Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 11 Januari 2012

[GR INFO] TERBAIK DI PASARAN: DAGING BURGER BERPROTEIN

TOKYO | Penyelidik dari Jepun nampaknya agak 'berlebihan' dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewage kepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.

Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.


 HAHAHAHAHA... hebat yang teramat...teramat gila...hehehehe...Nak kitar semula sampai semuanya pun dah nak dijadikan makanan...Masalahnya sanggup ke korang makan? Kalau korang tak tau bahannya mesti korang rasa gak, tambah-tambah kalau bentuknya menarik, sedap mata memandang, baunya....aduhh...menyelerakan..tapi pasti termuntah balik bila dah dapat tau kan..wekkkkkkk!!!

**Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...