Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 1 Jun 2011

MOVIE : SINBAD 2011 DVDSCRN MKV


MEDIAFIRE


Lau de pass : MediafireHBO.COM

Doa Untuk Dapat Suami Soleh

Bismillah,

Dulu masa saya bujang, saya takde pakwe. Bukan sbb saya tahan dugaan tapi sbb mmg tak berapa nak laku pun. Ye lah..orang lain putih serlah, muka comel tapi kita ni biasa2 saja. Tapi alhamdulillah jugakla ada mata hidung bagai kan... Kalau tak, maka lebih peninglah mak abah saya.

Pernah sekali tu mak saya kata, "Hang tu bukan tak cantik, cuba kalau boh mekap sikit :P". Walaupun mak bagi semangat tapi masa tu saya tak sampai le tahap terdesak sbb masih muda lagi. Plus, saya percaya jodoh saya akan datang juga satu hari yang sesuai.

Bila masuk matrik, saya jumpa macam-macam jenis laki. Sebelum dari tu saya bersekolah di sekolah perempuan semua dan memang senior dah warning tentang kejutan budaya yang bakal dialami bila keluar dari Taayah. Saya keluar menjadi seorang budak perempuan yang garang. Tak tau pasaipa tapi memang saya garang kecuali kepada dua tiga budak laki.

Asal nampak ada benda yang tak kena tentang budak laki, mesti saya sound direct dan yang paling kecoh adalah saya gaduh sampai hentak meja masa matrik tu. Ketua kelas kami pun telan air liur sebab taktau nak buat macam mana. Tapi nasib baik la jugak budak yang buat hal dengan saya tu jenis beralah. Hampeh je rasa masa tu.

Sampailah satu tahap di UKM, satu hari seorang ustaz bagi kami doa yang akan saya tulis di bawah. Masa tu ada forum anjuran BADAR di Kolej Tun Syed Nasir. Masya ALLAH, mulai saat tu, saya mula berangan2 nak dapat suami soleh.

Ada yang kata menghabiskan makanan terakhir dalam pinggan akan dapat suami soleh. Hahahaha...itu mmg amalan saya. Saya memang akan sambar makanan terakhir yang ada dalam pinggan bukan sbb nakkan suami soleh tapi tanak terlepas makanan tu :P. Bukan apa, orang last makan ni selalu kena basuh pinggan so itu kira latihan lah tu nak dapatkan suami yang baik kan?? Iaitu memperbaiki diri sendiri sebelum mendapat suami yang baik.

Setelah saya hafal doa itu, saya akan bacanya setiap kali lepas solat dan setiap kali saya teringat. Istimewanya doa ini, dihujungnya juga ada ayat Al-Quran yang digunakan oleh Nabi (masya ALLAH saya tak ingat namanya) yang susah nak dapat anak. So, ini menjawab kenapa saya tak berhenti beranak pulak la kan sbb salah satu dari doa tu makbul....Oh, agaknya berapa kali telah ALLAH makbulkan ya??

Alhamdulillah, barangkali berkat doa ini dan saya juga ada kirim kepada mak masa nak pergi haji biar dapat suami ustaz saya dapat suami saya sekarang. Malas lah nak describe lebih2 pasal suami saya kang ada plak yang tawar diri nak jadi bini no 2, sape yang pening :P ? Kalau saya tak pening, laki saya pulak yang pening sbb dia kata dia taknak kawin lain dah.... (kah kah kah)..

OKlah, orang sebenarnya nak baca doa je kan bukan nak baca apa yang saya merepeks tu. Saje je lah nak buat motivasi biar adik2 yang bujang2 tu optimis dengan ALLAH. Bahawasanya kita tak payah nak menggedik2 untuk memikat hati seorang lelaki tapi cukup dengan pertolongan ALLAH maka the Mr Right akan datang insya ALLAH.

Allahumma sakhkhirli zaujan solehan,
Muttaqan haliman a'liman faqihan jamilan
Wa yuhibbuni hubban jadidan wa uhibbuhu hubban jadidan a'miqan fillah,
Wa yakunu sahiban fiddun-ya wa fil jannah,
Allahumma la tazarni fardhan wa anta khairul waritsin


Mohon pertolongan kepada sesiapa yang boleh tuliskan ini dalam jawi tolong bg kat saya, nanti saya update


** Ini adalah petikan dari email Group SIM (Sahabat Interaktif Malaysia)

JAWATAN KOSONG: Pengurus Eksekutif Kanan Jualan & Pemasaran Program

 
 
FN EDUCATION GROUP (Fauzul Na'im Sdn. Bhd.) sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi yang berpusat di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kami menfokuskan bisnes kami mengendalikan dan menguruskan program-program latihan dalam bidang penulisan, protokol dan keusahawanan melalui anak-anak syarikat milik penuh kami. Program kendalian kami dibahagikan kepada dua jenis iaitu program latihan dalaman yang ditawarkan kepada agensi kerajaan dan swasta juga program-program latihan ditawarkan secara umum. Program latihan umum kami diadakan di pusat latihan kami di Wangsa Melawati. Sehingga sekarang sudah lebih daripada 3,000 peserta dan 300 organisasi yang mendapat manfaat daripada program anjuran kami di dalam dan luar negara.

Kami mencari calon bagi mengisi jawatan penting berikut:

PENGURUS/EKSEKUTIF KANAN JUALAN & PEMASARAN PROGRAM LATIHAN

Tanggung jawab dan peranan:

  • Mereview sasaran dan objektif strategi secara berkala, memantau dan meneliti perkembangan setiap perancangan.
  • Mengurus gerak kerja harian segala aspek operasi berkaitan bisnes perundingan dan latihan.
  • Menyelia perkhidmatan rundingan dan latihan, bertanggungjawab untuk peningkatan prestasi organisasi dan ahli pasukan.
  • Merancang, mengurus dan mentadbir urusan projek latihan dan perundingan mengikut masa ditetapkan bagi memastikan:
    • Para jurulatih bersedia sepenuhnya dan peralatan latihan bersedia untuk masa program.
    • Tempat program sudah sedia ditempah dan segala peralatan multimedia juga bersedia untuk hari program.
    • Pendaftaran program sudah dilakukan dengan sempurna.
  • Mengenalpasti kaedah untuk memperkasa dan menaiktaraf perkhidmatan perundingan dan latihan serta mencadangkan perancangan untuk implementasi.
  • Memantau bajet setiap unit dan mengurus dengan:
    • Meneliti setiap laporan kewangan ahli perjam mengikut mingguan.
    • Memastikan ketepatan proses invois dan memantau hutang.
    • Membuat pemantauan terhadap pelanggan bagi mengelak hutang lapuk.
  • Mengatur dan mengkoordinasi mesyuarat profesional dengan para jurulatih dan pakar terbabit bagi membangunkan program latihan baru di samping memperkasa program lama mengikut keperluan. Di samping itu membangunkan kerjasama dengan para pakar antarabangsa sebagai rakan kongsi strategik.
  • Mengemaskini pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah secara laporan bertulis.
  • Melaksanakan perancangan jualan dan pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan di kalangan korporat dan agensi kerajaan.
  • Mengurus hubungan dan jaringan dengan pelanggan sedia ada dan pelanggan menjadi prospek masa hadapan dengan:
    • Membuat rekod semua pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi.
    • Membina dan membangunkan hubungan baik dengan meningkatkan rasa puas hati pelanggan.
Kebolehan dan kemahiran:
  • Mempunyai berfikiran strategik dan berwawasan
  • Berkepemimpinan
  • Orientasi berkembang dan keuntungan
  • Menyelesaikan masalah
  • Berfikiran analitik
  • Bergerak untuk kepuasan pelanggan
  • Pengurusan projek
  • Orientasi bisnes
Perwatakan:
  • Berkomitmen
  • Mempunyai keupayaan untuk memotivasi dan menginspirasikan orang lain
  • Kualiti perkhidmatan berasaskan pelanggan
  • Kreatif dan analitikal

Jawatan ini terbuka kepada semua pemegang diploma dan ijazah dalam apa sahaja bidang yang bersesuaian dengan jawatan ditawarkan. Individu dengan pengalaman kerja dalam bidang latihan dan perundingan mempunyai kelebihan. Para graduan baru amat digalakkan memohon. Sebarang permohonan boleh dibuat kepada

FAUZUL NA'IM SDN. BHD.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4149 2560
Faks: 03 4149 3560

ataupun emel kepada group@fauzulnaim.com

Permohonan perlu sampai kepada kami sebelum ataupun pada 15 Jun 2011. Pihak kami menunggu Tuan/Puan yang berkualiti tinggi untuk menyertai pasukan kami

MOVIE : RANGO 2011 DVDSCR


MEDIAFIRE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...