Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 6 Julai 2012

[GR HOT] MARI MELAMBUNG BERSAMA KERETA MAEL LAMBUNG?



Latarbelakang:
Kereta Mael Lambong telah digunakan oleh Mael Lambong (Zizan Razak) sepanjang pengambaran di sekitar Kemaman, Rantau Abang, Dungun di Terengganu juga di Kuala Lumpur. Kereta ini digunakan dalam sebahagian besar filem Mael Lambong yang kini mendapat sambutan cukup mengalakkan dari peminat seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Kereta Mael Lambong ini berkemampuan dalam melakukan aksi drift.
Keaslian:
- 100 peratus asli yang digunakan dalam Mael Lambong.
- Mempunyai geran untuk memudahkan sebarang urusan.
Spesifikasi:
- TOYOTA SOARER E MZ II
- 2,491 cc
- Tahun Buatan : 1982
- Bahan Bakar : Petrol
Syarat Bidaan:
- Bidaan bermula pada 3 Julai 2012, jam 1200 tengahari sehingga 3 September 2012, jam 5 petang.
- Harga bidaan bermula RM 5,000. 00 (Lima Ribu Ringgit Malaysia Sahaja)
- Setiap bidaan mesti disertakan dengan tiket panggung Mael Lambong.
- Pemilik kereta ini ditentukan berdasarkan bidaan tertinggi.
Setiap bidaan perlu DIHANTAR melalui POS ke alamat:
Excellent Pictures Sdn Bhd
Suite E-08-01, Blok E,
Plaza Mont Kiara, 2, Jalan Kiara,
50480, Mont Kiara, Kuala Lumpur
Dalam setiap bidaan yang dihantar, MESTI mempunyai:
1. Nama Penuh
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Alamat Terkini
4. Tiket Panggung Mael Lambong
5. Harga Bidaan.
Sebarang maklumat dan informasi, hubungi:
Excellent Pictures
03.6201.5971
twitter.com/excellentpic_my
facebook.com/kisahmaelalambong.lamanrasmifilem
...................................................................................................................................
Sumber : http://www.excellentpictures.com.my
............................................................................................................
MT~Apa lagi...buat drifter yg berminat dengan kereta drifter Mael Lambung,yang kononnya seorang drifter..hahaha, apa tunggu lagi. Mulakan bidaan anda sekarang. Harga yang dibuka amat rendah iaitu RM5000 sahaja. 
Pihak muzium taknak ke jadikan bahan pameran terbaru?:P 
Org Kg lokasi penggambaran di Ganu xnak ke jadikan simbolik kampung ?

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...