Terbaik Sepanjang Minggu

Memaparkan catatan dengan label GR RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GR RESEPI. Papar semua catatan

Ahad, 19 Mei 2013

[GR RESEPI] JOM BUAT COKLAT OREO DENGAN EDIBLE IMAGE

Bahan-bahan:
  1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan
  2. Biskut Oreo
  3. Acuan coklat Oreo (dalam gambar guna acuan Cupcake)
  4. Edible image (boleh didapati dikedai menjual peralatan membuat kek)


Cara-cara:



  • Jika Edible image dalam bentuk transparent sheet, potong menjadi bulatan yang boleh dimuatkan ke dalam acuan.
  • Masukkan Edible Image ke dalam acuan dan tuangkan sedikit coklat kedalamnya. Pastikan dilangkah ini, tangan kita tidak panas kerana ianya akan merosakkan Edible Image. Selepas dituangkan sedikit coklat, sejukkannya sebentar didalam peti sejuk supaya Edible Image tersebut melekat bersama coklat.
  • Masukkan biskut Oreo.
  • Tuangkan coklat sehingga memenuhi acuan dan sejukkan sehingga keras


  • Cara lain:
    1. Siapkan coklat Oreo tanpa letak Edible Image seperti langkah (1) diatas.
    2. Selepas coklat Oreo siap dikeraskan, sapu sedikit coklat cair dibawah permukaan Edible Image. Kemudian, lekatkannya pada coklat Oreo yang telah siap.
    3. Sejukkan sebentar cantuman tadi didalam peti sejuk sehingga coklat cair tadi menjadi keras dan Edible Image sudah terlekat pada coklat Oreo.
    4. Sedia untuk dihidangkan
    Untuk lebih resepi dan tips berkaiatan penghasilan coklat lawati Blog Guru Coklat >> KLIK SINI

    ................................................................................................

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Rabu, 15 Mei 2013

    [GR RESEPI] IKAN BAUNG MASAK LEMAK TEMPOYAK

     Resepi Pilihan

    Ikan Baung Masak Lemak Tempoyak

    BAHAN-BAHAN

    • 1 ekor ikan baung
    • 6 mm kunyit
    • 3 ulas bawang merah
    • 2 tangkai cili merah
    • 4 biji cili hijau
    • 1 batang serai (dititik)
    • 1 helai daun kunyit
    • 1/2 biji santan kelapa
    • 1 keping asam gelugur
    • 2 sudu tempoyak
    • 1 tangkai cili merah } untuk hiasan
    • Garam secukup rasa





    CARA MEMBUATNYA:

    1. Bersihkan ikan dan ketepikan.

    2. Tumbuk kunyit kering, bawang dan cili merah hingga lumat.

    3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi dengan santan, serai, daun kunyit dan asam gelugur di dalam periuk.

    4. Kemudian, masak sehingga mendidih, kacau sekali-sekala.

    5. Masukkan tempoyak dan biarkan sehingga mendidih lagi, masukkan telur ikan yang dipotong dua bersama cili hijau.

    6. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum angkat.

    7. Sedia dihidangkan.




    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Ahad, 30 Disember 2012

    [GR RESEPI] SUP SIRIP IKAN YU



    SUP SIRIP IKAN YU...wahhh,antara makanan kesukaan MT. mula mula makan dulu time 'dinner' tema cina ni, rasa loya pun ada,macam tak masuk & lepas je tekak nak telannya. Tapi tu mula-mula je la, lepas tu dua tiga kali tmbah la..hehehe

    Nak taw camne nak wat sup ni?Jom..sapa yg wat sedap tu,hulur-hulur la sikit:P

    bahan-bahan untuk membuat Sup Sirip Ikan Yu:

    2 Sudu besar Minyak Bijan
    4 biji Cendawan Cina dihiris
    9 sukatan cawan stok ayam
    4 Aun sirip tiruan buatan agar-agar
    8 aun isi dada ayam- dihiris
    8 aun isi ketam
    1 biji telur-putih shj
    11/2 sudu besar kicap soya
    1 sudu kecil perasa ikan
    11/2 sudu tepung jagung (dicampur dengan stok ayam)


    Cara memasak Sup Sirip Ikan Yu


    • Masukkan stok ayam kedalam sup bersama air sebelum mendidih .
    • Kemudian masukkan pula campuran tepung jagung hingga pekat.
    • Selepas itu masukkan cendawan cina dan isi dada ayam serta isi ketam kedalam periuk.
    • Selesai diaduk masukkan minyak bijan dan perasa ikan kedalam masakan.
    • kacau putih telur terlebih dahulu sehingga halus sebelum mencampurkan kedalam bahan lain.
    • Masukkan pula sirip tiruan.
    • Akhir sekali tambahkan kicap soya dan kacau hingga sesuai rasanya
    • Hidangkan Sup Sirip Ikan yu bersama teh cina...


    Terima Kasih Pada Sumber2 Tertentu..
    Selamat Mencuba


    kredit~ syok.org
    ...................................................................................................

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Rabu, 5 Disember 2012

    [GR RESEPI] NAK RESEPI DURIAN CREPE?


    WALAUPUN pada hakikatnya kini aku tidak suka makan raja segala buah, BUAH DURIAN, tapi memandangkan Durian Crepe telah menjadi makanan popular akhir-akhir ini yang mampu dijadikan produk jualan, rajin juga jejari aku search resepi untuk membuat Durian Crepe.

    Usaha itu tidak sia-sia kerna aku berjaya temui di TRIGGY.COM. Aku pon curi la sikit post dia tuk kongsi dengan korang semua


    Cara Membuat Durian Crepe

    Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe
    1. Isi Durian (Buang Biji)
    2. 50g Tepung Gandum
    3. 1 Penutup Esen Vanilla..
    4. Pewarna ( Terpulang )
    5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
    6. 1 Biji Telur
    7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
    8. 160 ml Air
    9. 40 ml Susu Cair
    10. 2 Sudu Besar Gula Halus


     Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cari dalam adunan tadi.

      Kacau campuran tadi sehingga sebati

     Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran. Kacau campuran.

     Masukkan Esen Vanilla. Kacau Campuran.

     Masukkan air. Kacau campuran.

     Masukkan Butter cair. Kacau campuran.

     Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.

     Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.

     Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim

     Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe. Lipat dan Siap

    SELAMAT MENCUBA!! :)

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Selasa, 7 Ogos 2012

    [GR RESEPI] DONUT SPESIAL



    Bahan-bahan yang diperlukan
    1kg tepung gandum , 2biji telur,1 cawan margerin,
    1sudu teh serbuk penaik, 1paket kecil ibu , roti/jenama mauripan
    1cawan susu pekat manis , 1gelas air

    Cara-cara
    1.Campurkan serbuk penaik dng tepung gandum..
    2.kemudian ayakan sehingga sekata..
    3.Masukkan ibu roti kedalam cawan yang mengandungi air suam 1/3 penuh..
    4.kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga buih naik sehingga memenuhi
    cawan..
    5.kemudian masukkan sebatian ibu roti tadi kedalam campuran
    gandum+serbuk penaik yg telah di ayak td.
    6.Masukan 2biji telur,1 cawan margerin ..

    7.kemudian uli sehingga tepung tidak melekat dijari...
    8.tambahkan sedikit air demi sedikit...
    9.Biarkan tepung yg telah diuli dan tutup dng kain lembap selama 10minit..
    10.Uli sekali lagi dan buat bentuk donut ..

    11.biarkan Donut yg telah dibentuk selama 30-45minit sehingga mengembang..
    12.Donut sudah sedia untuk digoreng...
    13.Donut yang telah siap digoreng dibiarkan sehingga sejuk..
    14.kemudian taburkan gula custard ..Maklumat lanjut tentang resipi masakan Special dari ibu yang lain sila Klik Disini
    credit to syok.org forum


    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Selasa, 6 Mac 2012

    [GR ROHANI] KULIAH MAGHRIB PERDANA MASJID NEGERI PULAU PINANG


     TARIKH : 17 MAC 2012 (SABTU)
    MASA : LEPAS MAGHRIB
    TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA MASJID NEGERI
    PENCERAMAH : Y.BHG USTAZ AZHAR IDRUS

    MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADALAH DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI


    **Megat Terawis

    Rabu, 16 November 2011

    [GR RESIPI] LAUK ORG BUJANG

    tom yam telur

    telur 3 biji
    bawang 2 biji
    air 500ml
    garam
    kiub tomyam

    -hiris bawang
    -masuk minyak dlm kuali/periuk skit then tumis skit bawang sampai naik bau
    -letak air dlm kuali/periuk
    -tunggu mendidih air,masuk kiub tomyam n pecahkan telur kedlm kuali/periuk
    -masukkan garam secukup rasa
    -then siap untuk di hidang!


    telur goreng pelik tapi sedap

    slalu kita tgk orang makan telur goreng cicah sos atau letak skit kicap an...kali awi bagi resepi spesel skit...

    telur 2 biji
    sos cili somano(paling terbaek!:cool
    kicap tamin(ni pun terbaek!:cool

    -panaskan sedikit minyak dalam kuali
    -pecahkan 2 biji telur kedlm kuali
    -bila telur separuh masak,kacau telur tu supaya jadi hancur
    -pastu,tuang kicap bagi bagi rata dan pastikan x terlalu banyak kicap
    -pastu tuang sos(ni ikut korang,suka pedas letak banyak,x suka letak sikit)
    -then siap untuk di hidang


    nasi goreng cara awi

    bawang 1 biji
    cili padi 3 biji
    cili besar 1 biji
    belacan kiub kecik
    garam
    nasi putih sepinggan
    telur 1 biji

    -hiris bawang,cili padi dan cili besar
    -blend/tumbuk(lebih sedap) hirisan bawang,cili padi,cili besar belacan dan garam
    -panaskn sdikit minyak kedlm kuali
    -tumis bahan yg di blend/tumbuk hingga naik bau
    -masukkan nasi putih
    -gaul sehingga rata
    -kosongkn ruang tengah2 kuali
    -then letak sikit minyak kat ruang kosong tadi
    -bila minyak panas,pecahkan telur di ruang tadi
    -bila telur separuh mask,gaulkn hingga rata bersama nasi
    -sedia untuk di hidang!


    **kredit to syok.org
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...