Terbaik Sepanjang Minggu
-
WIRA TUNGGAL 'FINAL' 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 1...
-
Sempena Ramadhan 1433, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah mengatur program khusus bagi meraikan bulan barakah ini. Marilah bersa...
-
Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah...
-
MAHER ZAIN MELAYU? EH..BETUL KE NI? Insyaallah...Maher Zain Melayu tp bkn dia melayu cuma lagu popularnya InsyaAllah akn kuar dlm versi M...
-
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-Ra...
-
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak berse...
-
Mediafire Link : Jilid 1 : http://adf.ly/ZtJW Jilid 2 : http://adf.ly/ZtKT jilid 3 : http://adf.ly/ZtL9 jilid 4 : http://adf.ly/ZtL...
-
"Two teenage girls, Janie who is American and Lana who is Russian, fall in love after meeting at a t.A.T.u concert and are swept into...
-
TARIKH : 17 MAC 2012 (SABTU) MASA : LEPAS MAGHRIB TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA MASJID NEGERI PENCERAMAH : Y.BHG USTAZ AZHAR IDRUS MUSL...
-
Cara Mengenali Handphone Ori Atau Tak : Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S ...
Jumaat, 1 Julai 2011
ANDA SETUJU DGN PROMOSI INI??
Kain rentang di atas merupakan salah satu dari berpuluh kain rentang yang diletakkan di seluruh Pulau Pinang bg mempromosikan ITFair di Pulau Pinang. Tidak salah dan amat dialu2kan Pameran seperti ini di negeri ini. Namun yang agak menyedihkan ialah aktiviti sampingan bertujuan mempromosikan Pameran ini iaitu Peragaan Baju Renang seperti yg tertera di kain rentang berkenaan
Apa kaitan baju renang dengan pameran tersebut? Bukankah banyak lg acara promosi yg boleh dilakukan ? Fikir2kan lah....
PENANG TODAY!!! MALAYSIA IT FAIR 2011
JOM kita ramai2 pi...MALAYSIA IT FAIR 2011 di D'PLAZZA MALL, PENANG (sebelah PISA) pada 1JULAI hingga 3JULAI 2011
DAPATKAN PORTABLE HARD DISK 500GB DGN HARGA CUMA RM99 SAHAJA!!! Bagaimana caranya?
1) Anda cuma LIKE Malaysia IT Fair Facebook PAGE di www.facebook.com/MalaysiaITFair
2) Print out kupon
3) Tunjukkan kupon di Booth Seagate No MP29 Kaunter pd HAPPY HOUR utk mndptkan harga berkenaan
Be the first to buy Seagate Portable Hard Disk 500GB at RM99 only.
Terms & Conditions:
i) The coupon is redeemable at Malaysia IT Fair Penang from 1st till 3rd July only.
ii) The coupon must be presented for the purchase entitlement and is not exchangeable for cash.
iii) It is on first come first served basis.
iv) Limited to 1 unit per person per IC.
v) Limited units daily, only available during happy hour.
Organizer reserves the rights to change the Terms & Conditions without prior notice.

Selamat Tinggal stesen Tg Pagar, Sultan Johor antara 100 penumpang akhir
Oleh Latifah Kasmuri
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Tepat pukul 11 malam ini, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura — akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu.
Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini.
The Malaysian Insider juga difahamkan kereta api terakhir tersebut akan dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim.
“Penumpang terdiri daripada kakitangan KTMB sendiri dan orang awam,” kata Fazil ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, kereta api harian biasa — Ekspres Senandung Malam — akan beroperasi seperti biasa pada pukul 10 malam ini dengan dinaiki 540 penumpang.
Fazil berkata KTMB terpaksa mengehadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.
Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.
“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.
“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir 80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.
Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.
Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.
Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.
“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.
“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.
Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.
“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.
Fazil berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.
“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.
Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.
“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.

Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.
Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932.
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
-
▼
2016
(3)
- ► Julai 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(3)
- ► Disember 2015 (1)
- ► November 2015 (1)
- ► Januari 2015 (1)
-
►
2014
(62)
- ► November 2014 (3)
- ► Oktober 2014 (1)
- ► Julai 2014 (7)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (2)
- ► Januari 2014 (11)
-
►
2013
(253)
- ► Disember 2013 (8)
- ► November 2013 (12)
- ► Oktober 2013 (18)
- ► September 2013 (6)
- ► Julai 2013 (17)
- ► April 2013 (26)
- ► Februari 2013 (31)
- ► Januari 2013 (51)
-
►
2012
(307)
- ► Disember 2012 (31)
- ► November 2012 (12)
- ► Oktober 2012 (28)
- ► September 2012 (26)
- ► Julai 2012 (26)
- ► April 2012 (10)
- ► Februari 2012 (26)
- ► Januari 2012 (46)
-
►
2011
(373)
- ► Disember 2011 (38)
- ► November 2011 (54)
- ► Oktober 2011 (16)
- ► September 2011 (38)
- ► Julai 2011 (42)
- ► April 2011 (30)
- ► Februari 2011 (23)
- ► Januari 2011 (11)
-
►
2010
(14)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (4)
- ► September 2010 (5)