Terbaik Sepanjang Minggu

Ahad, 24 Jun 2012

[GR HOT] FESYEN KAMAL ATTARTUK BERKEMBANG DI MALAYSIA??!!





Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi PM Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat berlawanan dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah"Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt".




Buat renungan bersama: Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.(tidak diniatkan untuk mengaibkan si mati… tetapi sebagai pengajaran kepada semua manusia termasuk diriku. 






Share Ini di FB..Manalah tahu dapat menyedarkan orang kita akan perkara ini

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

cREDIT FORUM SYOK.ORG ...Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR BEST] NAK UNIFI FREE?

CREDIT FORUM SYOK.ORG


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Sabtu, 23 Jun 2012

[GR FILEM] BERHUJUNG MINGGU BERSAMA MAEL LAMBUNG


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Berdurasi 1jam 30minit filem yang diangkat dari karektor dimainkan Zizan Raja Lawak dalam Maharaja Lawak & Apa Ke Der? ini mampu sebenarnya menjadi filem pilihan untuk merehatkan minda dan berketawa di hujung minggu bersama-sama keluarga atau rakan.

Namun bagi MT yang telah menyaksikan filem ini, seandainya terdapat watak Ah Chong yang dimainkan Johan mampu mewarnakan lagi filem ini memandangkan kedua-duanya mempunyai persefahaman yang jitu baik secara peribadi atau watak Mael Lambong dan Ah Chong itu sendiri bagi membangkitkan mood penceritaan. Tambahan kedua-dua watak itu amat dekat dengan jiwa penonton kerana sering dijadikan bahan tontonan Jozan.

Melalui filem Mael Lambung ini, tidak dapat dinafikan kehebatan Zizan membawa watak Mael lambung dengan baik. Memandangkan ianya adalah watak ciptaanya juga maka ianya tidak menjadi satu masalah melakonkan dengan berkesan dan bersahaja. Dalam filem yang mempunyai penceritaan mudah namun mampu membuatkan anda ketawa sehingga akhir filem, masih terdapat sindiran-sindiran dalam setiap bahan lawakan seandainya anda mmpu berfikir sejenak. Istilah-istilah komputer seperti software telah dijadikan double meaning yang baik bagi maksud lain yang tidak sesuai dinyatakan secara terbuka.

Secara keseluruhannya filem ini bagus untuk ditonton bagi mereka yang ingin mencari filem yang kelakar. Lawaknya mudah difahami dan mampu membuatkan kita ketawa. Jadi tontonlah Mael lambung hujung minggu ini ok
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SUKAN] SAYONARA PIALA AFC B-22



SEKALI lagi kita dihampakan dari menyaksikan pasukan negara melangkah ke kejohanan kompetitif. Sekali lagi juga kita saksikan kebangkitan yang dipamerkan tersekat di perlawanan penentuan. Acapkali berlaku dan berlaku apabila memasuki gelanggang penentuan hidup dan mati, kita gagal mengatasinya dan kecundang lagi. Dalam perlawanan yang memerlukan kita wajib menang, kita kalah kepada tuan rumah dengan 1-2


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

KEPUTUSAN
PIALA AFC BAWAH 22 2012
MYANMAR
(KUMPULAN G SAHAJA)

MALAYSIA vs MYANMAR
1        -      2   >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
KEPUTUSAN
PIALA AFC BAWAH 22 2012
MYANMAR
(KUMPULAN G SAHAJA)

MALAYSIA vs TAIWAN
                              4         -        2

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


KEPUTUSAN
PIALA AFC BAWAH 22 2012
MYANMAR
(KUMPULAN G SAHAJA)


MALAYSIA vs FILIPINA
                             7          -        0


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sekali ini dalam perlawanan kedua, skuad negara kita tidak mempunyai masalah untuk meratah Filipina. Namun bukan masanya untuk berbangga memandangkan Filipina merupakan pasukan terlemah dalam kumpulan G. Cuma kita mengharapkan ianya memberi satu motivasi dan keyakinan kepada pemain terutama penyerang bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang lebih kuat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
KEPUTUSAN
PIALA AFC BAWAH 22 2012
MYANMAR
(KUMPULAN G SAHAJA)


MALAYSIA vs KOREA SELATAN
                      2          -        3


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Walaupun Harimau Malaya membuka terlebih dahulu jaringan menerusi Thamil Arasu, namun dua sepakan percuma yang diperoleh pasukan lawan di tempat yang sama memadamkan kelebihan itu sebelum satu lagi jaringan dalam tempoh singkat mengakhiri separuh masa pertama dengan pasukan negara ketinggalan 3-1. Kegagalan pertahanan Malaysia mengekang kelincahan pemain sayap Korea yang mempunyai larian pantas dan kelincahan mengelecek selain permainan dan hantaran yang lebih tersusun mengakibatkan kita berputih mata. 

Penguasaan bola jelas berpihak kepada lawan sepanjang perlawanan. Kesilapan-kesilapan mudah yang tidak sepatutunya dilakukan pemain negara seperti hantaran tidak kemas serta mudah hilang fokus terutama pemain pertahanan dan kegagalan pemain tengah yang diketuai Nazmi Mansor mengawal permainan menyumbang kepada kegagalan sekurang-kurangnya mengutip satu mata. Kemasukan Gary menggantikan Nazmi berjaya mengubah sedikit corak permainan dan mampu untuk juga mengawal bola dan membuka dan membuat hantaran cantik kepada kawan berjaya menyumbang kepada satu jaringan oleh Thamil Arasu. Kita mampu sebenarnya sekurang-kurangnya mengikat Korea namun kegopohan pemain menghalang hasrat tersebut.

Kita mengharapkan pemain akan meningkatkan keupayaan, memperbaiki kesilapan mudah dan mempamerkan aksi yang lebih baik dalam aksi seterusnya memandangkan banyak pelaburan  telah dilakukan untuk pasukan ini. Seharusnya mutu permainan yang lebih baik harus ditunjukkan anak didik Ong Kim Swee. Apa percaturan Kim Swee selepas ini bagi menghadapi Filipina? Sama-sama kita saksikan Isnin ini
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



JADUAL PERLAWANAN
PIALA AFC BAWAH 22 2012
MYANMAR
(KUMPULAN G SAHAJA)
LIVE ASTRO 801

23 JUN 2012
MALAYSIA vs KOREA SELATAN
2 - 3
Pusat Latihan Belia Yangon 4.45 ptg

25 JUN 2012
MALASYIA vs FILIPINA
Stadium Aung San 4.45 ptg

28 JUN 2012
MALAYSIA vs TAIWAN
Stadium Aung San 4.45 ptg

30 JUN 2012
MALAYSIA vs  VIETNAM
Stadium Aung San 4.45 ptg

3 JULAI 2012
MALAYSIA vs MYANMAR
Pusat Latihan Belia Yangon 7.45 mlm


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...