Terbaik Sepanjang Minggu

Sabtu, 8 Disember 2012

[GR INFO] NAK POHON RUMAH SKIM PR1MA SECARA ONLINE?


MELALUI JELAJAH JANJI DITEPATI di USM Pulau Pinang tadi, PM telah mengumumkan bahawa pemohonan melalui Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau (PR1MA) kini boleh diisi secara online

apa yang perlu dilakuka cuma mengunjungi web berkaitan dan sediakan dokumen yang diperlukan. melihat syarat yang ditetapkan ianya lebih tertumpu kepada mereka berpendapatan sederhana bukannya rendah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Nota:
Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian yang terbuka. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik mesti mendiami rumah PR1MA tersebut.



PERMOHONAN ONLINE..KLIK SEBELAH >> PR1MA ONLINE<<


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Rabu, 5 Disember 2012

[GR RESEPI] NAK RESEPI DURIAN CREPE?


WALAUPUN pada hakikatnya kini aku tidak suka makan raja segala buah, BUAH DURIAN, tapi memandangkan Durian Crepe telah menjadi makanan popular akhir-akhir ini yang mampu dijadikan produk jualan, rajin juga jejari aku search resepi untuk membuat Durian Crepe.

Usaha itu tidak sia-sia kerna aku berjaya temui di TRIGGY.COM. Aku pon curi la sikit post dia tuk kongsi dengan korang semua


Cara Membuat Durian Crepe

Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe
  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus


 Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cari dalam adunan tadi.

  Kacau campuran tadi sehingga sebati

 Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran. Kacau campuran.

 Masukkan Esen Vanilla. Kacau Campuran.

 Masukkan air. Kacau campuran.

 Masukkan Butter cair. Kacau campuran.

 Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.

 Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.

 Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim

 Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe. Lipat dan Siap

SELAMAT MENCUBA!! :)

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR KULIAH] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN DISEMBER 2012



Salah seorang da'ei yang sangat dikenali pada masa kini. Celotehnya yang diselang seli dengan jenaka menyebabkan ianya mudah difahami dan tidak membosankan terutama bagi golongan muda. Walaupun terdapat beberapa puak yang mempertikaikan latar belakang pengajiannya, ianya melibatkan musuh politik dan ternyata tidak menggugat beliau dari menghimpunkan ribuan manusia dalam siri jelajah kuliahnya. Pendekatan beliau menyebabkan ramai golongan muda dan artis mendekati agama
Jadual Kuliah Bulan DISEMBER,sila klik link bawah

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR PANAS] APA KATA USTAZ AZHAR TENTANG GAMBAR DI MCD


 BARU-baru nie heboh tentang gambar seorang pendakwah yang popular bersama keluarga di Mc Donalds yang kini diboikot kerana serangan Israel ke atas Palestin

Yang tak eloknya bila terdapat cacian dan pelbagai cakap kurang enak dilemparkan secara men'khinzir' buta ke atas beliau.

Jadi apa kata beliau tentang hal berkenaan?Nak tahu apa kata Ustaz Azhar?Jom kita ushar 
         >> PENJELASAN USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG GAMBAR MCD << 





Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...