Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 22 November 2013

[GR ARTIS] SUDAH...LUNA MAYA TANGKAP CINTAN DENGAN NABIL AHMAD PULAK!!


BIAQ BETOI NI. Si Luna Maya (bukan Color Luna ok) , selebriti Indon tu ada hati kat Nabil Raja Lawak ke? Ishhh...mau bergolak rumahtangga si Nabil ni nanti.

Dah la pengakuan tu dari mulut si Luna sendiri. Nak tau betoi ka tak baca dulu sampai abih..

...............................................................................
Kemunculan Luna Maya di minggu pertama sebagai juri tetap di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 dianggap satu kejutan besar buat para peminat dan penonton. Tidak dinafikan kehadiran Luna Maya bakal menjadi ‘penyeri’ kepada program ini ditambah dengan kemunculan aktres cantik Nora Danish sebagai salah soerang juri tetap.

Mengakui masih baru dalam dunia komedi di Malaysia, Luna Maya sangat kagum dengan kebolehan dan kehebatan para pelawak tempatan yang mempunyai kekuatan dari segi persembahan, perwatakan dan idea yang menakjubkan.

“Aku sangat kagum dengan kebolehan mereka sebagai seorang pelawak. Setiap kumpulan punya kelebihan masing-masing dan punyai peminat yang cukup hebat. Antara yang menjadi perhatian aku di gelanggang MLM adalah Nabil. Aku jatuh cinta dengan perwatakannya dan jalan cerita yang dipersembahkan cukup menarik. 

“Cuma masalah bahasa sedikit membataskan kerana masih kurang fasih dengan cara pertuturan Bahasa Malaysia. Cuma jika dari segi pergerakan badan mungkin aku mudah terhibur. Mungkin minggu kedua aku sudah boleh biasakan diri dengan mereka,” jelas Luna Maya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Luna tidak menolak dakwaan penyertaannya sebagai juri MLM memberi pengalaman baru buat dirinya yang sememangnya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang komedi.

“Aku bukan seorang pelawak jadi ini satu perkara baru buat aku. Ia beri aku satu pengalaman baru di Malaysia untuk memahami budaya komedi dan bahasa.

“Tapi tidak semestinya aku tidak boleh beri komen atau kritikan buat para peserta. Minggu kedua pasti akan ada persembahan yang lebih bagus dan kurang bagus.  Jadi kita nantikan sahaja apa yang boleh 15 kumpulan ini lakukan untuk buat juri-juri dan para penonton tertawa. 

Harapan agar mereka yang kurang menyerlah tidak mudah putus asa dan cuba untuk perbaiki apa yang perlu,” tambah Luna Maya lagi.

Minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2013 akan bersiaran secara langsung di Dewan MBSA, Shah Alam dengan dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan empat barisan juri tetap iaitu Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Saksikan minggu kedua MLM 2013 bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada 22 November 2013.

 SUMBER: ASTRO GEMPAK :)
...................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...