Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 3 Disember 2013

[GR SEMASA] TERKINI...!!! HERO KERETA BRIAN O'CONNOR TEWAS DI JALANRAYA?

BENAR KATA ORANG...kehidupan dalam layar panggung tidak sama dengan kehidupan realiti. Jika di layar panggung boleh terhindar berkali-kali dari kematian dengan aksi lagak ngerinya, namun tidak semestinya di dunia realiti dapat lakukan begitu

Inilah yang terjadi kepada pemacu watak wajib dalam frainchais filem popular FAST & FURIOUS, detektif Brian O'Conner. Paul Walker, nama aktor berusia 40 tahun ini telah meninggal dunia dalam satu tragedi kemalangan tragis hujung November 2013.

Keadaan kenderaan Porche selepas kemalagan

 Kemalangan tersebut berlaku apabila Porche GT dinaiki mendinag bersama rakannya, Roger Rodas hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok. kenderaan tersebut terus terbakar sebaik rempuhan. Dikatakan beliau dalam perjalanan untuk melakukan aktiviti kebajikan mengutip sumbangan bagi membantu mangsa ribut Haiyan

Paul bersama rakan yang turut terkorban

Beliau juga dikatakan aktif dalam aktiviti kebajikan apabila mengetuai Reach Out Worldwide yang bergerak aktif membantu menghulurkan sukarelsawan serta dana bantuan kepada negara ditimpa bencana. Beliau telah meninggalkan seorang anak berusia 16 tahun

Selain itu beliau juga turut meninggalkan Fast & Furious 7 yang masih dalam pembikinan. Penggambaran dihentikan seketika dalam mencari pengganti kepada beliau.

Terbaru dikatakan berita kematian beliau diragui. Hal ini kerana beliau dikatakan masih bernafas dan menjalani pembedahan. Namun sehingga kini pihak Paul Walker sendiri mengesahkan kematian beliau dan tiada penjelasan berkenaan beliau masih hidup dari pihak keluarganya.

Dikatakan  beliau menjalani pembedahan dan masih hidup

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...