Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 10 Disember 2012

[GR HIBURAN] TAHNIAH BUNOHAN!!


SEKALUNG tahniah buat filem Bunohan yang dinobatkan sebagai pemenang dalam salah satu kategori di NETPAC Asian Film Festival (JAFF) 2012

Tahun ini JAFF mengangkat tema 'Redreaming Asia' yang mengajak khalayak mengimajinasikan kembali wajah Asia yang sedang rancak dilanda arus perubahan. Bermula dengan tema dari bencana alam, konflik etnik, hingga protes dan gerakan sosial yang menrangkumi dari pelbagai penjuru Asia. 

Filem 
 
Golden Hanoman Award - Bunohan (sutradara Dain Said, Malaysia)

Silver Hanoman Award: Postcards From The Zoo (sutradara Edwin, Indonesia)

Special Mention Award - Negeri Di Bawah Kabut (sutradara Shalahuddin Siregar, Indonesia)



Filem Pendek (Lights of Asia)

Blencong Awards - The Three Sisters (Leon Cheo, Singapura)

Special Mention Award - Blames and Flames (sutradara Mohammadreza Farzad, Iran)


NETPAC Awards


Cartas de la Soledad (sutradara Teng Mangansakan)

Negeri Di Bawah Kabut (sutradara - Shalahuddin Siregar, Indonesia)


Geber Award

Negeri Di Bawah Kabut (sutradara Shalahuddin Siregar, Indonesia)



..........................................................................................................
"Filem kita wajah kita"



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Ahad, 9 Disember 2012

[GR POLITIK] ZAHRAIN & UMNO RUJUK SEMULA


SEBELUM ini kita hanya mendengar khabar angin bertiup kencang bahawa Dato Zahrain akan kembali pulang ke UMNO, akhirnya berita itu menjadi kenyataan dalam Jelajah Janji Ditepati di Pulau Pinang semalam.

>> BERITA LANJUT BOLEH LIHAT DI SINI >> ZAHRAIN RUJUK KEMBALI

ps: Dulu dalam PR hentam BN bagai nak rak, jadi bebas hentam pembangkang bagai nak rak...memang semua 'katak' berperangai macam ni ke?;)

Tak sabar tunggu Ibrahim Ali pula nak sertai parti UMNO memandangkan pilihanraya dah nak dekat. Nak bertanding atas tiket PAS dah tak boleh, siapa nak percaya lagi. Dah la tumpang rumah orang, mencaci tuan rumah lak tu...

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR RENUNGAN] KISAH RENUNGAN DARI NOTA USANG

Petikan dari forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM). Walaupun kisah ini merupakan kisah lama namun tidak ditelan zaman untuk terus dijadikan pedoman dan renungan :)


....................................................................
Salam Ukhuwah,
Cerita ini adalah kisah benar dari pengalaman seorang guru yang tulus dalam mendidik anak bangsa.. Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.




Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Sabtu, 8 Disember 2012

[GR HOT] GADGET BARU NAK ELAK DIKESAN AES?

DALAM duk blogwalking ada satu yang menarik perhatian iaitu berkenaan dengan sistem AES. Bukan Mat rempit sahaja pandai mengubahsuai untuk mengelak ditangkap tapi boleh dikatakan memang perangai rakyat Malaysia macam tu. Kini ada gadget yang laris umpama pisang panas untuk mengelak kenderaan anda dikesan sistem AES. Nak tahu..jom baca lagi
......................................................................................
KUALA LUMPUR: Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.

Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.

Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.

Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang.


Seorang ejen menunjukkan cara memasang plat yang dijualnya.
Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.

Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond 'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an.

Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.

Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang.

Malah, terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang.

Pemandu juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang dengan upah kira-kira RM30.The Star bertemu seorang ejen di Bandar Sri Damansara yang mempunyai beberapa unit alat ini di dalam but keretanya.

Lelaki itu, dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan.

"Pada mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual kira-kira 15 unit sehari," katanya.

Dia juga menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Karak.

"Jika anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pesalah boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas.

"Jika ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

mstar
.................................................................
sumber:muslimeen united


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...