Terbaik Sepanjang Minggu
-
1. Lipan Galapagos Scolopendra galapagoensis (lipan raksasa Galapagos) yang terbesar bersaiz 30-40 cm panjang 44-46 cm. Kawasan...
-
Pendekar Laut Episod : 001-020 Episod 1 : http://adf.ly/AN8e1 Episod 2 : http://adf.ly/AN8e2 Episod 3 : http://adf.ly/AN8e3 Episod 4 :...
-
Rupa-rupanya watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan oran...
-
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera, Pernahkah anda dengar kisah seorang yang ingin bertaubat setelah membunuh 100 nyawa?...
-
Syarikat kami penerbit buku cerita kanak-kanak untuk tadika / taska dan juga sekolah rendah dan menengah kami memerlukan pelukis cerita ka...
-
MINYAK wangi di atas kelihatan biasa sahaja. Dihiasi watak animasi yang sinonim dengan warga Jepun, maka ianya kelihatan menfokuskan...
-
PLOT MOVIE Local comedy by Mohd Razif Rashid, “Aji Noh Motor”, tells the tale of an older brother named Aji who is willing do to any...
-
Sesekali bersantai dengan melakukan aktiviti sukan menyeronokkan juga. Memanah menjadi pilihan kali ni memandangkan baru je dibuka di K...
-
DARI ALAM ANGKER DONGENG GEMAN DOWNLOAD : MEDIAFIRE Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook...
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Jumaat, 30 September 2011
INFO:10 TANDA HAMIL
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!.....>>>KLIK SINI UNTUK SETERUSNYA
Selasa, 13 September 2011
(SIM)-RAHSIA DI DALAM AIS
Jangan ingat minum ais tidak elok untuk kesihatan. ia juga ada kebaikan disebalik keburukan
Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Rabu, 9 Februari 2011
MITOS BISUL
Bisul pada peringkat serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi.
Elak makan lauk, telur lambatkan proses surut
BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.
Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

“Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites - sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi," katanya.
Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.
Sekiranya jangkitan berlaku sehingga terbentuk bisul, rawatan pilihan ialah pembedahan. Begitupun, sebelum pembedahan dijalankan, antibiotik akan diberi selain ujian darah bagi mengenal pasti masalah lain.
Bagi kanak-kanak yang lebih gemar berdiam diri dan tidak tahu di mana lokasi jangkitan sebenar, imbasan MRI dan CT akan dijalankan.
Bisul disebabkan amino yang terjejas pula mampu merebak melalui darah. Di sini darah berfungsi sebagai lebuh raya dan menyebarkan bakteria ke seluruh tubuh. Oleh itu, remaja yang tidak menjaga kebersihan diri pasti akan terkena jangkitan ini.
Bagaimanapun, punca paling lazim adalah sifat kulit itu sendiri yang mudah terdedah kepada anasir yang tidak baik. Kulit bukan saja organ tubuh paling besar, malah berfungsi sebagai mekanisme pertahanan diri yang penting.
Setiap inci kulit diseimbangkan dengan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Bakteria baik tidak akan membawa sebarang masalah tetapi sebaik saja tubuh kekurangan imuniti atau ketahanan diri, kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan jangkitan. Tidak dinafikan kebersihan diri cukup penting tetapi perlu diingat terlalu bersih juga tidak baik kerana kita akan membunuh kedua-dua bakteria ini.
Jangkitan bisul bermula apabila bakteria dan parasit merebak pada kulit.
Jelas Dr Yong lagi, bisul yang biasa dan tidak serius boleh dirawat menggunakan antibiotik dan pembedahan. Tapi bagi bisul disebabkan amino yang terjejas, boleh merebak dengan cepat pada tisu dalam tubuh menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman. Dalam apa juga keadaan, pencegahan adalah perkara terbaik termasuk penjagaan kebersihan diri yang rapi dan imuniti diri lebih tinggi.
“Sekiranya simptom awal seperti merah, bengkak, sakit dan demam berlaku, terus berjumpa doktor bagi mengelak jangkitan merebak lebih ke dalam kulit. Di rumah, sebagai langkah awal ibu bapa boleh mencuci luka dengan menggunakan air panas, antiseptik dan iodin. Namun jika ia semakin membengkak, pesakit akan mula berasa tidak sihat, demam, luka menjadi kemerahan dan mula merebak, cepatlah berjumpa doktor,” katanya.
Dari segi pemakanan, mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.
“Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan. Ironinya untuk sembuh, kita memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu. Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
-
▼
2016
(3)
- ► Julai 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(3)
- ► Disember 2015 (1)
- ► November 2015 (1)
- ► Januari 2015 (1)
-
►
2014
(62)
- ► November 2014 (3)
- ► Oktober 2014 (1)
- ► Julai 2014 (7)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (2)
- ► Januari 2014 (11)
-
►
2013
(253)
- ► Disember 2013 (8)
- ► November 2013 (12)
- ► Oktober 2013 (18)
- ► September 2013 (6)
- ► Julai 2013 (17)
- ► April 2013 (26)
- ► Februari 2013 (31)
- ► Januari 2013 (51)
-
►
2012
(307)
- ► Disember 2012 (31)
- ► November 2012 (12)
- ► Oktober 2012 (28)
- ► September 2012 (26)
- ► Julai 2012 (26)
- ► April 2012 (10)
- ► Februari 2012 (26)
- ► Januari 2012 (46)
-
►
2011
(373)
- ► Disember 2011 (38)
- ► November 2011 (54)
- ► Oktober 2011 (16)
- ► September 2011 (38)
- ► Julai 2011 (42)
- ► April 2011 (30)
- ► Februari 2011 (23)
- ► Januari 2011 (11)
-
►
2010
(14)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (4)
- ► September 2010 (5)
