Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 7 Februari 2013

[GR INFO] DAFTAR ONLINE BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA (BL1M)


SELEPAS pelbagai inisiatif bantuan dikeluarkan kerajaan kepada rakyat terutama menjelang pilihanraya, satu lagi bantuan ialah BL1M yang menfokuskan kepada lesen memandu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BL1m ini lihat web rasminya

Sasaran BL1M ialah mereka yang tidak pernah mengambil lesen motosikal sahaja

FAKTA BL1M
•
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
•
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
•
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
•
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
• Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
• Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
• Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali  

Daftarlah BL1M secara online (atas talian) dengan klik link di bawah ini

.......................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[ GR YEKE NI] AZWAN ALI VS NAJIB DI PEKAN PADA PRU13?



AZWAN ALI nampaknya seolah-olah nak bertanding jadi YB pada PRU 13 nanti. Yeke? Dah yakin boleh menang ke? Pulak tu kawasan yang dipilih untuk menunjukkan kejantanannya ialah kawasan Pee Emm kita, Najib. Camne tu?
........................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Rabu, 6 Februari 2013

[GR INFO] APA ITU KOLOGEN RUMPAI LAUT??

KOLOGEN RUMPAI LAUT kini amat popular di pasaran. Kebiasaan diambil dari kawasan Semporna merupakan aset alam semulajadi yang berkhasiat. Terkenal dengan warna yang pelbagai, dan dikatakan warna ungu mempunyai khasiat yang lebih baik. Jom kita kenal apa itu kologen rumpai laut:


  



SOALAN DARI PENGGUNA TENTANG KOLAGEN RUMPAI LAUT

Apa itu rumpai laut?
Sejenis tumbuhan herba yg tumbuh secara terapung di laut. byk terdapat di semporna atau sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.

Apa khasiat rumpai laut?
Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit2 kronik kerana rumpai laut mempunyai byk kandungan mineral yg diperlukan badan manusia.

Tak ada kesan sampingan ker?
Penternakan rumpai laut tdk menggunakan apa2 baja atau racun kimia. ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. maka, tiada apa2 campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan. tiada kesan sampingan.

Siapa boleh ambil rumpai laut ni?
Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak2 bawah 2thn. bagi kanak2 bawah 10 thn. hadkan pengambilan 1-2 sudu sehari shj.



Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
Kristal putih adalah garam laut. akan hilang apabila dicuci. warna rumpai laut berubah berperingkat2 tetapi jgn risau, khasiat tetap sama.


Harga rumpai laut kuning dgn ungu sama ker?
Stok yg saya jual,harga tak sama. harga stok ungu sedikit tinggi kerana sukar untuk dapatkan rumpai laut ungu dari pembekal. stok terhad dan harga dari pembekal pun lebih tinggi utk rumpai laut ungu.

Beza rumpai laut ungu dgn kuning?
Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.

Rumpai laut ungu berbau?
Ada sedikit bau tetapi bau akan hilang selepas di cuci atau di rendam.


Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?
Setahun lebih jika tdk bercampur dgn apa2 bahan atau cecair.



Bagaimana cara guna rumpai laut ni?

Kaedah pertama; rumpai laut dimasak

-Cuci beberapa kali.
-Rendam semalaman (lbh kurang 5-8jam).
-Kemudian cuci lg beberapa kali.
-rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
-Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur.lbh kurang 20-40minit.
-Biarkan kolagen sejuk dan simpan dlm peti ais.


Cara guna

Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang,bandung, dll. amalkan 3 kali sehari shj. jgn ambil minuman berkafein dan berkarbonat. jgn ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.

Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. amalkan 3 kali sehari.

Bole sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.se eloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi.


Kaedah kedua, mkn secara mentah

-Basuh rumpai laut beberapa kali
- Rendam dgn air panas lebih kurang 30minit-1jam. jgn rendam terlalu lama, rumpai laut akan hancur.
-Kemudian, basuh rumpai laut yg telah direndam.


Hadkan rumpai laut yg ingin direndam utk sehari pengambilan shj. jgn rendam terlalu byk sebab rumpai laut tk boleh di ambil dlm kuantiti yg byk. kena pandai agak2 ye.

Cara guna

-Potong halus dan masuk kan sedikit dlm apa2 air minuman.
-Potong halus dan masuk kan dlm apa2 sup
-Potong halus dan buat kerabu mangga

Rumpai laut yg tdk dimasak tidak boleh di buat masker atau sapu kt badan. kena berhati2 dgn kuantiti pengambilan. jika ambik byk boleh sakit perut dan sakit kepala. kena pandai2 agak kuantiti pengambilan ya.

Berapa byk rumpai laut sekali masak?
Terpulang pada penguna. Disini sy bagi sedikit cadangan,

Utk 50 gram rumpai laut + 1liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 1-2minggu

Utk 100 gram rumpai laut + 2liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 2-4minggu.


Klu simpan dlm peti ais sebulan, kolagen siap di masak tk rosak ker?
Kolagen siap dimasak anti kulat. tidak rosak tetapi pastikan kolagen ini tdk bercampur dgn bahan makanan yg lain. contohnya gunakan sudu yg bersih semasa scoop kolagen. jika bercampur dgn makanan yg lain, kolagen akan rosak atau basi.

Kolagen rumpai laut yg siap dimasak klu tk simpan dlm peti ais, tak per ke?
Mesti simpan dlm peti ais.klu tidak kolagen rumpai laut akan basi atau rosak.

Bagaimana rasa rumpai laut?
Tawar dan sedikit hanyir. Utk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.bole juga rendam dgn asam keping atau tepung gandum.


LIHAT LAGI BERKAITAN KOLOGEN RUMPAI LAUT SERTA RESEPI BERKAITAN KOLOGEN RUMPAI LAUT >> KLIK SINI<<
.....................................................
BAGI MEREKA YANG INGIN MENDAPATKAN KOLOGEN RUMPAI LAUT UNGU, KAMI MERUPAKAN PEMBORONG & PENGEDAR RUMPAI LAUT TERSEBUT DENGAN HARGA ISTIMEWA

PROMOSI FEBRUARI
HARGA ISTIMEWA UNTUK 10 ORANG BULAN INI

SEPAKET RM 10 (100G)
BELI DUA PAKET = RM 14 SAHAJA

HUBUNGI / SMS : 017-6996782 untuk keterangan lanjut
email : aisymo_fiq@yahoo.com 

AKMARLINA ENTERPRISE
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Harga Pos= Pos biasa RM6  Pos Laju = RM9
 

**AGEN DROPSHIP JUGA DIPERLUKAN...HANYA PROMOSI,TIDAK PERLU SIMPAN STOK,ANDA JUAL,KAMI HANTAR,KAMI BAYAR ANDA!!
.........................................................................................
SENARAI AGEN & PENGEDAR 
KOLOGEN RUMPAI LAUT (PURE MARINE COLLOGEN)
AKMARLINA ENTERPRISE

PERAK
Qurratu Aini 
Kawasan Ipoh 
017-3443226

Siti Hajar
Kawasan Seri Iskandar

KEDAH
Noor Hasni
Kawasan Alor Setar
0174066117

PULAU PINANG

PERLIS

SELANGOR



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 5 Februari 2013

[GR INFO] APAKAH KEAJAIBAN TULANG SULBI?

Keajaiban Tulang Sulbi


Daku Amat Menyintai Mu

APA rahsia yang terkandung di dalam keajaiban penciptaan tulang sulbi, sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun dahulu? Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul tubuh manusia.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah SAW bersabda yang bermaksud :
"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa :

1 - Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2 - Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3 - Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

Daku Amat Menyintai Mu
Kejadian manusia daripada tulang sulbi. Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel ia membelah menjadi 2 sel dan seterusnya setiap sel masing-masing membelah lagi dan lagi. Struktur yg mula-mula dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor atau coccyx.

Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini akan terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).

Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita-pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).

Tulang sulbi tidak akan hancur. Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih utuh seperti biasa.

Daku Amat Menyintai Mu

Subhanallah, Maha suci Allah. Begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, walaupun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan dan walaupun telah beribu tahun lamanya.

Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat menerusi tulang sulbi. Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat. Firman Allah yang bermaksud :
"Engkau memasukkan malam ke dalam siang dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27) 
Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel2 tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio2 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk janin yang lain. [S]

Wallahu a’lam (Dan Allah lebih Maha Mengetahui)

********************


SUMBER: http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com
......................................................................................
 
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...