Bantuan Rakyat 1 Malaysia @ BR1M 3.0 sudah mula dibuka bermula 23 DISEMBER 2013 untuk pendaftaran secara atas talian (online)
Bantuan yang difokuskan kerajaan kepada golongan sasar yang berpendapatan rendah bagi sedikit sebanyak membantu kos hidup rakyat. Mengikut pengumuman yang telah dibuat PM pada bajet sebelum ini, BR1M 3.0 telah dinaikkan dari RM500 ke RM650 bagi berkeluarga dan dari RM250 ke RM300 bagi individu bujang. Selain itu warga emas yang tinggal sebatang kara berusia 60 tahun ke atas juga menerima peningkatan dari RM500 kepada RM650.
Untuk permohonan atas talian, boleh dibuat di laman sesawang Lembava Hasil Dalam Negeri (LHDN) di www.lhdn.gov.my bermula 23 DISEMBER 2013 hingga 31 JANUARI 2014. Selain itu, permohonan manual juga masih diterima dengan memuat boring dari sesawang LHDN juga boleh dapatkan borang secara terus dari pejabat cawangan LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Permohonan adalah PERCUMA.
Bagi pengalaman penulis sendiri, dinasihatkan mereka yang ingin mendapatkan borang secara manual dari selain LHDN, dapatkan lewat sedikit kerana borang untuk agensi berkenaan seringkali lewat diterima agensi tersebut.
Bagi pengalaman penulis sendiri, dinasihatkan mereka yang ingin mendapatkan borang secara manual dari selain LHDN, dapatkan lewat sedikit kerana borang untuk agensi berkenaan seringkali lewat diterima agensi tersebut.
Pembayaran kepada yang layak dijangka bermula FEBRUARI 2014. Selain peningkatan jumlah bantuan, penerima BR1M juga beroleh tambahan manfaat apabila dicarum dalam Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1 Malaysia bernilai RM50 kepada semua isi rumah penerima BR1M yang memberi perlindungan maksima RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
Bagi mereka yang pernah menerima BR1M, mereka tidak perlu lagi mendaftar. Hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi yang terkini seperti maklumat akaun, anggota keluarga dan alamat terkini. Maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline 1-800-88-2716 mulai 23 Dis dari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang
UNTUK YG INGIN MENDAFTAR SECARA ONLINE BOLEH KLIK LINK DISEBELAH >> BR1M 3.0 ONLINE
UNTUK YG INGIN MENDAFTAR SECARA ONLINE BOLEH KLIK LINK DISEBELAH >> BR1M 3.0 ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan