Usaha murni kerajaan negeri Terengganu untuk mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja dengan membabitkan mereka dengan kegiatan kegemaran mereka pada satu hujung minggu setiap bulan telah mendapat sambutan mengalakkan.
Remaja dari negeri-negeri berjiran turut menyertai program berkenaan yang kini masuk tahun ketiga.
Program Terengganu City Night Games (TCNG) ini melibatkan 12 acara sukan yang digemari remaja antaranya bola jaring, hoki, boling padang, lumba basikal, kenu dan pertunjukan kebudayaan.
"Walaupun program ini dilihat sebagai suka-suka, kita akan dapat mencungkil bakat pelapis bagi pelbagai jenis sukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat semasa merasmikan program itu di Kuala Terengganu malam semalam.
Beliau berkata program itu akan diperluaskan ke daerah di seluruh negeri dengan menyediakan jenis permainan yang bersesuaian dengan daerah berkenaan.
Di bandar raya ini, program itu diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak bagi tujuan menghidupkan kawasan itu yang kurang aktiviti berikutan kejadian bumbung utama stadium dengan kapasiti 50,000 tempat duduk itu runtuh pada Jun 2009.
Rozi berkata kerajaan negeri masih menunggu laporan siasatan teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai kejadian bumbung utama stadium itu runtuh.
"Apabila JKR selesai menyiasat dan hasilnya diserahkan kepada kerajaan negeri, kita akan buat keputusan," katanya.
Bumbung stadium itu, yang menjadi tuan rumah kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2008, runtuh pada 2 Jun, 2009 setelah setahun siap dibina.
-Bernama
Terbaik Sepanjang Minggu
-
MALAM INI akan menjadi penentu teka teki yang bermain-main di fikiran peminat seni suara tanah air. Malam ini para finalis ANUGERAH JUARA L...
-
TARIKH : 17 MAC 2012 (SABTU) MASA : LEPAS MAGHRIB TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA MASJID NEGERI PENCERAMAH : Y.BHG USTAZ AZHAR IDRUS MUSL...
-
Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan le...
-
“Keep the Satan away during Intercourse”… Bermaksud, “Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan”. Bagi pandangan penulis, ada ‘double-meanin...
-
Berikut merupakan barisan Kabinet baru Malaysia bagi tahun 2013: PRIME MINISTER CURRENT: Datuk Seri Najib Razak - Umno FORMER: Datuk ...
-
Amy Mat Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali ku...
-
TOKYO | Penyelidik dari Jepun nampaknya agak 'berlebihan' dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutus...
-
DALAM blogwalking ternampak bebrapa filem Melayu baru yang dah boleh diseduttttt seduttt..hehehe. Tengok pun kualiti gambar yang disediakan ...
-
Maklumat Lanjut berkaitan Festival serta tempahan TIKET PERCUMA... .>>>SILA KLIK SINI<<
-
PERKEMBANGAN yang menarik seketika di medan FB apabila terus menjadi tumpuan pesainagn politik negara kita ketika ini. Baru-baru ni PM kit...
Sabtu, 19 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
►
2016
(3)
- ► Julai 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(3)
- ► Disember 2015 (1)
- ► November 2015 (1)
- ► Januari 2015 (1)
-
►
2014
(62)
- ► November 2014 (3)
- ► Oktober 2014 (1)
- ► Julai 2014 (7)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (2)
- ► Januari 2014 (11)
-
►
2013
(254)
- ► Disember 2013 (8)
- ► November 2013 (12)
- ► Oktober 2013 (18)
- ► September 2013 (6)
- ► Julai 2013 (17)
- ► April 2013 (26)
- ► Februari 2013 (32)
- ► Januari 2013 (51)
-
►
2012
(307)
- ► Disember 2012 (31)
- ► November 2012 (12)
- ► Oktober 2012 (28)
- ► September 2012 (26)
- ► Julai 2012 (26)
- ► April 2012 (10)
- ► Februari 2012 (26)
- ► Januari 2012 (46)
-
▼
2011
(373)
- ► Disember 2011 (38)
- ► November 2011 (54)
- ► Oktober 2011 (16)
- ► September 2011 (38)
- ► Julai 2011 (42)
- ► April 2011 (30)
-
▼
Februari 2011
(23)
- KARNIVAL PENANG HARMONI 2
- ROCKERS BERSAMA PAS
- PISAU TERTANAM DALAM KEPALA SELAMA 4 TAHUN
- Terengganu usaha tangani masalah sosial remaja
- Lawak + gempak giler!
- REKOD DUNIA 48JAM:CIUMAN PALING LAMA
- Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan: Lapangan ...
- LIGA JUARA-JUARA EROPAH
- HANYA 3 SAHAJA ORANG TERKAYA BERBANGSA MELAYU??
- SHAH RUKH KHAN KEMBALI KE MALAYSIA
- SALAM MAULIDUR RASUL
- Sambut perayaan Kristian perlekeh akidah, pegangan...
- [GR PELIK] Kupu-kupu Berwajah Manusia Hebohkan Sur...
- JAWATAN KOSONG : Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- JAWATAN KOSONG: LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
- maher zain - insyaallah (edisi BM) mp3
- EPL: KEPUTUSAN PERLAWANAN
- PENJELASAN JAKIM BERKAITAN VALENTINE DAY
- PRK TERBARU: KERDAU HADIR SEBELUM GELANGGANG MERLI...
- TERKINI : JARINGAN CANTIK ROONEY MEMBANTU MU MENEW...
- DIBELASAH LAGI!!!
- MITOS BISUL
- [GR INFO] 101 KEYBOARD SHORTCUT
- ► Januari 2011 (11)
-
►
2010
(14)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (4)
- ► September 2010 (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan