Terbaik Sepanjang Minggu

Sabtu, 31 Disember 2011

AMARAN !! JANGAN LAKUKAN INI PD 31 DIS 2011

BUAT  rakan-rakanku sekalian. Satu amaran secara rasmi telah saya terima baru-baru ini dan mohon untuk disebarkan kepada semua. Ianya bagi memastikan tiada orang yang akan terlibat dalam keadaan ini amaran tersebut meminta agar semua orang tidak sesekali melakukan perkara-perkara yang tersenarai di bawah dan sewaktu dengannya pada jam 11.59 malam atau secara tepatnya jam 11:59:59 saat pada 31 Disember 2011.

1) Jangan membuang air besar @ kecil @ mandi /jangan masuk ke tandas
2) Jangan makan @ minum
3) Jangan mengeluarkan duit di ATM
4) Jangan tidur
5) Jangan merokok
6) Jangan bla bla bla

Ini kerana kesemua yang anda lakukan itu akn mengambvil masa yang lebih panjang dari kebiasaan sehingga Tahun baru, tahun depan muncul.

Megat Terawis

Khamis, 29 Disember 2011

[GR JEJALAN USHAR BLOG] TUTORIAL UNTUK BLOG


Hello..helloo..haiiii...!!!
Ok, tuk pertama kali bg segmen jejalan aku pi ushar2 blog ni (walaupun da byk kali pun aku skodeng2 blog ni =P ) aku kongsi sebuah blog yg bg aku berguna bg kita. Guna cmne? Berguna nak adjust2 blog kita ni bg lg mantopp la. Blog TUTORIAL UNTUK BLOG ini pasti tidak mengecewakan terutama buat beginner juga sesapa saje la...ye la, ilmu perlu dicari kan

Banyak tutorial yg mudah untuk difahami dan diikuti dipaparkan dan dikongsikan bersama kita di sini. So, cakap banyak pun xguna kan. Apa kata korang sendiri pi pakat Ushar tengok...Ushar jangan x ushar k.



JEJALAN USHAR BLOG >> TUTORIAL UNTUK BLOG KITA<<
Megat Terawis

[GR E-BOOK] KENAPAKAH AKU MENINGGALKAN SYIAH??




Megat Terawis

[GR NEW FILM]Ombak Rindu (2011) DVDRip MKV


“Based upon the bestselling Malaysian novel, "Ombak Rindu" is about the romance between Izzah and Hariz, two lovers from different worlds. Izzah is a village girl who has been sold by her father to a nightclub in KL as a prostitute. However, Hariz, a rich man's son, has bought her from the nightclub to keep as his own mistress. She begs him to make her an honest woman and he agrees, on the condition that she doesn't claim any rights as a wife. Hariz soon softens his heart and learns to fall in love with Izzah. However, he is ordered by his father to wed a childhood friend - Mila."
 

Megat Terawis

Jumaat, 23 Disember 2011

Want the Coke Semangat Truck to drive to a place near you? Vote NOW!

Want the Coke Semangat Truck to drive to a place near you? Vote NOW!: Free drinks, free skateboard, guitar, balloons… The Coke Semangat Truck wants to bring you a truckload of happiness to a location near you! So hurry, get as many votes before time runs out!

Megat Terawis

Win tickets to the hottest NYE party in KL!

Win tickets to the hottest NYE party in KL!: We have 3 tickets to Livescape Asia's ESCAPE:NYE party to give away!
The invasion will be happening on 31st December 2011 at two of the hottest locations, Life Centre & KL Live. So if you haven't planned anything for New Year's Eve yet, this should put a great end to 2011 & an exciting beginning to your year!

Dance your way into 2012 as SIX INTERNATIONAL DJ ACTS blow your mind with their undeniably amazing sets alongside our awfully talented local acts like Joe Flizzow, Sona One & Arabyrd !


How do I get in on the invasion?
1. Make sure to sign up & be a user on SAYS.my
2. Share this campaign; Click the 'Generate my unique URL' button below & copy the link provided.
3. Post in on your Facebook Status or Twitter with the following messages :
Facebook :

Megat Terawis

Khamis, 22 Disember 2011

[GR CATATAN] MANA SATU PILIHAN HATI?SONGLAP @ KUBUR BERASAP?


@


 MINGGU ni ada dua citer Melayu di pawagam. Antara dua ni mana satu nk tengok ek. Macam dua2 best je..dua2 komedi.Leh gelak2 hujung minggu ni. Jom ramai2 :p
Megat Terawis

[GR TERKINI] CARA ATASI VIRUS FACEBOOK TERBARU DARI MEMASUKI WALL KITA


KORANG PERNAH TERNAMPAK CATATAN SEPERTI DI ATAS DI WALL KORANG BARU-BARU NI? NI ADALAH SALAH SATU VIRUS TERBARU.

Ikuti langkah-langkah ini

1)  Pergi kat PRIVACY SETTING
2) KLIK How Tag Works (KLIK ENABLE)
3) KLIK Profile Review & Tag Review (KLIK ENABLE)
4) KLIK DONE

Kita dpt elakkan virus tu dari memasuki Wall kita. Klik 'Ignore' apabila pemberitahuan virus itu dipaparkan untuk memasuki Wall kita. Jangan sesekali 'Approve' ok

Jika tidak 100% pun sekurang-kurangnya 50% selamat k.

SUMBER: KBBTV3


**Megat Terawis

[GR HIBURAN] FASHA SANDHA KE ????




Megat Terawis

[GR HIBURAN] Gambar Abby Abadi Bertudung Ketika Menghadiri Ceramah


Dari satu sumber mengatakan ketika ini beliau menghadiri satu ceramah dari penceramah popular dan tidak asing lagi iaitu Ustaz Azhar Idrus....

credit to syok.org

**Megat Terawis

[GR SENYUM] AKU HEBAT

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas . malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

penumpang pertama berkata....

"aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England."
... lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

penumpang kedua pula berkata....

"aku mark zukerburg. takde aku, takde mukabuku. so biarkan aku hidup."
lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

penumpang ketiga muncul.....

"aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla...
10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang .
Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. katanya :

"aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasib ku . kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkan diri kamu.

lalu budak tersebut pun berkata ....

"jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya 

***Megat Terawis

[GR CUN] KOLEKSI POSTER MUSLIMAH






Megat Terawis

[GR NEW FILM] Sumpahan Puaka (2011) DVDRip

“Shamsudin (Imuda) is an artist who retreats to a village to find some inspiration to draw but strange things start happening to him. Also starring Maimon Mutalib and Mislina Mustaffa."
 

**Megat Terawis

[GR INFO] DUIT BARU??



Siri Mata wang baru negara ini akan dikeluarkan secara rasminya pada Julai 2012 mengikut sumber.Ciri-ciri keselamatan juga dipertingkatkan.

**Megat Terawis

Rabu, 21 Disember 2011

[GR SEMINAR] SEMINAR PERCUMA FIBER OPTIK

Seminar Percuma Fiber Optics khusus yang berminat untuk mengetahui mengenai peluang bisnes dan kerjaya di bidang telekomunikasi ..

Apa yang anda ketahui ?

a. Apa itu fiber optics ?
b. Kenapa Fiber Optics ?
c. Bidang Kerjaya
d. Bidang Bisnes..

Anda dijemput ke Seminar Percuma Fiber Optics 

Tarikh - 24hb Disember 2011
Jam - 10.30 am - 12.30pm
Lokasi - Taman Melawati, Kuala Lumpur

Apa yang perlu anda lakukan >

Anda cuma perlu hantar email ke   fiberbaya@gmail.com  untuk tujuan pendaftaran..

a. Nama Anda 
b. Hphone Anda
c. Email Anda

Jika memerlukan maklumat lanjut sila hubungi Faiz 017 500 3384

***Megat Terawis

[GR GABRA] BAJU CINTA

 Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer... .."

**Megat Terawis

Selasa, 20 Disember 2011

[GR ROHANI] Profesor Fizik Memeluk Islam Setelah Mengkaji Solat Jemaah

Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan manusia mengandungi dua sel elektrik iaitu sel positif dan sel negatif.

Hasil kajian profesor tersebut mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita diarah meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati melalui sentuhan badan kita dengan tubuh badan ahli jemaah lain yang berada di kiri kanan kita akan menstabilkan cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas berlebihan , sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan.Manakala yang berkurangan akan di tarik ke dalam kita.

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar setelah badan kita berehat beberapa jam.Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas negatif dan positif yang hampir seimbang.Oleh itu kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Justeru solat Subuh didirikan hanya 2 rakaat.

Seterusnya apabila sampai waktu tengahari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua casa ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Kebiasaannya, selepas waktu Asar kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukan pula tidak bergitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Seterusnya adalah solat Isyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam(qiamullail)

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan bertapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

Nota;-

Nabi pernah merungut suatu hari...kata Nabi kalau boleh aku nak suruh org lain jadi imam sembahyang, dan aku nak pusing sekitar Madinah siapa yg tak sembahyang Jemaah aku nak bakar rumahnya...adakah rumah kita termasuk senarai rumah yg Nabi nak di bakar?

http://hakaluka.blogspot.com/2011/12/profesor-fizik-memeluk-islam-setelah.html 

Megat Terawis

[GR NEW FILM] Ra.One (2011) PPVRip RMVB Malay Hard-Sub


 “A video game developer's world spirals out of control when his shape-shifting indestructible virtual creation becomes all too real."

Ni kemungkinan salah satu filem Hindi yang dinantikan waktu ini..Lakonan pelakon hebat, Shah rukh Khan dengan aksi GCI yg mantap, pasti memukau anda...Layannnnnzzzzzz
Megat Terawis

[GR PANAS] APA NAK JADI GAY MELAYU



DIA mungkin pelajar yg bijak...dikurniakan akal sebagai orang yg bijak namun malangnya dia tetap BODOH. Kebijakannya nampaknya telah menghalang beliau dari berfikir secara rasional... Kebijakannya telah menjadikan beliau kebodohan..Moga dibukakan hati untuk kembali ke pangkal jalan

Megat Terawis

Jumaat, 16 Disember 2011

[GR ROHANI] GURAUAN RASULULLAH SAW


Laman-Seri masih dalam mood Awal Muharam dan kali ini dikongsikan gurauan cara Rasulullah SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4)

Penggunaan partikel ‘ala dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan, yakni perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang terletak di atas kemuncaknya. Ðemikian menurut kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al-Sya’rawiy.

Satu aspek yang amat jarang dibincangkan berhubung dengan akhlak Rasulullah ialah, adakah Nabi SAW juga pernah bergurau? Jika ya, bagaimanakah gaya gurauan Baginda? Adakah membawa ke peringkat para sahabat ketawa?



Megat Terawis

[GR DUNIA SUKARELA] JOM SERTAI i VOLUNTEER

MUNGKIN ada yang pernah dengar sewaktu dihebahkan melalui media massa berkaitan pelancaran iVolunteer ini dan mungkin ada yang terlepas pandang. Namun bagi mereka yang berminat dengan kerja-kerja kesukarelaan, daftarlah di sini untuk sama-sama menyumbangkan keringat bagi membantu agensi-agensi berkaitan.

Rasanya lebih baik hangpa ushar sendiri la laman ini untuk mengetahui lebih lanjut.Jommmmm ushar dan jgn lupa JOIN k..

Megat Terawis

[GR INFO] BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

SEPERTI yang kita semua maklum, Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang akan diagihkan kepada mereka yang layak sebanyak RM500. Kita juga maklum borangnya juga telah keluar dan boleh didapati di LHDN, JKM atau JKKK atau mana-mana agensi yang menyediakan dan mengedarkan secara PERCUMA..saya ulangi...PERCUMA..!!! 

Jadi andai anda dikenakan bayaran, usah ambil borang. baik anda muat turun sahaja dari internet atau dapatkan di sini. Saya sertakan untuk anda di sini...


**Megat Terawis

[GR LATIHAN] PROGRAM LATIHAN PEMBANTU PENDIDIK - PEKERJAAN TERJAMIN


BondaMama Kids Centre adalah rangkaian taska dan tadika bumiputera di seluruh negara yang kini mempunyai lebih 70 cawangan dan terus berkembang dengan pesatnya.

BondaMama menawarkan peluang kepada para lepasan SPM yang ingin berkhidmat didalam perkhidmatan pendidikan kanak-kanak untuk menyertai latihan intensif sebagai PEMBANTU PENDIDIK .

Latihan intensif ini akan memakan masa selama 1 bulan dan elaun latihan serta tempat tinggal disediakan. Program latihan ini merangkumi kuliah teori dan juga latihan praktikal. Selepas tamat latihan peserta akan diserapkan kedalam jawatan PEMBANTU PENDIDIK didalam rangkaian BondaMama Kids Centre di seluruh negara.

Kepada yang berminat sila hantarkan butir-butir dibawah ini ;

1. NAMA PENUH
2. ALAMAT TEMPAT TINGGAL
3. NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI
4. NOMBOR KAD PENGENALAN
5. ALAMAT EMAIL



kepada email perjawatan@bondamama.com tidak lewat dari 22hb Disember 2011


Megat Terawis

[GR ROHANI] 30 MINIT USTAZ DON

ENTAH LA kerana beliau merupakan orang utara dan bercakap loghat utara atau mungkin sebab lain yg aku xpasti, namun aku suka penyampaian Ustaz Don di TV Al-Hijrah ini. Aku tertengok rancangan ini secara tidak sengaja dan terus menjadi penonton setia. Tiba-tiba pulak di'promote' oleh penceramah sewaktu tazkirah Jumaat di ofis aku, semakin femes laa nmpaknya.
So, wat member2 ku atau sesapa saje yg berminat, aku share link Episod 30 Minit Bersama Ustaz Don....Enjoy!!! Selamat beramal!!!



OPPSSSS.... sebelum terlupa. Mungkin beliau masih baru bagi sesetengah kita jika ingin dibandingkan dengan penceramah lain seperti Akhil Hayy. Jadi kita ushar sikit latar belakang beliau..Jomm!!!

Megat Terawis

Khamis, 15 Disember 2011

[GR FILEM MELAYU]Misteri Jalan Lama (2011) PPVRip

 “ Indra and Ilya are on their way home to their home village for the funeral of Iskandar, their father. Indra is the biological son of Iskandar, who is an illegal racer who gambles and owes money to loan sharks who are hunting him. Meanwhile, Ilya is the adopted son who was given to Iskandar when he was passing through an old road 25 years ago. Ilya helped his father build his career and his conduct as a 'better' son among the two is the cause of Indra's estrangement from his family. However as they make their way to the village, they use an old road and gets transported into another world, filled with mystical creatures."
Megat Terawis

[GR INFO] Cantik kan?? Seni Ukiran Mata Pensel


AMACAM kekawan..apa pendapat korang bila melihat gambar2 di atas tu. Boleh ke korang wat mcm tu? Bayangkan la mata pensel yg kita sedia maklum amatla kecil, boleh diukir sedemikan rupa..Woww...dahsyat..dahsyat!!!huhu....amat rumit tu. Kalau jenis aku yg xsabar ni, hancus dh keje ni

Apa kata kita wat pertandingan satu, bagi hadiah lumayan..mesti semua pakat pulun duk belajar wat la....hehehehe

Megat Terawis

[GR MP3] KOLEKSI LAGU OMBAK RINDU


HOLA..hola....hamba nk share dgn tuan hamba semua kali ni lagu-lagu dalam filem OMBAK RINDU yg femessss tuuuu....EnjoYYY!!!!

Megat Terawis

Ahad, 4 Disember 2011

[ GR PANAS] BENARKAH Pepsi, Coca Cola & 7Up Dicemari Virus AIDS?

KUALA LUMPUR – Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV.
Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.
Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.

“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.

(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.

Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),” katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008.

Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.

“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.

(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu.
Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),” kata laman web CDC tersebut.

Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.

kredit : www.informasi.my
**Megat Terawis

Jumaat, 2 Disember 2011

[GR INFO] JADUAL KULIYYAH USTAZ AZHAR IDRUS DISEMBER 2011

Megat Terawis

[GR CITCAT] Anda Kenal Siapa ORANG KUNING DiGi? Kami Bocorkan Rahsianya!

Anda kenal dengan lelaki kuning nih? Bagi pengguna Digi, ini muka familiar .. kan kan? Bagi yang lain2 sure dah kenal ... dialah Yellow Man ... tapi siapakah di sebalik karektor penuh lucu ini?

Karektor inilah yang bergandingan dengan Lisa Surihani dalam sebuah filem 'Papa, I Love You' terbitan Metrowealth (MIG). Mereka akan bercinta dalam filem ini dan bakal bersama dengan 'pasangan bercinta' ini adalah pelakon cilik yang cukup comel - Mia Sara.

Ok, inilah si cute bernama Zalif Sidek .... hero filem 'Papa, I Love You' yang bakal menjadi pasangan Lisa Surihani....

Megat Terawis

Khamis, 1 Disember 2011

[GR CITCAT] Ogy Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak!

Ogy Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak Kerana Menghinanya…Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, menyatakan kepada Utusan Malaysia yang dia akan menyaman Johan Raja Lawak kerana ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 Johan telah mengaibkannya.

Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.

Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.

Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.

Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.
Megat Terawis sumber: http://www.rindok.com

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...