Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi. Ianya dikatakan berpunca dari serangan jantung menurut sumber
Sejak Pilihanraya (PRU) ke 12 telah berlangsung 15 Pilihanraya Kecil (PRK) yang mana merupakan pilihanraya kecil yang tertinggi direkodkan ketika ini. 12 dari padanya akibat penyandang masing-masing meninggal dunia.
Mungkin sepatutnya ujian kesihatan juga perlu diberi penekanan kepada seseorang yang ingin menjadi calon selain memberi peluang yang lebih banyak kepada golongan muda untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Kita juga akan menyaksikan pelbagaia janji dan wang ringgit ditabukan kepada kawasan terbabit. Ianya juga merupakan sesuatu yang ditunggu2 dan mungkin didoa2 oleh rakyat kerana apabila setiap kematian ADUN dan PRK dijalankan, mereka akan mendapat manfaat dan perhatian yang istimewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan