1) MAMAK CUPCAKE
Mamak Cupcake mengisahkan seorang anak jati Penang berketurunan Mamak
iaitu MJ yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat
berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.
Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat
bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi
keluarganya.
2) NASI TANGAS
Nasi Tangas menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering
dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun,
kepercayaan songsang ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah penduduk
kampung mahupun di bandar yang mahukan suami mereka tunduk kepada
arahan.