

TAHNIAH!!! Harimau Malaya terus mengaum di Kota Singa. Kali ini pasukan Tanjong Pagar United FC pula diruntuhkan pagarnya dengan mudah diratah bagi kemenangan kedua dalam dua perlawanan awal.Ianaya meneruskan rentak 100% kemenangan.

Kemenangan ini juga meletakkan skuad Ong Kim Swee ini di kedudukan kedua liga dengan 6 mata  mengekori rapat pendahulu Albiirex Niigata FC yang telah mengumpulkan 9 mata maksima namun bermain lebih satu permainan berbanding Harimau Muda.

Semoga terus suksus dan mengaum dengan lebih garang lagi!!
Megat Terawis

Rabu, 29 Februari 2012

[GR SUKAN] KEPUTUSAN TERKINI PERSAHABATAN MALAYSIA vs FILIPINA

 KEPUTUSAN MUKTAMAD

FILIPINA 1: 1 MALAYSIA

KEPUTUSAN perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya malam ini berakhir dengan keputusan kurang menggembirakan apabila sekadar mencatat keputusan seri di Filipina. Perlawanan ini agak penting bagi mata kedudukan raking bolasepak negara yang kini berkedudukan 150 dunia

Dalam perlawana tersebut, kedua-dua pasukan menyajikan corak menyerang apatah lagi apabila skuad negara ketinggalan 1 gol. Jaringan berpunca hasil tandukan pemain berjersi 20 terus ke gawang gol. Ianya bermula dari balingan ke dalam dari sisi padang. Balingan yang dilakukan terus ke dalam kotak penalti tepat ke kepala pemain Filipina menanduk bola masuk.

Malaysia mula mengasak namun terus buntu jaringan dengan serangan-serangan yang mudah dipatahkan lawan dan tersasar selain ketangkasan penjaga gol lawan menafikan gol pasukan kita. Keadaan permukaan padang yang teruk juga menyukarkan lagi pergerkan pemain-pemain kita. Tambahan skuad Filipina juga terus mempamerkan aksi menyerang dengan banyak menguasai perlawanan dan membuat serangan balas ke arah gol pasukan kebangsaan.

Hanya pada minit ke 90 dan berbaki 3 minit masa tambahan barulah kita berjaya membolosi gawang lawan hasil kuisan Safee Sali di depan gawang lawan terus kepada Ahmad Shakir yang menolak masuk bola menewaskan penjaga gol Filipina untuk kedua-dua pasukan seri 1-1


Megat Terawis

Selasa, 22 November 2011

[GR SUKAN] HARIMAU MALAYA SELAMANYA DI HATI !!!


TAHNIAH...TAHNIAH...& TAHNIAH buat anak-anak buah Ong Kim Swee yg berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA yg dimenangi 2 tahun lalu setelah berjaya mematahkan terus kedua-dua sayap garuda yg ego semalam. Tambah manis kejayaan tersebut dilakarkan di Gelanggang lawan dengan penyokong fanatik mereka yang biadap, dengan Barracuda menjadi pengangkutan rasmi, diundi dalam kumpulan yang dikatakan maut, layanan tidak mesra dari tuan rumah (penganjur) semuanya itu menjadi pengalaman yang amat bermakna kerana emas yang akhirnya berjaya dituai

Biarpun kita dikejutkan seketika dengan jaringan awal Indonesia, ianya sebenarnya tidak langsung melemahkan semangat juang anak-anak muda ini dan berjaya meraih jaringan penyamaan. Jika tidak dek kerana ketumpulan barisan serangan (harap2 jgn la Fakri dipilih lagi mewakili skuad ini selagi tidak menunjukkan peningkatan) kemungkinan kita sudah selesa mendahului

Namun kesudahannya....
HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM DI BUMI ASIA TENGGARA!!!



Sambil2 kita meraikan kemenangan yg dicipta dlm kempen bolasepak Sukan Sea semalamkita layan lagu ini yg ada kena mngena dgn bola kita....ala2 lagu tema piala dunia :)

***Megat Terawis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...