Terbaik Sepanjang Minggu

Ahad, 3 Februari 2013

[GR KAGET] TEMUI PSY 'GANGNAM STYLE DI PULAU PINANG?


BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.
br1m 2.0 launch by najib razak 2
Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.


Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Beberapa orang penganjur konsert memberitahuMalaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.


Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.

SUMBER: MALAYSIAKINI.COM

PS: Jika benar, hiburan nampaknya terus menjadi senjata utama kerajaan Pusat mendekati golongan belia di Malaysia @ menarik golongan ini untuk memenuhi setiap acara yang dijalankan.Rasanya kalau panggil Ustaz Azhar Idrus pon konferm ratus ribu gak tu. Lagi murah, manfaat plak tu :P
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,




Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS FEBRUARI 2013


Salah seorang da'ei yang sangat dikenali pada masa kini. Celotehnya yang diselang seli dengan jenaka menyebabkan ianya mudah difahami dan tidak membosankan terutama bagi golongan muda. Walaupun terdapat beberapa puak yang mempertikaikan latar belakang pengajiannya, ianya melibatkan musuh politik dan ternyata tidak menggugat beliau dari menghimpunkan ribuan manusia dalam siri jelajah kuliahnya. Pendekatan beliau menyebabkan ramai golongan muda dan artis mendekati agama
Jadual Kuliah Bulan FEBRUARI,sila klik link bawah


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ KAZIM ELIAS BULAN FEBRUARI 2013


Ustaz Kazim Elias merupakan nama yang tidak asing bagi kita. Mudir di Madrasah Al Barokah ini sering dijemput menyampaikan kuliah-kuliah di seluruh Malaysia. Pernah tercatat dalam 10 carian utama Malaysia bagi tahun 2011, kuliah beliau terus diminati sehingga kini.
Untuk maklumat kuliah beliau bagi bulan FEBRUARI 2013, sila klik link di bawah

...........................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Sabtu, 2 Februari 2013

[GR TERKEJUT] 930KM/J HAD LAJU DITANGKAP DARI AES


WALAUPUN mesti ramai yang mempersoalkan kelajuan kenderaan tersebut apabila mula membaca tajuk entri, tapi percayalah,percaya dan percayalah lagi bahawa itu benar-benar terjadi melalui rekod AES.hahahahaha

Ianya merupakan rekod dunia kenderaan darat paling laju dan hanya terdapat di Malaysia. Kenderaan yang muncul sejarah itu ialah Nissan Vannete. Kelajuannya mengalahkan Airbus yang sekadar berkelajuan 900km/j.

Terkejut?Bukan korang ja,pastinya owner kilang Nissan pon akan terkejut besaq punya. hehehe

Tapi jika begini maka malanglah alamatnya kerna seolah-olah kelajuannya telah ditingkatkan dalam AES.Maksudnya jika anda mematuhi had maksimunm kelajuan sekali pon anda pasti akan ditangkap AES.hehehe
.......................................................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...