Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 14 Januari 2013

[GR NUKILAN PENA] KENAPA & MENGAPA SEKS?

BLOG MT ini sebenarnay takde niat pon nak menjurus ke kancah politik semata-mata seperti mana dilakukan blogger-blogger lain. MT lebih gemar berkongsi pa sahaja yang menarik di hati sebagai koleksi simpanan dan rujukan suatu masa nanti apabila diperlukan. Ya la, nak mengharapkan otak ni, mana nak ingat sangat kan.

Dalam ruang waktu yang terluang, rajin juga la blogwalking ni, dan banyak-banyak blog yang diushar ialah blog berkiatan politik. Sedap baca cerita politik ni, macam duk kedai kopi la kan,politik kedai kopi. Tapi la ni dah politik kedai maya.

Dalam lama-lama tu terperasan juga la. Kenapa yea belog belpg pro BN ni selalu menggunakan entri-entri berbaur lucah, kalau tak entri, tajuknya lucah, kalau tak tajuk dan entri, gambar dan video pulak berbau lucah semata-mata untuk menarik pembaca ke blog diorang? Seolah-olah dah tak da bahan lain lagi dah. Adeh,confius. Yang selalu digebang-gebangkan yang cukup jijik dengan aktiviti seks dan lucah ni ialah pembangkang. Namun jarang sekali entri lucah yang tak berkaitan langsung dengan politik menerjah belog  pro pembangkang. Kalau yang ada pun menjawab tohmahan @ dakwaan belog pro BN. Mungkin tarbiah melalui usrah-usrah mengajar mereka lebih berdisiplin dan beradab. Bagaimana dengan tarbiah kepada pro BN pulak? Ustaz Fathul Bari tak dipandang sebagai rujukan ke? :P

p/s- Mungkin telahan MT silap tapi cer rerajin blogwalking tengok...harap maaf:P


 Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR NUKILAN] AWAS!! AMAT YAKIN MEMBAWA KESUNGKURAN

Kota Bharu: Rakyat Kelantan mengakui hasil transformasi dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya memberi impak besar kepada ekonomi rakyat serta pembangunan negeri ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menasihatkan segelintir pemimpin parti peringkat pertengahan menghentikan segera segala tindakan yang boleh mencemarkan imej parti, sekali gus membantutkan transformasi itu. 
“Hasil pemantauan saya, mendapati rakyat negeri ini melihat Najib sudah berjaya melakukan banyak perubahan, termasuk pembangunan Kelantan walaupun tidak sampai empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri. 
“Rakyat Kelantan begitu dahagakan perubahan selepas 22 tahun di bawah pemerintahan PAS dan sentiasa menantikan apa yang kita (UMNO) lakukan (untuk perubahan). 
“Sekiranya kita masih di takuk lama (tanpa perubahan), tentu akan kalah pilihan raya umum nanti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini, semalam.Baca Seterusnya

SEWAKTU membaca petikan rencana tersebut yang dimuatkan dalam sebuah blog pro kerajaan sebagai sandaran keterimaan rakyat terhadap BN,ianya membuatkan terfikir sejenak. Bukankah kenyataan seperti ini sudah acapkali dikeluarkan oleh pemimpin BN di Kelantan apabila menjelangnya PRU dan acapkali jua harapan hanya tinggal harapan, merpati yang disangka semakin jinak mudah untuk dijerat sebenarnya lebih handal memerangkap kita.Akhirnya hanya mampu termelengu melihat ia terbang jauh dari kita.

Seharusnya blogger tersebut tidak menjadikan kenyataan ini sebagai sandaran utama terutama pula ianya di Kelantan kerana ianya pasti akan ditertawakan. Pilihanraya lalu pernah kita saksikan Ketua Pemuda UMNO menyediakan bas untuk pernatau Kelantan pulang mengundi. Hasilnya ya, berjaya, pengundi berjaya dibawa pulang namun hakikatnya Kelantan terus gah di bawah PAS.

Perlu diingat, sebagaimana sering dikatakan dan dilaung-laungkan..rakyat tidak bodoh. Apa yang diberi, baik dari pihak pembangkang atau kerajaan jila menguntungkan, kita sapu, undi sapa, kita saja tahu, orang lain tak tahu!!

..............................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] TIADA BAYARAN: PAKEJ KOMUNIKASI BELIA YANG DITAWARKAN YES

 MAKLUMAT LANJUT >> PAKEJ KOMUNIKASI BELIA OLEH YES

..................................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO SUKAN] New I-mobile Stadium : Stadium bolasepak berciri Inggeris di Asia Tenggara

New I-mobile Stadium (Thunder Castle Stadium) merupakan sebuah stadium bolasepak yang terletak di Buriram, Thailand. Ianya merupakan gelanggang tuan rumah kepada kelab Liga Perdana Thai, Buriram United.


Dibina pada tahun 2010, stadium ini dilihat unik kerana ianya mengambil ciri-ciri stadium Inggeris dalam rekabentuknya. Sangat jarang kelihatan lebih-lebih lagi di rantau Asia Tenggara. Stadium ini mempunyai 24,000 tempat duduk dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setanding dengan stadium di Eropah.


Hasil daripada pelaburan pembinaan stadium ini, Buriram United telah berjaya memenangi Liga Perdana Thai pada tahun 2011 seterusnya beraksi di pentas tertinggi Asia, AFC Champions League. Populariti Buriram United juga semakin meningkat naik dengan pertambahan jumlah penonton dari semasa ke semasa.

THUNDER CASTLE kebanggan rakyat Thailand

MEWAH kerusi pemain juga eksklusif

PEMINAT cenderahati untuk peminat sedia menanti

OLD TRAFFORD ASIA umpama berada di England menyaksikan EPL

MEDIA ruangan kas disediakan

SELESA ruangan istirehat yang selesa buat pemain

 KEHADIRAN stadium seumpama ini menunjukkan keseriusan negara Gajah Putih itu dalam meningkatkan mutu bolasepak negara itu. Bagaimana pula negara kita Malaysia?

.............................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...