Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 21 Mei 2012

[GR INFO] Niatlah kamu ketika berwuduk



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 17 Mei 2012

[GR NEW FILM] CINA (2012) MR & MRS GAMBLER


 Manfred and Flora are degenerate gamblers who can gamble on anything 24 hours a day seven days a week. Though they have come across each other a few times at the casino, they have not left any lasting impression upon each other.On that fateful day when both of them lost their jobs and abandoned by their lovers, they went to gamble at the casinos in Macau. Coincidentally, they both suffered heavy losses and were held hostage by the loan sharks. It was then they fell in love with each other. When they finally secure their freedom, they return to Hong Kong and live together.While they started living together, their luck turns. They keep on winning until Flora is pregnant; they then decide to get married. However, before the wedding banquet is held, both of them cannot shake off their gambling addiction and lose their whole fortune. Their parents have to pay for their wedding finally.With the birth of their daughter “Lucky”, Manfred and Flora consider quitting their gambling habits, but all their efforts were in vain. Instead they are debt ridden to such an extent they decide to end their lives. They buy a Mark Six ticket with their last ten dollars, and like a miracle, they win the first prize totalling over $100 million. However, they decide to split the money and have a divorce after all."

UNTUK MUATTURUN FAIL

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR NEW FILM] BERANI PUNYA BUDAK



MUAT TURUN FAIL :
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] WARNA WARNI HARI BELIA 2012


 BULAN MEI MERUPAKAN BULAN WARGA BELIA. Pada tahun ini sekali lagi Putrajaya terpilih lokasi Sambutan Hari Belia Negara.

Untuk maklumat lanjut bolehlah kita ushar di LAMAN RASMI

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] HUJUNG MINGGU DI PENANG





Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR ROHANI] WACANA AZHAR IDRUS

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR KULIAH] JADUAL KULIAH BULAN MEI 2012


KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS MEI 2012





KULIAH USTAZ KAZIM ELIAS MEI 2012





KULIAH MASJID NEGERI PULAU PINANG

>>SILA KLIK SINI UNTUK JADUAL<<

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR NUKILAN] KEMBALI MENJELMA !!


ARRGGHHHHH.....Dapat juga aku curi masa rehat untuk ku berada di ruangan ini. Akhirnya  mampu aku membuka dan menatap kembali blog aku ni. Lama juga rasanya kali ni aku tak terjah langsung...apatah lagi untuk jariku berlari-lari di atas papan kekunci mencoret sesuatu di sini.

Rindu?Mesti la punya. Macam ada sesuatu yang hilang bila kebiasaan kita tidak mampu kita lakukan. Namun apakan daya..Aku cuma insan kerdil yang lemah.Tak mampu melawan suratan yang telah tertulis dalam perjalanan hidupku. Walau telah aku usaha mencari ruang sekecil rongga-rongga untuk aku 'update' catatan di layar ini, namun masih lagi tewas melawan gerak kerja yang telah ditentukan.Kecewa mungkin kecewa namun kenyataan dan takdir harus kita terima dengan hati terbuka. Pasti ada hikmah yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa.InsyaAllah...=P

SELAMAT HARI IBU, HARI GURU & HARI BELIA !!

Apa pun aku mulakan catatan pembuka Mei 2012 ini dengan mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada seluruh ibu-ibu di Malaysia, juga bakal-bakal ibu...hehehe. Paling utamanya kepada ibu aku la PUAN RUSLINAWATI. =) Mungkin agak terlewat (hari ibu 13 Mei) la kut...Yang penting aku tetap ucap...huhu

Oh ya..tak lupa juga buat guru-guru seluruh negara..SELAMAT HARI GURU!! Tanpa mu guru tidak berilmu la daku. Tak berilmu la kita...betul tak? Harapanku buat bakal-bakal bergelar pendidik termasuklah rakan-rakanku, mampu memberikan khidmat sepenuhnya dan terbaik buat anak bangsa kita!!

Sebenarnya banyak juga sambutan utama bulan ni sedar atau tidak.Rasa-rasanya apa ye satu lagi?  Jangan lupa buat pewaris kepimpinan negara, golongan yang mendominasi peratusan penduduk Malaysia. Bulan ini adalah bulan mereka, juga bulan aku..hahaha (walaupun sebenarnya kalau ikut had umur antarabangsa aku da terlebih 2 tahun) SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2012 BUAT SELURUH WARGA BELIA !! Jangan lupa temujanji kita di SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA DI PUTRAJAYA pada 23-27 Mei ini.(aku share nanti dalam post lain)

Sebut mengenai sambutan belia, tetiba je aku dapat surat sebagai sukarelawan untuk bertugas di Hari Belia tersebut walaupun aku sekadar main-main je isi..heheh..Pepun rezeki jamngan ditolak. Juga semoga bos aku bagi cuti dan aku dapat sama-sama sertai 300 sukarelawan lain berkampung di sana membantu menjayakan sambutan tersebut. Pengalaman yang tidak seharusnya aku tolak rasanya, mungkin ianya pertama dan terakhir aku akan rasai.

MY TEAM KECUNDANG SAAT AKHIR !!


Antara yang mencuri tumpuan bulan Mei ini ialah aksi sukan terutamanya pasukan hoki remaja kita berjaya membuat kejutan dengan menjuarai Piala Remaja Asia 2012 buat kali pertama. Kali terakhir 1992 yang lalu kita melangkah ke akhir namun kecundang. Kali ini skuad Mirnawan Nawawi berjaya menebus duka lama sebagai pengurus pasukan.TAHNIAH!!!

Sedikit sebanyak ianya mengubat kekecewaan aku setelah MAN UTD tidak berjaya merangkul gelaran juara liga kali ini apabila tewas kepada pasukan setempat, musuh yang bising MAN CITY. Takpe....biarlah mereka julang piala setelah kempunan 44 tahun. Musim depan MAN UTD pasti lebih gemilang. Kalah pun sekadar kelebihan jaringan setelah terikat mata yang sama.

Agak melegakan apabila pasukan milik jutawan Malaysia QPR masih kekal dalam BPL musim depan walaupun tewas saat akhir 3-2 kepada City setelah Bolton gagal mencuri kemenangan. Pasukan ini sebenarnya bagi aku boleh dianggap Giant Killer kerana kemampuan mereka menumpaskan pasukan besar, namun malangnya tewas kepada pasukan pertengahan dan bawahan liga.Adehh!!

Bayangkan andai QPR berjaya menewaskan City malam itu, pasti pasukan ini dikenang dalam sejarah dan dijadikan tajuk utama berita..hahahaha

Buat rakan-rakan jangan lupa  untuk kita sama-sama saksikan 'final' Liga Juara antara Chelsea vs Bayern 19 Mei ini. Siapa pasukan pilihan anda? Semestinya bagi aku sendiri ialah BAYERN MUNICH. Pada kekawan yang tinggal sekitar Seberang Perai P.Pinang jom kita ramai-ramai pi tengok bola kat skrin besaq di Perda Pmtg Pauh. Bawa la tikar sekali. Siap ada makan minum disediakan tu..hahahaha (tentatif aku share nanti dalam post lain tuk kekawan)

KENDURI & PROGRAM SANA SINI

Bulan ini juga banyak betul jemputan kenduri yang diterima membawa ke bulan Jun. Adeh, tak nak pergi rakan-rakan semua tu. Akan aku usahakan untuk penuhi semua undangan. Harap tak kecil hati buat kekawan yang tak mampu aku penuhi akibat komitmen lain yang telah terjadual. Aku cuma satu jasad yang tidak mampu dibahagi dua..=P

Terlupa aku nak bagitau kat kekawan warga Penang, 18-20 Mei ni merupakan sambutan Hari Belia di negeri ini. Pelbagai program disediakan untuk semua yang boleh sama-sama kita sertai. 18-19 Mei di R&R Bagan Ajam & 20 Mei Meriah Belia di Auto City Juru. (tentatif aku share nanti di post lain k)

WACANA USTAZ AZHAR IDRUS BERSAMA PEMUDA DI PADANG KOTA 


 Setelah aku menonton CD rakaman fenomena Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam yang berjaya menghimpunkan lautan gelombang anak muda terutamanya, Program Wacana Santai Ustaz Azhar Idrus yang akan berlangsung pada 19 Mei 2012 di Padang Kota merupakan sesuatu istimewa bulan ini yang amat aku nantikan. Andai kuliah beliau di Masjid Negeri menjadi ukuran, pasti Padang Kota akan dipenuhi lautan manusia. Justeru aku harap sapa yang rasa nak pi tu, pi la awal sikit sebelum anda terkandas dalam kesesakan lalulintas. 

Agak menghampakan bila sambutan hari belia di negeri ini tidak melaksanakan program seumpama ini, wacana berilmu dan santai dan memilih untuk mengadakan konsert walhal ianya telah terbukti menjadi pilihan anak muda kini. Program ini bukan sahaja mampu menarik golongan belia namun termasuk keluarganya sekali

Kesempatan ni juga buat Ustaz Azhar Idrus dan penerbit buku Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus, TAHNIAH kerana naskah tersebut telah terjual 100 000 unit dalam masa hanya 6 bulan sahaja!! ALLAHUAKBAR!!

Tahniah juga buat Ustaz Don dan krew 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON kerana pada 1 Mei lalu merupakan episod ke 100 program itu.

BULAN MEI BULAN AKU

Aikkk...napa lak bulan aku ni? hehehehe...Biasalah...inilah bulan di mana aku pertama kali dapat melihat dunia. Tahun ni juga bulan Mei akan menambahkan lagi angka di belakang angka 2 yang menunjukkan si bintang Gemini ini semakin berganjak usia...huhuhu

Dalam kesibukan berkursus dapat juga la aku kongsikan sikit seandainya ada niat di hati ingin datang ke Pulau Pinang bercuti, terlintas di hati ingin melawat Toy Museum, usahlah bazirkan masa. Tidak berbaloi dengan nilai wang dikeluarkan. Indah khabar dari rupa kesimpulannya.

Okla...semoga terus setia bersama Gurindam Rasa...Selamat Hari Pekerja juga dan Sayonara!

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...