Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 3 Oktober 2014

[GR HIBURAN] FILEM MELAYU TERBARU OKTOBER 2014

DALAM blogwalking ternampak bebrapa filem Melayu baru yang dah boleh diseduttttt seduttt..hehehe. Tengok pun kualiti gambar yang disediakan adalah DVDrip, so bukan panggung la senget sana sini. Terbaikkk....Jom cari laman yg sediakan penyedutan ini..hehe

1) MAMAK CUPCAKE


Mamak Cupcake mengisahkan seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake. Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya.

2) NASI TANGAS


Nasi Tangas menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun, kepercayaan songsang ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah penduduk kampung mahupun di bandar yang mahukan suami mereka tunduk kepada arahan.

Rabu, 20 Ogos 2014

[GR SEMASA] 20 OGOS 2014-HARI INI DALAM SEJARAH: ADUN PENGKALAN KUBOR MENINGGAL DUNIA

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.
    
Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia.
    
Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapatkan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.
    
Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.
    
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.
    
Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.
    
Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.

Noor Zahidi memenangi kerusi itu pada 2008 dan mengekalkannya dalam pilihan raya umum 2013, dengan majoriti lebih 1,700 undi.

Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi manakala calon PKR, Saharun Ibrahim mendapat 8,438 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 65 undi.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.

Berikutan itu, pilihan raya kecil bagi DUN tersebut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ia merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noor Zahidi.

"Takziah kepada keluarga Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. al-Fatihah," Najib berkata menerusi twit terbaru di laman Twitter hari ini.

- Bernama

Jumaat, 15 Ogos 2014

[GR SEMASA] GEORGETOWN FESTIVAL 2014


SEKARANG ni tengah berlangsung Georgetown Festival di Pulau Pinang. Terdapat banyak aktiviti yang merangkumi pelbagai elemen persembahan sepanjang festival

Untuk maklumatr lanjut berkenaan aktiviti tersebut sila layari portal rasmi >> GEORGETOWN FESTIVAL 2014

Khamis, 7 Ogos 2014

[GR HIBURAN] DRAMA-DRAMA DAN TELEFILEM RAYA 2014

SEMESTINYA bila tiba hari raya pasti rangkaian televisyen akan menyiarkan rancangan-rancangan menarik untuk tontonan ramai. Jadi bagi mereka yang terlepas rancangan kegemaran sempena raya tahun ni, admin kongsikan untuk korang sedutttt...

* Admin tak memuatnaik tetapi sumber dari carian google. Sebarang kerosakan atau apa saja yang berlaku atas muatturun anda tidak berada dalam tanggungjawab kami.hehehe

1. MUJIBUR RAYA


Genre: Komedi Bahasa Melayu
Siaran : Maya HD
Pelakon: Ajak Shiro, Shahrol, Ilya Buang, Shahrol Shiro

Muat turun:



2. HANTU NAN SEMPIT


Genre: Seram Komedi Bahasa Melayu
Siaran: TV3 (Filem)
Pelakon: Hazama AF, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek

Muat turun:



3. MLM HAJI PILUS TAK NAK BERAYA


Genre: Komedi Bahasa Melayu
Siaran: Astro MAya HD
Pelakon: Shiro, Jambu, Sepahtu, Bocey, SYJ

Muatturun:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...