Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 22 November 2013

[GR SUKAN] SAYONARA RAJA!! TERIMA KASIH ATAS BAKTIMU


PASTI SEMUA sudah tahu akan khidmat pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal tidak lagi disambung kontraknya setelah KPI beliau tidak tercapai.

Misi beliau membawa Malaysia layak ke Piala Asia yang menjadi Indeks KPI beliau musnah setelah tewas di laman sendiri. Seperti kita, beliau juga semestinya telah menduga akan khidmatnya tidak lagi diperlukan

Menyoroti kerjayanya, seharusnya kita masih perlu berterima kasih dengan beliau atas kejayaan beliau menamatkan kemarau puluhan tahun memenangi emas Sukan Sea Laos dan mendakap Piala Suzuki AFF 2010. Ketika itu skuad emas kita digeruni serantau dengan beberapa pemain mendapat perhatian kelab luar. 

Kehadirannya dibantu pemain-pemain ini telah memulihkan semangat penonton tegar dan kita juga dapat saksikan rakyat negara kita tidak lagi malu untuk menyarung jersi Harimau Malaya sebagai pakaian seharian.

Beliau juga disayangi segenap lapisan masyarakat. Namun seperti biasa, langit tidak selalu cerah. Kemerosotan prestasi harimau Malaya akhir-akhir ini telah menjadikan beliau sebagai mangsa kritikan. segala percaturan beliau disanggah peminat. Beliau turut dikatakan tiada kepakaran taktikal. Kecaman demi kecaman terus dilempar sehinggalah kegagalan itu menutup kerjaya beliau sebagai pengendali harimau Malaya

Namun kejayaannya memenangi Piala yang sudah lama didahagakan peminat bolasepak tanah air perlu
dihargai. Sesuatu yang tidak dikecapi skuad di bawah pengendali import dan ternama seperti Allen Harris dan Bertalan Bicskei.

Namun sebagai penyokong, daku menantikan kehadiran jurulatih baru. Samada beliau berjaya mengubah rentak permainan atau tidak. Ini kerana pemain juga menjadi punca kemerosotan prestasi Harimau Malaya. Mereka yang dipertanggungjawabkan tidak dinafikan memberikan persembahan terbaik namun masih tidak cukup seandainya skill dan gaya permainan masih ditahap lama. Tiada peningkatan tahap permainan individu dapat saksikan. Tiada lagi perancang tengah yang kreatif bagi membantu bahagian serangan.Pemain juga seharusnya bettanggungjawab ke atas skuad negara.

Moga mendung tidak berpanjangan dan cerah kembali agar Harimau Malaya kembali semangat mengaumm!!









Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...