Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 5 Julai 2012

[GR INFO] NAK SAKSIKAN USTAZ AZHAR IDRUS LIVE?

 ........................................................................................

SEKALI lagi MT berbesar hati untuk mengingatkan anda semua akan kehadiran beliau di Astro Oasis. Rancangan yang telah pun bermula sejak 3 JULAI yang lalu setiap Selasa Rabu & Khamis malam.
Jadi, malam ini sediakan ruang waktu (7.30 mlm rasanya agak tak sesuai waktunya) tapi mungkin jam 11.00 malam  untuk bersama Ustaz Azhar Idrus!!

........................................................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR HOT] UNCLE SEEKERS DULU MEMBURU KINI DIBURU???

Tulisan di blog Uncle Seekers didakwa aib Sultan Johor


Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya
yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.

- Bernama
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

  
SIRI PENDEDAHAN maha berani blog uncleseekers menjadikan blog tersebut tidak putus-putus dikunjungi trafik.Jika anda juga seperti MT nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang dikatakan beliau dalam blognya, dan membaca siri pendedahan ekslusif tersebut, sila >>KLIK SINI<<

Apapun tahniah buat blogger tersebut. Eh tahniah ke? Bukan menghina Raja ke tu? Bukan hina insitutsi yang diagung-agungkan di negara Malaysia ni ke? Hahahahaha
Apa salahnya, jika Insititusi yang kita harapkan menjaga kedaulatan agama rasmi, Islam sendiri tidak dapat menjaga Islam pada dirinya, adakah salah kita mendedahkan sekelumit? Sekurang-kurangnya dapat menjadi iktibar bahawa inilah corak hidup sebanar mereka. 

Raja baik kita sokong raja tak baik kita sanggah!!
Takkan berpisah Raja & Rakyat 
Tiada Berpisah jua nyawa dan jasad 
Hanya kepada Maha Raja Allah kembalinya hayat 
........................................................................................
Ternanti-nanti juga kenyataan Istana Johor dalam isu ini. Apatah lagi gambar dan dokumen pun dah terpamer nyata, bagaimana nak mereka nafikan? Sama-sama kita tunggu.....

Kalau tak salah berita tadi ada melaporkan Uncle Seeker telah ditahan dibawah OSA. Apa tindakan lanjut? Entah la...kita saksikan juga drama terbaru ini... :P 
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] BERBLOG?? 101 Tip Untuk Blog


  1. Kalau belum ada, mulakan blog anda hari ini juga.
  2. Tulis sebarang subjek yang paling anda suka.
  3. Kalau anda serius dengan blog, beli domain sendiri.
  4. Tentukan nama domain sama dengan nama blog anda.
  5. Gunakan nama yang ringkas supaya mudah diingat.
  6. Guna Blogger Blogspot atau Wordpress Blog
  7. Gunakan banyak plugins
  8. Urus blog anda cara berterusan.
  9. Tulis 5 pos dalam satu minggu.
  10. Ulangbaca setiap pos.
  11. Berinteraksi dengan lain-lain blogger.
  12. Tulis komen yang bermakna dalam blog orang.
  13. Atau tulis sesuatu yang lucu sebagai komen.
  14. Jadi orang pertama yang menulis komen.
  15. Selalu backup blog anda
  16. Elakkan guna kalender pada sidebar.
  17. Pilih niche yang sesuai tidak kecil dan tidak besar.
  18. Ambil bahagian dalam mana-mana forum.
  19. Tulis link anda dalam notakaki forum.
  20. Guna blog karnival.
  21. Pos yang bermutu adalah raja segalanya.
  22. Kemaskini template blog anda.
  23. Gunakan trackback.
  24. Permukaan yang sederhan mudah digunakan.
  25. Jangan tinggalkan sosial bookmark.
  26. Sertai banyak jaringan/network blog lain.
  27. Tulis senarai 10 teratas.
  28. Gunakan tags.
  29. Gunakan khidmat Pings.
  30. Tulis banyak artikel dengan tajuk "Bagaimanakah caranya…"
  31. Tentukan pos anda boleh di scan.
  32. Senaraikan blog anda dalam banyak blog directories.
  33. Tanyakan soalan berguna kepada pengunjung anda.
  34. Gunakan Feedburner.
  35. Selalu guna 'sense of humor'.
  36. Jadi pemblog yang murah hati dan sedia membantu.
  37. Sediakan pos-pos simpanan untuk masa mendesak kemudian nanti.
  38. Galakkan pengunjung blog anda untuk 'digg' pos anda.
  39. Letak ikon RSS subscription pada setiap muka blog anda.
  40. Sediakan kemudahan 'siri' bagi setiap pos.
  41. Jawab setiap komen yang ada.
  42. Kembalikan pautan yang dibuat kepada blog anda.
  43. Gunakan font yang mudah dibaca.
  44. Dapatkan banyak pautan masuk dari .edu dan .gov.
  45. Pecahkan pos-pos yang panjang kepada bahagian-bahagian.
  46. Ujikaji dengan pelbagai sumber yang boleh menghasilkan wang.
  47. Gunakan kemudahan 'Google Analytics'.
  48. Kaji perangkaan dalam Google Analytics.
  49. Guna email untuk berwawancara.
  50. Jadi diri anda sendiri.
  51. Elakkan pos-pos yang sama isinya.
  52. Guna RSS Reader.
  53. Baca sebanyak mungkin blog-blog lain.
  54. Tumpu pada isi kandungan yang bermutu.
  55. Sdiakan page "penerangan mengenai sesuatu".
  56. Jika perlu sertkan gambar anda dalam blog.
  57. Buati sendiri muka untuk "mengiklan di sini"
  58. Gunakan meta tags sewajarnya.
  59. Pelajari asas SEO.
  60. Gunakan gambar-gambar pada tempatnya.
  61. Hasilkan sesuatu yang bernilai untuk pengunjung.
  62. Tempatkan iklan ditempat yang wajar.
  63. Banyak bersabar.
  64. Kalau boleh gunakan khidmat co-blogger pembantu.
  65. Tulis artikel sendiri dan submit pada directories.
  66. Kongsi dengan orang lain kejayaan anda.
  67. Kongsi juga pengalaman dalam banyak masalah kegagalan.
  68. Banyakkan membaca Problogger.net.
  69. Jangan lambakkan ikon dala sidebar anda.
  70. Jangan adakan blogroll yang panjang berjela.
  71. Buat eksperimen dengan Google Adsense.
  72. Buat eksperimen dengan 'Text Link Ads'.
  73. Selalu buat pautan pada blog lain.
  74. Sediakan kemudahan untuk dihubungi oleh pengunjung blog anda.
  75. Gunakan tajuk secara berkesan.
  76. Buat tawaran pendaftaran melalui email.
  77. Selalau jawab soalan pengunjung yang dikemukakan.
  78. Selalu jawab komen-komen dengan kadar segera.
  79. Gunakan Technorati.
  80. Buka kemudahan mendaftar dalam komen.
  81. Rekomen tool yang berguna dan cara mendapatkannya.
  82. Menulislah dengan sentuhan pribadi anda sendiri.
  83. Biar sampai sampai jadi pakar dalam sesuatu niche.
  84. Jangan jawab pos yang hanya menyertakan pautan sahaja.
  85. Selalu beri pendapat yang berguna.
  86. Gunakan corak warna yang simple.
  87. Sertai lain-lain projek blogging.
  88. Usha berkenalan dan bertukar pendapat dengan blogger lain..
  89. Senaraikan artikel anda yang terbaik.
  90. Gunkan kemudahan audio dalam blog.
  91. Selaraskan kategori blog anda.
  92. Berhubung secara terus dengan pengunjung blog anda.
  93. Uruskan struktur URL anda secara berkesan.
  94. Letak pautan pada notakaki blog anda.
  95. Nyatakan punca sesuatu rujukan dari mana dipetik.
  96. Uruskan semakan bulanan.
  97. Tambah podcast.
  98. Sediakan senarai 101 satu tips.
 http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR TIPS] BAGAIMANA UNTUK MENGHILANGKAN BUNCIT? :P


 BUNCIT merupakan perkataan yang amat sinonim dengan kita biar lelaki mahupun perempuan. Namun bukan disebabkan kacang buncis kita menjadi buncit walaupun hampir sebutannya. :P

Tapi hakikatnya itu adalah masalah yang lumrah dialami kita semua terutama selepas melangkah ke alam perkahwinan. 

Sini ada beberapa tips untuk dikongsi bersama-sama:

 ........................................................................................................................
Tapi buat wanita yang buncitnya kerna perbuatan orang, xdapatlah den nak menolongnya...hehehe

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...