Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 6 September 2011

HARAPAN LOGOS HOPE DI JETI SWETTEHAM P.P.

MUNGKIN ada yang tahu dan mungkin ada yang belum tahu tentang kehadiran Kapal Kebajikan Logos Hope yang berlabuh di Jeti Swetteham Pulau Pinang. Kapal ini telah belayar ke seluruh dunia bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan membantu mereka yang memerlukan di seluruh dunia.Terdapat sukarelawan yang juga terdiri dari pelbagai negara yang berkhidmat di kapal ini.

menanti kehadiranku..hehehe
Hari Sabtu yang lepas walau masih dalam mood raya, aku dan family berkesempatan untuk menaiki kapal ini. Buat masa sekarang hingga 29 September ini, kapal ini dibuka kepada umum dengan bayaran RM1 seorang bagi mengunjungi pameran buku yang berlangsung di atas kapal ini. Ia dibuka dari 10pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin. Terdapat pelbagai genre buku namun 99% berbahasa Inggeris la yang boleh dipilih untuk dibeli. Kebanyakannya berharga lebih murah dari pasaran
ni gambar kad poskad dia ni
Pameran buku di dalam kapal
banyak pilihan dengan harga yang berpatutan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...