Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 18 April 2011

UNDI POPULAR BN MEROSOT DI SARAWAK

BIARPUN Pakatan Rakyat gagal menafikan 2/3 majoriti di Sarawak namun sesuatu telah dibuktikan pakatan pembangkang ini apabila mengurangkan undi popular BN di Sarawak.Undi popular BN telah merosot dari 63% ke 55% iaitu pengurangan 8% undi. Ianaya merupakan jumlah yang agak besar memandangkan Sarawak sering diwawarkan sebagai kubu kebal BN.
Namun apa yang dapat dilihat pada kali ini, ianya hanya tinggal kenangan semata kerana pembangkang telah berjaya menembusi kekebalan tersebut. Ianya jelas apabila BN gagal untuk menawan walau satu kerusi yang telah dimenangi pembangkang pada pilihanraya sebelum ini. Namun pakatan pembangkang pula gah menambah bilangan kerusi seganda lagi menjadikan keseluruhannya 15 kerusi dan 1 kerusi oleh Bebas.

Malahan lebih mengejutkan beberapa menteri muda dan ahli parlimen BN juga kalah seperti berikut:

1. Tan Sri George Chan ( Timbalan Ketuan MEnteri 1 ).
2.Dato Peter Nyarok ( Menteri Muda Sarawak ).
3. Datuk Tiong Khai Sing ( Ahli Parlimen ).
4. Datuk Albert Yap ( Timbalan MEnteri Muda )

5. Datuk David Teng ( Timbalan MEnteri Muda ).
6. Willi Liau ( MT SPDP ).
7. Datuk Wong Sueh Wang ( MT SUPP ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...