Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.
Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia.
Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapatkan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.
Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.
Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.
Noor Zahidi memenangi kerusi itu pada 2008 dan mengekalkannya dalam pilihan raya umum 2013, dengan majoriti lebih 1,700 undi.
Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi manakala calon PKR, Saharun Ibrahim mendapat 8,438 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 65 undi.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.
Berikutan itu, pilihan raya kecil bagi DUN tersebut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ia merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noor Zahidi.
"Takziah kepada keluarga Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. al-Fatihah," Najib berkata menerusi twit terbaru di laman Twitter hari ini.
- Bernama
Terbaik Sepanjang Minggu
-
JIKA ANDA BERADA SEZAMAN DENGAN SAYA ..INI ADALAH ANTARA PERMAINAN KITA PADA WAKTU KANAK-KANAK DULU....
-
PRA SENJATA MISTERI 4 JILID 2 DOWNLOAD : MEDIAFIRE >>>>>>>>>>>>>>>>>...
-
PERTAMA SEKALI MT nak ucapkan tahniah dan semoga perkahwinan diberkati kekal ke akhir hayat kepada pasangan yang baru dinikahkan, pen...
-
1. DAHI Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (...
-
NI dia sambutan agrofest peringkat negeri Pulau Pinang. Sapa berkesempatan boleh la singgah mai nooo sumber: FB Page Komuniti ANAK...
-
Distance Chart in kilometers © Ben van Wijnen Alor Setar Ž Fraser's Hill 443 5 Penang 93 350 Ž Ipoh...
-
OK SELAMAT PETANG SEMUA :) Petang ni rajin sikit nak share, mungkin dah biasa tapi sharing is caring kan, so tak salah la..hehehe Banyak...
-
Dewataraya Episod : 001-020 Episod 1 : http://adf.ly/AMt8X Episod 2 : http://adf.ly/AMt8Y Episod 3 : http://adf.ly/AMt8Z Episod 4 : h...
-
DIA mungkin pelajar yg bijak...dikurniakan akal sebagai orang yg bijak namun malangnya dia tetap BODOH. Kebijakannya nampaknya telah mengh...
-
Program Gerakan Subuh di Masjid As-Syakirin KLCC pada 31hb Ogos 2010 seperti butiran yang dinyatakan dalam poster yang dilampirkan. Program...
Rabu, 20 Ogos 2014
[GR SEMASA] 20 OGOS 2014-HARI INI DALAM SEJARAH: ADUN PENGKALAN KUBOR MENINGGAL DUNIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
►
2016
(3)
- ► Julai 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(3)
- ► Disember 2015 (1)
- ► November 2015 (1)
- ► Januari 2015 (1)
-
▼
2014
(62)
- ► November 2014 (3)
- ► Oktober 2014 (1)
- ► Julai 2014 (7)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (2)
- ► Januari 2014 (11)
-
►
2013
(253)
- ► Disember 2013 (8)
- ► November 2013 (12)
- ► Oktober 2013 (18)
- ► September 2013 (6)
- ► Julai 2013 (17)
- ► April 2013 (26)
- ► Februari 2013 (31)
- ► Januari 2013 (51)
-
►
2012
(307)
- ► Disember 2012 (31)
- ► November 2012 (12)
- ► Oktober 2012 (28)
- ► September 2012 (26)
- ► Julai 2012 (26)
- ► April 2012 (10)
- ► Februari 2012 (26)
- ► Januari 2012 (46)
-
►
2011
(373)
- ► Disember 2011 (38)
- ► November 2011 (54)
- ► Oktober 2011 (16)
- ► September 2011 (38)
- ► Julai 2011 (42)
- ► April 2011 (30)
- ► Februari 2011 (23)
- ► Januari 2011 (11)
-
►
2010
(14)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (4)
- ► September 2010 (5)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan