Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 29 Mac 2012

[GR NUKILAN PENA] SESEKALI TANGAN TERASA GATAL


 SESEKALI AKU ke ekspo atau program-program keramaian , aku terpandang di bawah khemah terdapat ramai yang mengerumun. Ada dua tiga orang antaranaya yang duduk di atas kerusi yang disediakan. Duduk di hadapan sedikit dari mereka yang mengerumun bak semut bertemu gula. Ada yang duduk seorang ada yang berdua. Kebiasaannya berdua la yang sering kelihatan. Yang duduk ini juga amat sukar untuk ku lihat bergerak. Hanya diam membatu kecuali mungkin letih, sesekali peluh dikesat atau menggerakkan tubuh mereka tetapi kembali ke posisi asal. Umpama model lagaknya namun tiada jurugambar kelihatan

Di hadapan mereka yang duduk di atas kerusi ini pula dapat aku lihat kebiasaannya lelaki yang sibuk menjalankan aktiviti mereka. Sesekali memandang model dihadapan sesekali melihat papan segi empat dihadapan mereka. Tangan lelaki lelaki ini tidak henti henti bergerak di atas papan di hadapan mereka. Biarpun mata memandang model tangan tetap bergerak.

Rupa-rupanya mereka inilah pelukis jalanan atau adanya tidak yang sedang menggambarkan model dihadapan mereka di dalam lukisan. Bukan melalui kameranya namun ianya dirakamkan melalui seni jari di atas kanvas hadapan mereka. Ada yang 15 minit. 30 minit dan yang sukar mungkin memcecah sejam ke dua jam.

Aku agak berminat untuk turut sama merakamkan diriku di atas kanvas dan mungkin juga kertas lukisan mereka. Terutamnya di dalam bentuk lukisan 'sketch'. Namun melihat mereka yang mengerumun agak ramai, duduk di kerusi dipandang pengunjung, ada yang berbisik-bisik sambil tergelak kecil menyebabkan hasratku terbantut. Muka pun bukan muka model...wat malu je plak,getus hati kecilku.

Minat ku terpaksa dipendam. Namun kini ku ucapkan terima kasih kepada teknologi. Melalui Adobe Photoshop akhirnya aku dapat 'sketch'kan diri aku...hehehehe...Ni pun terjumpa tutorial di forum syok.org (terima kasih la kt orang yang share tutorial) dan cuba belajar. Kira jadi jugak la walau tak sempurna gamabr aku & member aku sorang ni...Alhamdulilah..syukur!!



**Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...