Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 14 Mac 2014

[GR IT] KHAS BUAT PEMINAT TEGAR NOKIA : NOKIA X

Jika korang merupakan fan henfon NOKIA..segalanya NOKIA...tapi agak hampa bila Nokia tidak mengeluarkan henfon Android,kini korang boleh bergumbira. Walaupun agak lewat namun belum terlambat apabila akhirnya Nokia telah beralhi jua ke platform Android bagi Henfon terbarunya, NOKIA X. Hahahaha...Baiah untuk taat setia kepada Windows sebelum ini tak terjadi sebab dah tak tahan jualan merudum kot. 


Apa taknya, segmen Android menguasai pasaran dunia dalam 60 ke 70%. Rugi la Nokia tak ikut semasa kan. Satu ketika dulu Nokia merupakan kuasa besar bagi segmen henfon ni sebelum merudum apabila platform Android mula diperkenalkan. Salah diorang gak la tak nak join together2 kan..hihihi

Berita gumbira juga bila Nokia X ini sudah memasuki pasaran Malaysia dengan harga RM399.Wowwww!!!! Murah tu.Ianya akan disusuli dengan dua lagi dalam model yang sama iaitu XL dan X+ dgn harga yang lebih mahal. Kiranya henfon ni henfon mampu milik la. Namun spesifikasinya masih tidak mengecewakan bagi model berharga sedemikian. Terdapat 6 pilihan warna untuk korang pilih

Spesifikasinya:

Rangkaian: 2G, 3G, wifi
Saiz: kenipisan 10.4mm
Berat: 128.7g
Skrin: 4-inci 480 x 800
Memori: 4GB, RAM 512MB
Kamera: 3.15MP
OS: Android 4.1 Jelly Bean
Pemproses: dual core 1GHz
Bateri: 1500mAh

Setakat ini dikatakan henfon ini tidak dapat disambungkan akses ke Google Play dan perkakas rasmi Google namun Nokia telah mendirikan stor aplikasi androidnya sendiri bagi mengatasi masalah tersebut

*Bolehlah try tengok..lama dah tak merasa guna Nokia ni ;)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...