Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 29 Mac 2011

Taja tambang dianggap rasuah

PUTRAJAYA 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada mana-mana kerajaan negeri dan parti politik bahawa mereka boleh disabitkan dengan jenayah rasuah jika didapati terlibat menaja tambang tiket penerbangan kepada penduduk Sarawak di Semenanjung untuk pulang mengundi.
Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan perbuatan sedemikian suatu sogokan yang jika disabitkan kesalahan, pelakunya boleh dihukum penjara selama dua tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.
Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini bekerjasama rapat dengan SPRM akan memantau kegiatan tersebut menjelang hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan.
“Jika kerajaan-kerajaan negeri dan parti-parti politik secara terbuka membayar tambang tiket ini, ia bermakna mereka mengharapkan penduduk Sarawak mengundi parti mereka.
“Perbuatan menyogok ini satu jenayah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Jika dibenarkan, akan banyak kerajaan negeri dan parti politik nanti limpahkan duit yang jelas suatu jenayah rasuah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas keluhan lebih 30,000 penduduk Sarawak yang mencari rezeki di Johor yang meminta kerajaan negeri membantu mereka untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April nanti.
Sebahagian besar daripada mereka mahu pulang mengundi tetapi hasrat itu terbantut oleh faktor kewangan kerana kos yang tinggi untuk membeli tiket penerbangan

ps* hahahaha..lawak betul.knapa skrg br SPR nmpk benda ni? sedangkan dulu lagi sewaktu pilihanraya umum pun pemuda BN dah wat pe tajaan camni.Moh Kelik Undi kalau xsalah saya,siap bagi bas lagi..bkn tajaan ke tu?nape x didakwa je

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...