SAWWADIKAPPP....hari ini hari kedua aku di Krabi Thailand..baru hari ini aku sempat mencoret sesuatu dilembaranku ini untuk tatapan rakan-rakan...Kembaraku ke Krabi, Thailand. Apapun rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Malaysia kpd semua Rakyat Malaysia!!
* Memandangkan internet slow, pic2 akn lmbat ckit la aku upload..harap maaf
16 SEPTEMBER 2011
Perjalananku bersama rakan2 bermula ketika sambutan Hari Malaysia.Ye la kan, cuti kan 3 hari.hehehehe..ketika orang lain sibuk dengan perarakan Hari Malaysia + Merdeka, aku sibuk menyiapkan perkakas serta pakaian untuk ke tempat percutian. Dalam hati mengharapkan agar ianya dapat menjadi satu percutian bajet, memaksimakan penggunaan wang tapi dapat menikmati percutian yang terbaik
Percutian ini disertai 4 lagi sahabatku dan ianya bermula dari Prangin Mall, KOMTAR, P.Pinang.......
8.15 pagi - Aku tiba bersama rakan-rakanku di Prangin Mall. Wajah masing-masing penuh kegembiraan.Gembira takut bercampur baur. Apatah lagi tiada seorang antara kami yang pernah sampai ke sana. Hanya gambar-gambar yang kami saksikan di internet yang bermain-main di gambaran kami. Adakah benar atau indah khabar dari rupa? Tiada jawapannya pada kami namun itulah yang memberikan kami keghairahan untuk tiba ke destinasi.
Cuaca pagi ini amat baik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.Mungkin masih awal pagi. Namun jerebu tebal yg melanda negeriku ini sudah semakin menunjukkan pengurangan yang ketara. Kami akan memulakan kembara dari sini dengan menaiki van ke destinasi. Harga tiket untuk perjalanan dari P.Pinang ke Krabi ialah RM55 seorang untuk perjalanan sehala. Tidak ramai yang berada di sekitar Agen Pelancongan . Aku juga pasti bahawa tidak semuanya yang berada di situ menuju ke destinasi yang sama dengan kami.
8.30 pagi - van yang dinantikan telah tiba.Alamak...tengok luaran van nie macam xsampai je kami nnti..Tiba2 je terdetik perasaan seperti tu dalam hati aku. Tapi tawakkal je la. Dan asalkan dalmnya selesa, ok je.
Kami memilih untuk duduk di barisan belakang sekali. Terdapat dua orang yang turut menaiki van tersebut.Baguslah kalau tak penuh, selesa sikit , getus hatiku lagi. Van sudah mula bergerak namun tidak terus menuju ke destinasi tetapi berhenti di beberapa lokasi bagi mengambil penumpang.Alahai, bila yg nak sampai kalau begini.Sabar..sabar...semuanya dugaan. Untuk pengetahuan van yang kami naik akan transit dahulu (mcm kapal terbang da) di Hatyai. So van yang dapat memuatkan seramai 10 penumpang memang betul2 penuh dan padat. Perjalanan yang pada awalnya dimulakan dengan berbual dan disulami dengan gelak ketawa beransur2 kendur apabila alam mimpi melambai2 kesyahduan..heheheh...Akhirnya semua ghaib tertidur.
11.00 pagi - Kami tersedar apabila pemandu van mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di pekan Changloon.RM25 saje diisinya. Selepas itu kami bergerak ke perhentian rehat Changloon untuk mendapatkan visa masuk ke Thailand. Lebih kurang setengah jam juga kami berhenti di sini. Peluang ini kami gunakan untuk membasahkan tekak dan membeli biskut sebagai sarapan. Yalah..xmakan lg ni..Lapar giler den..
Sambil2 tu kami dpt saksikan konvoi motor berkuasa tinggi turut singgah di sini. Ke mana? Kami sendiri tidak tahu.Setelah visa diperoleh (free plak kali ini.Kebiasaannya kena bayar seringgit) kami mula bergerak ke sempadan Thailand.?
11.15 pagi - Aduhhhhh....!! Leceh la camni. Mana tak nya, saat itu dari jauh dpt aku saksikan kesesakan di sempadan. Almaklumlah, cuti kan. Ni baru di sempadan Malaysia, xkira sempadan Thai lagi ni. Campur p campur mai, mau 2 3 jam di sempadan ni xp mana ni. Takpe..takpe..sabar2...Semuanya pakat nak smbut Hari Malaysia di Thai..=)
Selesai melepasi sempadan Malaysia, kami masuk pula pemeriksaan Imigresen Thailand. Sini lagi lama sebab dah banyak bas menurunkan penumpang. Bayangkan sebuah bas ada 40 orang, kalau 5 bas dah berapa?Apapun terpaksa juga la kami bersesak2 di situ. Cuma mujur tidak sampai 20 minit perempuan yang bersama kami di dalam van (warga thai juga & mungkin awek@isteri si driver) membantu kami. Mungkin dia kenal pegawai Imigresen atau mungkin juga saudaranya, kami tidak perlu lagi beratur. Terus dibawa berhampiran pejabatnya dan pasport kami dicop. Terima kasih banyak!! (Sepatutnya RM1 perlu diberi setiap seorang namun hanya seringgit saja diambil dari kami berlima)>>Ku sambung selepas ini..nak tido..mata berat gler..Bye2..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan